Ada tiga perkara yang ingin ditulis mengenai Ramadhan
Pertama : Banyakkan solat di bulan ini sehingga melebihi 1000 rakaat. Solat tersebut ialah solat sunat selain sunat rawatib. Caranya selepas maghrib buatlah sehingga 20 rakaat tidak termasuk 4 rakaat sunat lepas maghrib. Kemudian selepas isya buatlah lagi 20 atau 30 rakaat. Sekiranya dilakukan secara berterusan maka sebulan kita dapat 1200 rakaat.
Kedua : Menggandakan solat pada malam 19 , 21 dan 23 sehingga mencapai 100 rakaat, Malam ini antara malam-malam ganjil serta sering dikaitkan dengan lailatul qadr. Kalau malam-malam lain kita buat 50 rakaat, malam-malam ini kita tambah lagi bilangan rakaatnya.
Ketiga: Melewatkan berbuka dengan mengerjakan solat maghrib terlebih dahulu. Yang utama adalah solat bukannya makan minum. Kalau tidak, cukup berbuka dengan 3 biji kurma dan terus kepada solat maghrib serta solat-solat sunat tadi.
Semoga bermanfaat kepada yang sudi.
Saturday, June 1, 2019
Wasiat Ramadhan
Label:
1000 rakaat,
19,
21,
23,
3 perkara,
lailatul qadr,
malam ganjil,
Ramadhan,
Wasiat
Wednesday, March 7, 2018
Wan Abdullah bin Wan Muhammad Amin – Tok Syeikh Duyung
Versi Wan Dollah
Kisah Wan Abdullah (Wan Dollah) diceritakan oleh golongan terdahulu
antaranya ibu saya Semek binti Mat Amin, Ramlah bin Abd Rahman, Mek binti Mat,
Siah binti Mat Amin, Abdullah bin Mohd dan lain-lain. Wan Dollah adalah seorang
peneroka serta perintis kampung dan cerang. Kawasan Kuala Nerus begitu
mengenalinya. Antaranya Kampung Bukit Wan, Kampung Pondok Lalang, Kampung
Padang Air dan lain-lainnya.
Sekiranya kita baru memasuki sesuatu kawasan, maka dipesan supaya
memberitahu kita adalah anak cucu Wan Dollah. Mengikut apa yang diceritakan Wan
Dollah berkahwin tiga, seorang di Hiliran, kedua di Padang Air dan ketiga di
Bukit Wan. Dalam perjalanan menemui isteri-isterinya Wan Dollah akan bermula di
Hiliran, kemudian singgah di Padang Air dan seterusnya Bukit Wan. Dalam
perjalanan balik ia akan singggah sekali lagi di Padang Air sebelum ke Hiliran.
Begitulah rutin perjalanannya.
Bermula dari Padang Air Wan Dollah berjalan ke Bukit Wan ia merasa
penat lalu mendirikan sebuah pondok beratapkan lalang di sebuah tempat. Tempat
ini dikenali sebagai Kampung Pondok Lalang. Kemudian beliau meneruskan
perjalanan ke kampung yang dikenali dengan namanya iaitu Kampung Bukit Wan.
Kawasan bukit ini telah diteroka oleh Wan Dollah lalu dinamakan Kampung Bukit Wan Dollah.
Isterinya di Padang Air mempunyai seorang anak perempuan. Wan
Dollah dikatakan telah meninggal dunia di Pulau Duyung. Versi yang diceritakan
kerana ditikam oleh kawannya ketika sedang bersembahyang. Bagaimanapun setelah
dilihat kepada sejarah Pulau Duyung kisah pertikaman itu bukanlah Wan Dollah
tetapi dua orang pedagang Bugis yang menetap di situ.
Kelahiran dan Susurgalur keturunan
Nama sebenar Tok Syeikh Duyung
ialah Wan Abdullah bin Wan Muhammad
Amin bin Wan Yaqub al-Fathani. Lahir di Cabang Tiga, Patani, tahun 1216 H/1802
M, Allahyarham wafat pada hari Khamis, pukul 4.00 petang, 12 Jamadilakhir 1306
H/24 Februari 1889 M.
Nama ayahnya ialah Wan
Muhammad Amin al-Fathani yang digelar dengan Tok Syeikh Qadhi al-Fathani. Beliau pula ialah anak Wan Yaqub al-Fathani. Hanya sampai kepada Wan
Yaqub saja nasab dari sebelah ayahnya dapat
dikesan. Ibu Tok Syeikh Qadhi (Syeikh Wan Muhammad Amin) bernama Wan Salamah
binti Tok Wan Deraud bin Cik Wan Derahim yang kahwin dengan Tok Wan Nik. Ibu
Tok Wan Nik ini bernama Wan Dewi binti Tok Kaya Rakna Diraja bin Syeikh Faqih
Ali al-Malabari.
Ibu Tok Syeikh Duyung (Syeikh Wan Abdullah) bernama Wan Aminah
binti Tok Wan Drahmad bin Tok Wan Derahman bin Tok Kaya Pandak. Tok Kaya Pandak
ini nama sebenarnya ialah Wan Ismail bin Nakhoda Wan Kang daripada perkahwinan
dengan puteri Laksamana Johor.
Nakhoda Wan Kang yang dimaksudkan di sini adalah nama gelar pada
Syeikh Faqih Ali al-Malabari. Ada riwayat menyebut bahawa beliau ini adalah
seorang Arab keturunan Nabi Muhammad s.a.w. yang berhijrah ke Malabar (India)
dan selanjutnya berhijrah ke dunia Melayu
Pendidikan
Pada peringkat awal pendidikannya,
Tok Syeikh Duyung menimba ilmu dari ayahnya (Tok Syeikh Qadi al-Fathani ) yang
sezaman dengan ulama-ulama masyhur yang lain seperti Syeikh Daud bin Abdullah
al-Fathani, Syeikh Wan Mustafa bin Muhammad al-Fathani (Tok Bendang Daya I) dan
Syeikh Wan Abdul Qadir bin Abdur Rahim al-Fathani. Pada masa yang sama Wan Abdullah bin Wan
Muhammad Amin bersahabat dengan Saiyid Muhammad Zainal Abidin (Tukku Tuan
Besar) dan selanjutnya belajar dengan Syeikh Wan Abdul Qadir bin Abdur Rahim
al-Fathani yang pada ketika itu tinggal di Bukit Bayas.
Pelajarannya dilanjutkan di Mekah kepada Syeikh Daud bin Abdullah
al-Fathani. Dalam masa yang sama sekurang-kurangnya ada tiga orang yang berasal
dari Terengganu yang belajar dengan Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani yang
sangat terkenal itu.
Ketiga-tiga mereka kemudian menjadi ulama besar yang terkenal.
Mereka ialah Wan Abdullah bin Wan Muhammad Amin, Saiyid Muhammad Zainal Abidin
dan Syeikh Mahmud bin Muhammad Yusuf bin Abdul Qadir Terengganu.
Aktiviti Pengajaran
Setelah pulang dari Mekah pada tahun 1263 H/1846 M, ketika berusia
44 tahun Wan Abdullah bin Wan Muhammad Amin mengambil tempat kedudukan dan
pusat aktivitinya di Pulau Duyung Kecil Terengganu. Selain mengajar di Pulau
Duyung Kecil, beliau juga mengajar di beberapa tempat di antaranya Paloh,
Losong dan Bukit Bayas.
Wan Abdullah bin Wan Muhammad Amin (Tok Syeikh Duyung) seperti
ulama-ulama Patani lain tetap mengajar dua jenis kitab, iaitu yang berbahasa
Melayu dan berbahasa Arab. Kitab-kitab bahasa Melayu yang diajarkan diutamakan
karangan gurunya, Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani. Kitab-kitab bahasa Arab
yang diajarkan adalah karangan ulama-ulama yang terkenal dalam pelbagai
disiplin ilmu. Yang paling diutamakan dalam tasawuf ialah Ihya Ulumid Din oleh Imam al-Ghazali. Beliau menterjemah Minhaj
atTalibin oleh Imam anNawawi dan alUmm oleh Imam ashShafei, dari bahasa Arab ke bahasa Melayu
Murid-Murid
Murid Tok Syeikh Duyung sangat ramai, termasuk yang datang dari
luar Terengganu. Ada yang datang dari Patani, seluruh Semenanjung Tanah Melayu,
Sumatera, Jawa, Brunei, Kalimantan dan lain-lain.
Di antara murid Tok Syeikh Duyung yang menjadi ulama besar lagi
terkenal ialah Syeikh Abdur Rahman Gudang al-Fathani, Tukku Paloh dan Haji Wan
Muhammad (anak beliau sendiri) yang pernah menjadi Mufti Terengganu setelah Tok
Syeikh Duyung wafat. Di kalangan Sultan Terengganu yang pernah menjadi murid
Tok Syeikh Duyung ialah Sultan Omar dan Sultan Zainal Abidin III. Antara
muridnya yang lain Haji Omar Duyung Besar, Haji Abdul Hamid
Nerus, Tuan Baru Petal Bubus, Haji Musa Alim dan Che Man Gudang. Baginda Omar
dan Sultan Zainal Abidin III sendiri pergi ke Duyung mempelajari ilmu agama
kepada beliau dan bukan beliau dipanggil ke istana mengajar baginda. Ini ialah
kerana sudah menjadi suatu perkara biasa bahawa adalah kewajipan murid
mendapatkan guru dan bukan guru mencari murid.
Menjawat Mufti
Pada waktu yang sama gurunya Tok Syeikh Kadir Bukit Bayas menjadi
mufti. Beliau adalah mufti pertama negeri Terengganu.Salah satu kuburnya
terdapat di Padang Air yang terkenal dengan Wakaf Syeikh Kadir. Setelah gurunya
itu wafat, Tok Syeikh Duyung dilantik menjadi Mufti Terengganu mulai tahun 1269
H/1853 M hingga beliau wafat pada tahun 1306 H/1889 M. Khidmatnya sebagai mufti
selama 36 tahun. Mengikut penulis Wan Mohd Saghir Abdullah Tok Syeikh Kadir
meninggal pada tahun 1864, bermakna sebelum kematian gurunya Tok Syeikh Duyung
telah dilantik sebagai mufti Terengganu.
Sepanjang hidupnya, Tok Syeikh
Duyung sempat menjadi Mufti kepada tiga orang Sultan iaitu Sultan Omar, Sultan Ahmad Syah II dan Sultan
Zainal Abidin III bahkan turut menjadi guru agama kepada ketiga-tiga sultan
tersebut. Semasa menjadi Mufti, khidmatnya sebagai penasihat agama kepada
Sultan sangat terserlah. Wan Abdullah telah menulis kitab yang bernama Nasihat
untuk Raja-raja. Selain itu, pengaruhnya dalam bidang pentadbiran negeri
Terengganu juga besar.
Dalam hal mengeluarkan sesuatu hukum
atau fatwa Tok Syeikh Duyung sentiasa berpandukan aI-Quran dan Hadis di samping
merujuk kepada kitab-kitab agama yang masyhur. Ketokohan beliau juga telah
menyebabkan negeri Terengganu menjadi sebutan di seluruh Nusantara pada masa
itu dan Pulau Duyung digelar orang sebagai 'Lidah Negeri Terengganu
Diriwayatkan bahawa kisah
kealimannya tersebar ke seluruh nusantara sehingga pernah ulama-ulama dari
Indonesia bertanya mengenai hukum-hukum agama kepada beliau. Tokku Paloh, ulama
besar yang merupakan anak kepada Tokku Tuan Besar adalah merupakan murid yang
disayangi oleh Tok Syeikh Duyung.
Beliau sentiasa mendapatkan gurunya
tentang sesuatu masalah khususnya yang berkaitan dengan Perundangan Islam.
Sultan Zainal Abidin III telah mengurniakan gelaran "Syeikhul Ulama"
yang bermaksud Ketua bagi orang-orang yang berilmu manakala
gelaran"Syeikhul Islam" yang bermaksud Ketua bagi orang-orang Islam
dikurniakan kepada anak muridnya iaitu Tokku Paloh
Ulama dan Umara
Sultan Omar telah melantik
Syeikh Wan Muhammad Amin al-Fathani (Tok Syeikh Qadhi) menjadi seorang pembesar
negeri sementara anaknya Wan Abdullah (Tok Syeikh Duyung) telah
dilantik menjadi kadi, sekali gus menjadi penasihat kepada Baginda Sultan Omar.
Tok Syeikh Duyung adalah
ulama yang berwibawa tidak memisahkan diri dari pemerintah. Sentiasa memberi nasihat
kepada pemerintah (sultan). Oleh itu sewaktu pertabalan Sultan Zainal Abidin
III menjadi Sultan Terengganu pada 18 Disember 1881, Tok Syeikh Duyung telah
melakukan sembahyang hajat dengan doa yang bersungguh-sungguh untuk keselamatan
Sultan Zainal Abidin III, semua rakyat dan kerajaan yang di bawah pemerintahan
baginda.
Sesuatu pemerintahan Islam
akan selamat apabila penguasa tertingginya dapat bekerjasama dengan ulama.
Ulama yang membawa selamat dan berkat ialah ulama yang dapat memberi nasihat
kepada pemerintah, berani berkata benar walaupun terhadap penguasa yang zalim.
Sesuatu pemerintahan Islam
dan rakyat akan binasa apabila para ulamanya tidak berani memberi nasihat yang
benar kepada pemerintah. Sesuatu pemerintahan Islam akan lebih binasa apabila
pemerintahnya memusuhi ulama yang berani berkata benar seperti yang
diperintahkan oleh Allah dan Rasul-Nya.
Penghijrahan
Masyarakat Patani ke Pulau Duyung
Penghijrahan kumpulan Tok Sheikh Qadi dan Sheikh Abdul Kadir Bukit
Bayas ke Pulau Duyong berlaku pada 1832 . Kedatangan mereka ini adalah
disebabkan oleh faktor pergolakan politik di Patani. Tetapi sebelum itu Sheikh
Daud Fatani juga pernah berundur dari medan perang di Patani ke Pulau Duyong,
Oleh yang demikian, berkemungkinan bahawa Pulau Duyong sememangnya telah
dijadikan asas tapak yang ditinggalkan oleh Sheikh Daud Fatani dan kemudiannya
disusuli pula oleh kelompok Tok Sheikh
Qadi yang menghadapi masalah yang sama di tempat tersebut.
Pengalaman ini turut dialami oleh Syeikh Daud al-Fatani dan para
pengikutnya yang terpaksa berundur dari medan jihad menentang pihak Siam.
Beliau bersama pengikutnya telah berundur ke Pulau Duyong untuk menyusun
strategi. Manakala kedatangan kelompok rombongan ahli keluarga Tuk Syeikh Qadi
(bapa Tuk Syeikh Duyong) ke Pulau Duyong berlaku selepas daripada peristiwa
huru-hara akibat perselisihan di antara Datuk Pengkalan Raja Patani dengan
Panglima Dajang pada l8O8M. Datuk Pengkalan Raja telah mengalami kekalahan
teruk dan turut terkorban di tangan Panglima Dajang (pembesar keturunan Siam)
yang dibantu sepenuhnya oleh tentera Siam di Ligor ( di bawah pimpinan Pya
Kalahom). Nasib yang dialami oleh Datuk Pengkalan Raja tersebut telah
menyebabkan para pembesar dan ramai rakyat jelata lari menyelamatkan diri ke
selatan. Mereka yang terlibat ini termasuklah keluarga Tuk Syeikh Qadi (Wan
Mohd Amin bin Wan Yaacub). Tuk Syeikh Duyong yang masih kecil pada ketika itu
turut dibawa bersama ke Kelantan, namun desakan Siam yang mahu mereka menyerah
diri menyebabkan sekali lagi mereka berhijrah ke Terengganu. Mereka terus
memohon perlindungan daripada Sultan Terengganu (Sultan Omar) sejurus selepas
sampai ke sana. Peperangan yang dahsyat berlaku pada 30 Mac 1832 antara
orang-orang Melayu Patani yang dibantu oleh orang Melayu dari Terengganu dan
Kelantan dengan pihak Siam
Dalam buku Patani Dahulu dan Sekarang tulisan A Bangnara
ditulis pada tahun 1791 Siam telah melantik Datu Pengkalan dari Kampung
Pengkalan Besar sebagai raja serta dikurniakan pangkat Luang oleh Siam.
Bagaimanapun pada tahun 1809 Datu Pengkalan bersama Datu Pujud, Datu Sa’iy dan
lain-lain telah memberontak. Pada peringkat pertama mereka mendapat kemenangan
kemudian mereka telah kalah. Datu Pengkalan telah terkorban manakala Datu-Datu
yang lain melarikan diri.
Pada tahun 1831 bantuan dari Terengganu dan Kelantan kepada Patani
melawan Siam .Daripada Terengganu
antaranya Panglima Idris, Encik Golan, Wan Kamat dan Encik Ismail.
Sebelumnya tahun 1800 Sultan Zainal Abidin II menghantar utusan ke
Patani meminta bantuan dari seorang Datuk iaitu Datuk Long Ismail untuk
menyerang Kelantan dan dipersetujui .
Pada 1832 Sultan Terengganu telah menyerahkan kepada Kerajaan Siam
panglima-panglima Patani yang memberontak iaitu Panglima Damit, Panglima
Mahmud, Panglima Pik dan Panglima Ahmad serta ramai pengikut mereka.
Cerita Lisan menyebut kisah
Raja Jambu. Manakala Datu adalah menantu Raja . Berlaku pergaduhan suami isteri
ketika di Kelantan dan suami kalah. Tujuh
beradik mengikut Datu ke Terengganu. Mereka menetap di Anak Bukit. Di bawah
pokok pulai yang besar. Kemudian mereka meminta dari Raja Terengganu suatu kawasan
untuk dibuat penempatan yang kemudian dikenali sebagai Paya Datu. Tempat lain
yang berhubungan dengan mereka ialah Bukit Datu, Pengkalan Datu. Dikatakan mereka
kemudian bermesyuarat untuk berpecah iaitu Bukit Tok Beng, Seberang Baruh,Paya
Datu, Tok Kamat (Kelantan) dan Bukit Kenok Besut.
Berdasarkan kisah ini kemungkinan penghijrahan pertama Tok Syeikh
Duyung (Wan Abdullah ) adalah pada tahun 1809 kerana dikatakan oleh penulis Wan
Mohd Saghir Abdullah bahawa Tok Syeikh Duyung masih kecil . Umurnya dalam
lingkungan 7 tahun. Manakala pada 1832 selepas perang Patani Siam Tok Syeikh
Duyung telah pun berumur 30 tahun. Kemungkinan besar Tok Syeikh Duyung ikut
serta berperang dengan Siam dan kembali semula ke Pulau Duyung selepas
mengalami kekalahan.
Gelaran Tok
Syeikh Duyung
Pulau Duyung Kecil menjadi
tempat keluarga besar ulama Patani berhijrah akibat perang dengan Siam. Di
antara yang berhijrah ialah Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani, ulama yang
banyak menulis kitab yang sangat terkenal itu. Yang digelar Tok Syeikh Duyung
yang lebih awal ialah Syeikh Abdul Qadir bin Abdur Rahim al-Fathani yang
kemudian lebih dikenali dengan panggilan Tok Syeikh Bukit Bayas.
Wan Abdullah bin Muhammad
Amin digelar Tok Syeikh Duyung kemungkinan kemudian daripada Syeikh Abdul
Qadir bin Abdur Rahim al-Fathani. Ketiga-tiga ulama ini, Syeikh Daud bin
Abdullah al-Fathani, Syeikh Abdul Qadir bin Abdur Rahim Bukit Bayas dan Syeikh
Wan Abdullah bin Muhammad Amin Duyung adalah masih dalam satu lingkungan
keluarga yang dekat.
Disebabkan beliau menjadikan Pulau Duyung Kecil
sebagai pusat utama kegiatan dakwahnya maka melekatlah dibibir orang akan
gelarannya sebagai Tok Syeikh Duyung. Kerana tempat
mengajarnya di Pulau Duyung, maka lama-kelamaan melekatlah namanya menjadi
"Tok Syeikh Duyung".Wan Abdullah balik dari Mekah pada 1846 M. Pernah
berlaku kebakaran di sini Semua rumah penduduk kampung musnah sekelip mata
dan yang tinggal hanyalah masjid Tok Syeikh Duyung yang sedikitpun tidak
terjejas. Selain itu, masjid berkenaan yang dibina setinggi 13 anak tangga juga
tidak tenggelam ketika banjir besar yang menenggelamkan seluruh pulau
berkenaan, malah rumah Allah itu dijadikan sebagai tempat penduduk kampung
untuk menyelamatkan diri
Kewafatannya
Tok Syeikh
Duyung wafat di rumahnya di Duyung Kecil pada hari Khamis, pukul 4.00 petang,
12 Jamadilakhir 1306 H/24 Februari 1889 M ketika berumur 87 tahun. Baginda
Sultan Zainal Abidin III telah berangkat sendiri ke Pulau Duyung Kecil
menziarahi jenazah gurunya. Baginda sendiri turut bersembahyang jenazah dan
memerintah supaya jenazah Tok Syeikh Duyung diusung dari Pulau Duyung Kecil
melalui hadapan istana untuk diberi penghormatan terakhir oleh baginda,
pembesar-pembesar negeri dan kerabat-kerabat diraja sebelum dikebumikan di
tanah Perkuburan Syeikh Ibrahim, Kuala Terengganu.
Pemergian
Tok Syeikh Duyung benar-benar dirasai oleh rakyat Terengganu terutama baginda
Sultan Terengganu sendiri. Bahkan, anak muridnya, Tokku Paloh sendiri mengakui
ketokohannya dan setelah mendapat berita kembalinya Tok Syeikh Duyung ke
rahmatullah, beliau berkata, "Hilang sudah kepala santan Negeri
Terengganu" dan terus berkejar ke Pulau Duyung Kecil untuk menziarahi
jenazah guru yang amat dikasihinya itu.
Penulisan
dan Warisan Tok Syeikh Duyung(1216H – 1306H)
Sebagaimana disebut dalam
journal unisza (https://journal.unisza.edu.my/jimk/index.php/jimk/article/viewFile/29/27) Haji Wan Abdullah bin Haji Wan Mohd
Amin (Tok Sheikh Duyong) menulis, menterjemah dan mentahqiq kitab dengan
tulisan Jawi dalam pelbagai bidang ilmu Islam. Kitab-kitab ini digunakan oleh
beliau dalam pengajaran dan rujukan semasa menjadi Sheikhul Islam di
Terengganu. Balik dari Mekah pada 1263H berkhidmat sebagai mufti pada 1269H selama
36 tahun sementara mengajar selama 43 tahun.
Terdapat 74 buah buku (manuskrip) di dalam simpanan Arkib Negara
Malaysia Cawangan Terengganu / Pahang, milik Tok Syeikh Duyong disusun dalam
sembilan kotak (Arkib Negara 2004, 4-5). Sebahagian daripada manuskrip itu
ditulis oleh murid-muridnya.
Kesemua kitab ini merupakan hasil tulisan tangan dalam tulisan Jawi.
Penulisan kitab disusun dalam sembilan kotak seperti yang ditunjukkan dibawah
1. Kotak 1 Sharah al-Muqaddimah – Min Ta’alif Mohd bin Sulaiman
al-Qurdi; Juzu’ Thalith Min Hashiah – al-Sheikh Bujairumi; Kitab Alfiah–Mohd
Soleh;Tulisan Hukum Fekah – Perempuan Berumah Tangga; Kitab Nahu – 1118H.
2. Kotak 2 Tamhid Fi Bayan al-Tauhid – Muharram 1226H; Kitab Fekah;
al-Futuhat al-Wahbiah Bisharah al-Arbain al-Nawawiah al-‘Alam al-cAlamah –
Sheikh IbrahimIbnMae’ie;Kitab Tauhid – 1238H;Fekah Melayu Bab Sembahyang;
Sharah al-Zanjani Fi Saraf al-Sheikh al-Alamah Ustaz Fadhil Abu Hassan Ali Ibn
al-Hisham al-Kailani al-Shafie; al-Matlab al-Tama al-Sawiyi ala Hizb al-Imam
Nawawi – Rabiul Akhir 1440H; Kitab al-Ghazah al-Usul ila Ilm al-Fusul – Abi
Yahya Zakaria al-Ansari al-Shafie; Kitab al-Wafi Bi Halli al-Kafi fi Ilm
al-Urud wa al-Khowafi min al-Mubiqat – al-Alam al-Allamah al-Sheikh Abd. Rahman
Ibn Isa Ibn Marshad al-Hanafi.
3. Kotak 3 Kitab Tafsir yang disusun mengikut surah.
4. Kotak 4 Kitab Fekah –Ibrahim bin Mohd Ibrahim 1240H.
5. Kotak 5 Kitab al-Sharh; Kitab Minhaj al-Abidin – Imam al-Ghazali
1241H – atas arahan Abd Rahman bin Sultan Zainal Abidin; Hashiah al-Alam al- c
Allamah al-Hubr al-Bahr al-Fahamah al-Ustaz Sheikh al-Islam al-Baijuri ala
Matan al-Sanusiah RahimahulLah Ta’ala 1298H; Kitab Hadith 40; Mukhtasar
Bukhari; al-Farqu Baina al-Hayat al-Mustamirrah wa al-Farqu Baina Mustaqirrah;
Kitab Fekah disalin alih oleh Ahmad Osman 1256H; Muratib al-Wujud – al-Sheikh
al-Kamil al-Muhaqqiq Abd Karim al-Jailani; Kitab Arab Tulisan Tangan Tok Sheikh
Duyong; Kitab al-Iqna’ – 1234H).
6. Kotak 6 Fadilat-fadilat (tajuk tak dapat dikesan); Kitab
Berzanji disalin oleh Haji Ismail bin Abdullah al-Sawi; Ittihaf al-Murid bi
Jauharah Tauhid 1225H; Kitab Ummu Barahim – Mohd ibn Yusof – Syaaban 1170H
(Mekah); Sharah Sheikh al-Alam al-Allamah Muhammad bin Qasim al-Razi; Juzu
Awwal min Hashiah al-Bujairumi ala Sharah al-Khatib; Catatan Hukum dan
Perbicaraan – Tok Sheikh Duyong; al-Mubtadi Bisharah al-Murtadi; Kitab al-Adha
al-Bahjah fi Abras Daqaiq al-Munfarijah Imam al-Allamah al-Hubr al-Bahr
al-Fahamah Sheikh Zakaria al-Ansari – 1228H; Kitab Hukum dan Perbicaraan – Tok
Sheikh Duyong; Kitab Hikam – Muharram 1252H; Israk Mikraj; Kitab Fekah).
7. Kotak 7 (Bayan fi maani Tajwid wa Hukmuhu – Wan Sulaiman; Kitab
Nahu – Isnain/ Zulkaedah 1330H; Kitab Tajul Urus – Athoillah 1291H; Kitab
Tasawuf – 12 Syaaban 1224H; Tanbih – Nasihat untuk Raja-raja; Sharah
al-Jauhariyyah fi Sharah al-Durah al-Bahiyah Nazam al-Ajrumiyah; Bab Sembahyang
– Tok Sheikh Duyong; Kitab Doa dan Asma al-Husna; Adab Persembahan Raja dan
Catatan Bujairumi 1300H – Dato’ Kamal Wangsa; Kitab Arab Dan Zikir – Bahasa
Melayu; Tafsir al-Manar – Ibn Sirin; al-Meerath Taalif al-Sheikh Najamuddin
al-Ghaisi; Juzu’ Thani Min Hashiah al-Bujairumi.
8. Kotak 8 (Kitab Kauras / Fekah; Kitab Fekah; Kitab Minhaj
al-Abidin – al-Imam al-Ghazali – manuskrip tulisan tangan; Kitab Zakat – tiada
tajuk; kitab tulisan tangan (berkaitan Fekah) tiada tajuk – Tok Sheikh Duyong;
Kitab Fathul Rahman Ma’a Kitab Targhib al-A’mal fi Bayan al-Solat – Tok Sheikh
Duyong; Nisfu Syaaban; Kitab Nasihat – Bahasa Melayu/ Jumaat 26 ZulKaedah;
al-Mukhtasar Fi Mulamah al-Mahdi al-Muntazor – bahasa Melayu; Catatan
Perbicaraan oleh Tok Sheikh Duyong – 1259H; kitab tulisan tangan (tiada tajuk)
– tahun 1343H; Kitab Sheikh Abdullah al-Jawi (tajuk tak dapat dikesan); Kitab
berkaitan Akidah (tulisan tangan) tiada tajuk; Kitab Tasawuf – bahasa Melayu;
Tafsir al-Quran – terjemahan bahasa Melayu).
9. Kotak 9 Jadual li Tawarikh wa al-Buruj wa al-Manazil li
al-Allamah al-Sheikh Abd Wahab ibn Sheikh Mustafa al-Nihas al-Shafie; Sifat 20;
Kitab Musammah Sharah Bayan al-Tashdiq; Kitab Nuhjah al-Mardhiah fi Sharah
al-Fiah – Imam Malik/ khamis/ Rabiul Awal 1234H; Kitab Adab al-Qudha; Kitab
Sharah Murshid al-Salikin; Kitab Sharah al-Qawaid; Hazihi Hashiah Syed Abd Rauf
al-Makie’ei al-Shafie Ala Sharah Shihabuddin al-Shafie; Hazihi Muqaddimah Fi
Yaum Ashura – Taalif al-Sheikh Ali al-Jauhari alMalikiyyi; Kitab Mujarabat
al-Sheikh Imam Abu Abdullah Muhammad bin Yusoff al-Sanusi; Kashfu al-Tibyan
al-Imam al-Ghazali; Mu’jam al-Wajiz min Ahadis Rasul al-Aziz al-Said – Abdullah
al-Mirari; Tuhfah al-Muhtaj – bi Sharah Ibn Hajar; Kitab Sheikh Daud Fatani
(disalin semula oleh Tok Sheikh Duyong – tanpa tajuk); Kitab Sharah Munfarijah
al-Musamma bi al-Adwail al-Bahjah fi Abraz Daqaiq al-Munfarijah Ibn Yahya
Zakaria al-Ansari.
Dalam kotak 2 buku tulisan tahun 1440H adalah selepas kematian Tok
Syeikh Duyung. Begitu juga kotak 7 tahun 1330H dan kotak 8 tahun 1343H.
Kitabnya
Nasihat kepada Raja-raja telah dijadikan kajian seorang pelajar Sarjana UKM Fatimauzzahra'
binti Mat Sidi, Malaysia, Kitab Nasihat Raja-Raja” Karya Tok Syeikh Duyong: Kajian Teks dan
Kaitannya Dengan Masyarakat .. sementara seorang pengarang
bernama Jesse Russell menulis mengenai Tok Syeikh
Duyung .
Book Title
|
: Tok Syeikh Duyong
|
Author
|
: Jesse Russell
|
Publisher
|
: Book on Demand Limited
|
Release Date
|
: 2012-06
|
Categories
|
:
|
Pages
|
: 128
|
ISBN
|
: 5511905968
|
Available Language
|
: English
|
SENARAI MUFTI TERENGGANU
Mufti Pertama
Syeikh Abdul Kadir Bukit Bayas (
Tahun 1839 M hingga Tahun 1853 M)
LATAR BELAKANG
Nama : Syeikh Abdul Kadir Bukit Bayas
Tarikh Lahir : akhir abad ke-18 (1770-an)
Tempat Lahir : Pattani
Keturunan : anak Raja Bugis bernama Fakeh Ali
Beliau berserta rombongan yang
dipimpin oleh Tok Syeikh Qadi (bapa kepada Syeikh Duyong) telah berhijrah ke
Terengganu pada dekad 1820-an
PENDIDIKAN
Pendidikan asas beliau bermula di
pondok pengajian di Pattani
Melanjutkan pelajaran di Mekah dan
berguru dengan beberapa orang ulama disana antaranya :
-
Syeikh Muhammad Shalih bin Ibrahim (Mufti Syafie di Mekah)
-
Syeikh Ahmad al-Marzuqi
-
Syeikh Muhammad Shalih bin Abdul Rahman Pauh Bok al-Fathani
-
Syeikh Muhammad Zain bin Faqih Jalaludin Aceh
SUMBANGAN DAN KHIDMAT MASYARAKAT
Beliau diriwayatkan adalah pelopor
pengajian Islam di Terengganu dan juga pengikut tarekat syatariyyah.
Beliau juga seorang yang pakar dan
mahir dalam bidang usuluddin, tasawuf, tafsir dan hadis.
Bermula sekitar tahun 1830-an,
beliau telah mencurahkan ilmu dengan mengajar penduduk Kampung Paya Bunga
Duyung dan mendirikan masjid di Bukit Bayas.
Beliau telah membina pengajian
pondok di kedua-dua tempat tersebut mengikut tradisi pengajian di Patani.
Beliau telah dilantik sebagai Mufti
Terengganu pada tahun 1839 hingga 1853 oleh Sultan Omar iaitu bekas murid
beliau sendiri.
Beliau terlibat secara langsung
dalam memberi nasihat kepada sultan selaku Mufti dan ditambah lagi dengan minat
Sultan kepada agama Islam menyebabkan banyak dasar-dasar kerajaan negeri
Terengganu berjalan lancar selari dengan kehendak agama Islam.
Antara karya penulisan beliau ialah
kitab yang bertajuk AI- Targhib li al-Ba 'i wa asy-Syira. Buku tersebut
membincangkan tentang pemiagaan menurut ajaran Islam dengan mengemukakan
hujah-hujah berdasarkan al-Quran dan hadis mengenai larangan riba.
Pada tahun 1864, beliau telah
kembali ke rahmatullah di Kampung Paya Bunga, Terengganu. Terdapat juga
pendapat yang mengatakan beliau meninggal dunia di Bukit Bayas, Terengganu.
MUFTI KEDUA
Syed Muhammad bin Zainal Abidin (
Tahun 1868 M – Tahun 1878 M)
LATAR BELAKANG
Nama : Syed Muhammad bin Zainal Abidin
Keturunan : al-Idrus ( dikenali sebagai To’ku
Tuan Besar)
Tempat tinggal : Chabang Tiga Kuala Terengganu
PENDIDIKAN
Pendidikan awal yang diterima secara
pondok dan berguru dengan Syeikh Kadir Bukit Bayas
Menimba ilmu diMekah selama 20 tahun
dan berguru dengan beberapa orang ulama’ yang masyhur antaranya :
-
Sheikh Abdul Hamid Syurwani
-
Al- Sheikh Nawawi
SUMBANGAN DAN KHIDMAT MASYARAKAT
Menjadi Guru Agama di Chabang Tiga
Kuala Terengganu
Dilantik menjadi Mufti Terengganu
pada tahun 1860 hingga 1878
Bidang tugas dan tanggungjawab yang
telah dijalankan oleh beliau adalah bertanggungjawab memperluaskan ilmu agama
kepada masyarakat pada zaman tersebut
MUFTI KETIGA
Hj. Wan Abdullah Wan Mohamad Amin (Tahun1878M-
Tahun 1889M)
LATAR BELAKANG
Beliau juga dikenali sebagai Tuan
Syeikh Duyong
PENDIDIKAN
Pendidikan awal yang diterimanya
adalah berguru dengan Tok Syeikh Kadir Bukit Bayas dan kemudian menuntut ilmu
di Pattani dan Mekah.
Beliau pemah bersahabat dengan Syed
Muhammad bin Zainal Abidin (To'ku Tuan Besar) dan selanjutnya belajar dengan
Syeikh Wan Abdul Kadir bin Abdul Rahim yang pada ketika itu tinggal di Bukit
Bayas.
SUMBANGAN DAN KHIDMAT MASYARAKAT
Pengajaran agama beliau dimulakan
setelah beliau kembali ke Terengganu dan juga telah terbina masjid berhampiran
rumahnya di Duyong Kecil.
Beliau kemudian dilantik menjadi
mufti hanya selepas kematian Syeikh Abdul Kadir Bukit Bayas pada tahun 1878
sehingga tahun 1889. Tokoh ini amat dikenali dalam bidang perundangan Islam
pada abad ke-19 dan ke-20.
Anak murid yang datang berguru
dengannya bukan sahaja datang dari Terengganu, malah terdapat juga yang datang
dari Patani, seluruh Semenanjung Tanah Melayu, Sumatera, Jawa, Brunei dan
Kalimantan.
Beliau pemah ditugaskan sebagai
perunding oleh Sultan Omar semasa berlakunya pemberontakan di Besut pada tahun
1874. Beliau dihantar ke Kelantan supaya berunding dengan Sultan Kelantan bagi
menghentikan bantuan kepada pemberontakan itu.
MUFTI KEEMPAT
Haji Wan Mohammad bin Wan Abdullah (
Tahun 1890 M – Tahun 1912 M)
LATAR BELAKANG
Tiada rekod yang ditemui mengenai
tokoh ini dan hanya direkodkan beliau merupakan anak kepada Tok Syeikh Duyung
iaitu Haji Wan Abdullah bin Mohamad Amin
SUMBANGAN DAN KHIDMAT MASYARAKAT
Beliau dilantik menjadi Mufti mulai
tahun 1890 hingga tahun 1912
MUFTI KELIMA
HAJI WAN MUHAMMAD SALLEH BIN ISMAIL (
Tahun 1912 M – Tahun 1931 M)
LATAR BELAKANG
Menurut rekod beliau digelar Dato’
Indera Guru
SUMBANGAN DAN KHIDMAT MASYARAKAT
Beliau telah berkhidmat sebagai
Mufti melewati tiga orang Sultan iaitu Sultan Zainal Abidin III, Sultan
Muhammad dan Sultan Sulaiman Badru Alam Shah.
Beliau telah memegang jawatan Mufti
selama hampir 19 tahun bermula tahun 1912 hingga tahun 1931.
Sepanjang berkhidmat, beliau turut
memberi sumbangan yang besar kepada Terengganu dengan terlibat sebagai :
-
ahli jawatankuasa menggubal Undang-Undang Tubuh Negeri Terengganu yang
dikenali sebagai 'Qanul Muluk bi Ta'dils Suluk' bersama Tok Ku Paloh dan Hj.
Wan Mohamad,
-
anggota Majlis Mesyuarat Negeri dan Jemaah Menteri semasa pemerintahan
Sultan Zainal Abidin III.
MUFTI KETUJUH & KELAPAN
Syeikh Hassan Said Al-Yamani Mufti
Ketujuh ( Tahun 1940 M – Tahun 1943 M)
Mufti Kelapan ( Tahun 1946 M – Tahun
1952 M)
LATAR BELAKANG
Nama : Syeikh Hassan Said AI-Yamani
Tempat Lahir : perkampungan Al-Syamiy di Mekah
Nama Ayah : Syeikh Said bin Muhammad Al-Yamani
- Beliau merupakan seorang ulama yang
terkenal dan dihormati di Mekah dan juga seorang guru di Masjidil Haram
- Digelar ‘’Merpati al- Masjidil
Haram’’
Syeikh Hassan merupakan seorang yang
berani menghadapi cabaran dan ini terbukti dari beberapa peristiwa yang
melibatkannya dengan pihak British dan Jepun. Beliau juga terkenal dengan sikap
yang peramah
Dari segi peribadi dan perwatakan
Malah kadangkala beliau bersenda
gurau dengan mereka yang mendampinginya
PENDIDIKAN
Kebanyakan ilmu Islam yang ada pada
beliau dipelajari daripada bapanya sendiri yang merupakan tokoh ulama pada masa
itu
Tidak ketinggalan juga beliau
menuntut ilmu daripada ulama-ulama yang lain seperti Syed Hussein bin Muhammad
al-Habsyi, al-Syed Ahmad bin Hassan al-Attas, al-Syeikh Jaafar al-Katani dan
Syeikh Abdul Rahman bin Abdullah Siraj.
SUMBANGAN DAN KHIDMAT MASYARAKAT
Pernah mengajar di Masjidil Haram
seperti bapanya juga di mana pengajarannya diikuti oleh ramai pelajar dari jauh
dan dekat
Disebabkan ketokohan beliau dalam
memberi ilmu dan menyebarkan syiar Islam, beliau telah digelar "As-Syafie
As-Shagir" yang bererti Syafie Kecil.
Beliau juga pemah dilantik sebagai
Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama
Beliau telah diberi tanggungjawab
untuk memegang jawatan Mufti di Terengganu sebanyak dua kali. Kali pertama
adalah pada tahun 1940 sehingga tahun 1943 dan kemudian kali keduanya pada
tahun 1945 sehingga 1952
Sumbangan dan perkhidmatan yang
cemerlang kepada pendidikan dan dakwah Islam yang diberikan oleh beliau bukan
sahaja di Tanah Suci Mekah malah juga besar ertinya kepada Malaysia terutamanya
kepada negeri Terengganu sendiri
Kemahiran dan kepakaran yang ada
padanya dalam mengeluarkan fatwa menurut Mazhab Syafie sukar ditandingi.
Penglibatan sosial beliau juga telah banyak meninggalkan kesan yang baik dalam
sejarah Negeri Terengganu
Kewujudan Madrasah Khairiah, Hiliran
pada tahun 1942 dan penubuhan Persatuan Kebajikan Islam (PERKASA) pad a tahun
1946 adalah hasil usaha dan kerjasama yang telah diberikan oleh beliau.
Rujukan dan lampiran:
(Utusan Online – 06/03/2006 , Wan
Mohd Saghir Abdullah)
(http://elyanee.weebly.com/sejarah-pulau-duyung.html)
The manuscript about the
constitutional also was write in the Jawi like Kitab Adab Raja-Raja in
Terengganu and Kitab Nasihat Raja-Raja di Istana Terengganu written by Wan
Abdullah bin Haji Wan Muhamad Amin (Tok Syeikh Duyong)(Worawit Baru
2004:104-136). http://www.mcser.org/journal/index.php/mjss/article/viewFile/9093/8780
In addition, His Majesty had extensive
experience in various disciplines of knowledge and had many teachers. Muhammad4
interviewed the former Chief Kadhi of Terengganu, Datuk Purba Diraja who said
that the teachers of Sultan Zainal Abidin III were Sayyid Zain (Zainal Abidin)
bin Muhammad, Sayyid Abdullah bin Muhammad, Abdul Rahman bin Muhammad al-Idrus
(Tok Ku Paloh), Hj. Wan Abdullah bin Muhammad Amin (Tok Sheikh Duyong), Haji
Wan Abdul Latif bin Abdullah (son of Tok Sheikh Duyong) and others. file:///C:/Users/USER/Desktop/Downloads/99-345-1-PB.pdf
Golongan elit seterusnya ialah
golongan elit agama yang menetap di beberapa tempat misalnya di Pulau Duyong
dan Bukit Bayas. Antara tokoh ulama ialah Sheikh Abdul Kadir yang mendapat
tempat semasa pemerintahan Baginda Omar lagi. Begitu juga halnya dengan Haji
Abdullah bin Muhammad Amin yang dikenali dengan nama Tok Syeikh Duyong yang
menjawat jawatan penting dalam kerajaan seperti mufti dan sebagainya. Selain
itu, ulama dari keturunan al-Idrus yang berasal dari Hadramaut turut memainkan
peranan penting seperti Sheikhul-Ulama, mufti dan sebagainya. http://eprints.usm.my/10082/1/PERANAN_GOLONGAN_ELIT_AGAMA_DI_TERENGGANU.pdf
Muhammad Abu Bakar (1991). ”Tok
Syeikh Duyong” dalam Muhammad Abu Bakar (ed.), Ulama Terengganu: Suatu Sorotan.
Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd
Wednesday, September 2, 2015
Tahun Baru 2015
Kedatangan tahun 2015 sudah menjangkau 9 bulan. Kalaulah seorang bayi ia sudah sempurna dan hampir dilahirkan. Kalau ianya cukup bulan. Bagi penulis melalui era baru sebagai agen Syarikat Takaful Malaysia sepenoh masa. Siapa yang berminat dengan Takaful Malaysia bolehlah menghubungi Puan Rozaini Muda (012-9291574).
Takaful Malaysia menyediakan produk perlindungan yang dibahagikan kepada dua iaitu Takaful Keluarga dan Takaful Am.
Takaful Malaysia menyediakan produk perlindungan yang dibahagikan kepada dua iaitu Takaful Keluarga dan Takaful Am.
Saturday, November 15, 2014
al-Hilli dan 4 mazhab (Adakah Ahmad Deedat mengambil cerita ulama dan sepatu dari kisah ini?)
Al-Hilli dan 4 mazhab
Riwayat ini terjemahan bebas dari bagian kitab ‘Man la
yahdhuruhul faqih’, -( buku ini ditulis oleh as-Saduq (381H), sedangkan
al-Hilli zaman 684H hingga 726H. Rujukan lain ialah kitab A’yan as-Shiah jilid
5, hal 397 dan Rawdhat al-Jannah Jilid 2
hal 379)
Suatu hari Sultan Khudabande (ia merupakan salah satu raja dari dinasti Ilkhaanid ) menceraikan isterinya dengan talak tiga dengan satu lafaz. Setelah itu beliau menyesali akan tindakannya. Dia ingin merujuk kembali kepada isterinya. Setelah beliau bertanya kepada ulama-ulama berbagai mazhab yang ada di sekelilingnya, mereka mengatakan bahawa baginda sultan hanya boleh kembali setelah isterinya nikah dengan orang lain terlebih dahulu dan setelah itu diceraikan (istilah arab ‘muhallal’).
Hal ini membuat sultan kecewa, lalu ia bertanya apakah ada ulama lain yang memiliki pandangan yang berbeda? Salah seorang menterinya mengatakan di kota Hilla ada seorang ulama yang memiliki pandangan yang berbeda dengan ulama-ulama di sini. Sultan pun memerintahkan supaya ulama itu diundang ke istananya. Hal ini membuat ulama-ulama istana protes dengan mengatakan bahawa Allamah Hilli sesat dan sebagainya.
Pada hari kedatangan Allamah Hilli, sultan mengumpulkan ulama-ulama 4 mazhab di dalam istana. Ketika Allamah Hilli masuk beliau langsung memberi salam dan duduk berdekatan dengan sultan. Dan yang lebih aneh lagi Allamah Hilli membawa sandalnya masuk bersamanya. Ketika bertanya kenapa beliau tidak sujud kepada sultan dan duduk berdekatan dengan sultan, Allamah Hilli menjawab, perintah Allah untuk memberi salam ketika masuk ke dalam rumah dan karena tidak ada tempat duduk lain beliau langsung saja duduk berdekatan dengan sultan.
Ketika ditanya kenapa beliau membawa sandalnya masuk bersamanya. Allamah Hilli mengatakan ‘aku takut sandalku dicuri oleh Imam Hanafi sebagaimana ia mencuri sandal Rasulullah’. Jawaban Allamah Hilli membuat ulama Hanafi bangun dan memprotes, bagaimana mungkin karena Imam Hanafi lahir setelah 100 tahun kewafatan Rasul saw! Allamah Hilli mengatakan ‘Ooo, maaf! Imam Syafii yang mencuri’, ini juga diprotes oleh ulama Syafii dengan dalil yang sama dengan ulama Hanafi dan seterusnya hingga keempat-empat mazhab.
Setelah semuanya protes, Allamah Hilli langsung berbicara dengan Sultan, keempat-empat ulama mazhab sependapat bahwa Imam-imam mereka tidak ada pada zaman Rasulullah, dan jika di antara mereka ada yang lebih pintar dari imam-imam mereka tetap tidak dibenarkan mengeluarkan fatwa mereka sendiri.
Lalu sultan bertanya kepada ulama-ulama tersebut, apa benar imam-imam mereka tidak hidup sezaman dengan Rasulullah? Mereka semua tunduk dengan mengatakan benar.
Lalu Allamah melanjutkan, sedangkan kami orang syiah mengikuti Imam Ali as. Yang bukan saja hidup pada zaman Rasul, tetapi juga dianggap sebagai diri Rasulullah sendiri, saudara, menantu dan pewaris ilmu Rasulullah. Dalam mazhab Syiah talak itu sah jika dilakukan di hadapan dua saksi yang adil, maka talak sultan ke atas isterinya tidak sah.
Setelah itu sultan menerima mazhab Ahlul Bait dan memerintahkan supaya nama Imam 12 dibacakan pada setiap khutbah Jumat dan dicetak pada uang kerajaan.
Suatu hari Sultan Khudabande (ia merupakan salah satu raja dari dinasti Ilkhaanid ) menceraikan isterinya dengan talak tiga dengan satu lafaz. Setelah itu beliau menyesali akan tindakannya. Dia ingin merujuk kembali kepada isterinya. Setelah beliau bertanya kepada ulama-ulama berbagai mazhab yang ada di sekelilingnya, mereka mengatakan bahawa baginda sultan hanya boleh kembali setelah isterinya nikah dengan orang lain terlebih dahulu dan setelah itu diceraikan (istilah arab ‘muhallal’).
Hal ini membuat sultan kecewa, lalu ia bertanya apakah ada ulama lain yang memiliki pandangan yang berbeda? Salah seorang menterinya mengatakan di kota Hilla ada seorang ulama yang memiliki pandangan yang berbeda dengan ulama-ulama di sini. Sultan pun memerintahkan supaya ulama itu diundang ke istananya. Hal ini membuat ulama-ulama istana protes dengan mengatakan bahawa Allamah Hilli sesat dan sebagainya.
Pada hari kedatangan Allamah Hilli, sultan mengumpulkan ulama-ulama 4 mazhab di dalam istana. Ketika Allamah Hilli masuk beliau langsung memberi salam dan duduk berdekatan dengan sultan. Dan yang lebih aneh lagi Allamah Hilli membawa sandalnya masuk bersamanya. Ketika bertanya kenapa beliau tidak sujud kepada sultan dan duduk berdekatan dengan sultan, Allamah Hilli menjawab, perintah Allah untuk memberi salam ketika masuk ke dalam rumah dan karena tidak ada tempat duduk lain beliau langsung saja duduk berdekatan dengan sultan.
Ketika ditanya kenapa beliau membawa sandalnya masuk bersamanya. Allamah Hilli mengatakan ‘aku takut sandalku dicuri oleh Imam Hanafi sebagaimana ia mencuri sandal Rasulullah’. Jawaban Allamah Hilli membuat ulama Hanafi bangun dan memprotes, bagaimana mungkin karena Imam Hanafi lahir setelah 100 tahun kewafatan Rasul saw! Allamah Hilli mengatakan ‘Ooo, maaf! Imam Syafii yang mencuri’, ini juga diprotes oleh ulama Syafii dengan dalil yang sama dengan ulama Hanafi dan seterusnya hingga keempat-empat mazhab.
Setelah semuanya protes, Allamah Hilli langsung berbicara dengan Sultan, keempat-empat ulama mazhab sependapat bahwa Imam-imam mereka tidak ada pada zaman Rasulullah, dan jika di antara mereka ada yang lebih pintar dari imam-imam mereka tetap tidak dibenarkan mengeluarkan fatwa mereka sendiri.
Lalu sultan bertanya kepada ulama-ulama tersebut, apa benar imam-imam mereka tidak hidup sezaman dengan Rasulullah? Mereka semua tunduk dengan mengatakan benar.
Lalu Allamah melanjutkan, sedangkan kami orang syiah mengikuti Imam Ali as. Yang bukan saja hidup pada zaman Rasul, tetapi juga dianggap sebagai diri Rasulullah sendiri, saudara, menantu dan pewaris ilmu Rasulullah. Dalam mazhab Syiah talak itu sah jika dilakukan di hadapan dua saksi yang adil, maka talak sultan ke atas isterinya tidak sah.
Setelah itu sultan menerima mazhab Ahlul Bait dan memerintahkan supaya nama Imam 12 dibacakan pada setiap khutbah Jumat dan dicetak pada uang kerajaan.
Subscribe to:
Posts (Atom)