Kedatangan tahun 2015 sudah menjangkau 9 bulan. Kalaulah seorang bayi ia sudah sempurna dan hampir dilahirkan. Kalau ianya cukup bulan. Bagi penulis melalui era baru sebagai agen Syarikat Takaful Malaysia sepenoh masa. Siapa yang berminat dengan Takaful Malaysia bolehlah menghubungi Puan Rozaini Muda (012-9291574).
Takaful Malaysia menyediakan produk perlindungan yang dibahagikan kepada dua iaitu Takaful Keluarga dan Takaful Am.
Wednesday, September 2, 2015
Saturday, November 15, 2014
al-Hilli dan 4 mazhab (Adakah Ahmad Deedat mengambil cerita ulama dan sepatu dari kisah ini?)
Al-Hilli dan 4 mazhab
Riwayat ini terjemahan bebas dari bagian kitab ‘Man la
yahdhuruhul faqih’, -( buku ini ditulis oleh as-Saduq (381H), sedangkan
al-Hilli zaman 684H hingga 726H. Rujukan lain ialah kitab A’yan as-Shiah jilid
5, hal 397 dan Rawdhat al-Jannah Jilid 2
hal 379)
Suatu hari Sultan Khudabande (ia merupakan salah satu raja dari dinasti Ilkhaanid ) menceraikan isterinya dengan talak tiga dengan satu lafaz. Setelah itu beliau menyesali akan tindakannya. Dia ingin merujuk kembali kepada isterinya. Setelah beliau bertanya kepada ulama-ulama berbagai mazhab yang ada di sekelilingnya, mereka mengatakan bahawa baginda sultan hanya boleh kembali setelah isterinya nikah dengan orang lain terlebih dahulu dan setelah itu diceraikan (istilah arab ‘muhallal’).
Hal ini membuat sultan kecewa, lalu ia bertanya apakah ada ulama lain yang memiliki pandangan yang berbeda? Salah seorang menterinya mengatakan di kota Hilla ada seorang ulama yang memiliki pandangan yang berbeda dengan ulama-ulama di sini. Sultan pun memerintahkan supaya ulama itu diundang ke istananya. Hal ini membuat ulama-ulama istana protes dengan mengatakan bahawa Allamah Hilli sesat dan sebagainya.
Pada hari kedatangan Allamah Hilli, sultan mengumpulkan ulama-ulama 4 mazhab di dalam istana. Ketika Allamah Hilli masuk beliau langsung memberi salam dan duduk berdekatan dengan sultan. Dan yang lebih aneh lagi Allamah Hilli membawa sandalnya masuk bersamanya. Ketika bertanya kenapa beliau tidak sujud kepada sultan dan duduk berdekatan dengan sultan, Allamah Hilli menjawab, perintah Allah untuk memberi salam ketika masuk ke dalam rumah dan karena tidak ada tempat duduk lain beliau langsung saja duduk berdekatan dengan sultan.
Ketika ditanya kenapa beliau membawa sandalnya masuk bersamanya. Allamah Hilli mengatakan ‘aku takut sandalku dicuri oleh Imam Hanafi sebagaimana ia mencuri sandal Rasulullah’. Jawaban Allamah Hilli membuat ulama Hanafi bangun dan memprotes, bagaimana mungkin karena Imam Hanafi lahir setelah 100 tahun kewafatan Rasul saw! Allamah Hilli mengatakan ‘Ooo, maaf! Imam Syafii yang mencuri’, ini juga diprotes oleh ulama Syafii dengan dalil yang sama dengan ulama Hanafi dan seterusnya hingga keempat-empat mazhab.
Setelah semuanya protes, Allamah Hilli langsung berbicara dengan Sultan, keempat-empat ulama mazhab sependapat bahwa Imam-imam mereka tidak ada pada zaman Rasulullah, dan jika di antara mereka ada yang lebih pintar dari imam-imam mereka tetap tidak dibenarkan mengeluarkan fatwa mereka sendiri.
Lalu sultan bertanya kepada ulama-ulama tersebut, apa benar imam-imam mereka tidak hidup sezaman dengan Rasulullah? Mereka semua tunduk dengan mengatakan benar.
Lalu Allamah melanjutkan, sedangkan kami orang syiah mengikuti Imam Ali as. Yang bukan saja hidup pada zaman Rasul, tetapi juga dianggap sebagai diri Rasulullah sendiri, saudara, menantu dan pewaris ilmu Rasulullah. Dalam mazhab Syiah talak itu sah jika dilakukan di hadapan dua saksi yang adil, maka talak sultan ke atas isterinya tidak sah.
Setelah itu sultan menerima mazhab Ahlul Bait dan memerintahkan supaya nama Imam 12 dibacakan pada setiap khutbah Jumat dan dicetak pada uang kerajaan.
Suatu hari Sultan Khudabande (ia merupakan salah satu raja dari dinasti Ilkhaanid ) menceraikan isterinya dengan talak tiga dengan satu lafaz. Setelah itu beliau menyesali akan tindakannya. Dia ingin merujuk kembali kepada isterinya. Setelah beliau bertanya kepada ulama-ulama berbagai mazhab yang ada di sekelilingnya, mereka mengatakan bahawa baginda sultan hanya boleh kembali setelah isterinya nikah dengan orang lain terlebih dahulu dan setelah itu diceraikan (istilah arab ‘muhallal’).
Hal ini membuat sultan kecewa, lalu ia bertanya apakah ada ulama lain yang memiliki pandangan yang berbeda? Salah seorang menterinya mengatakan di kota Hilla ada seorang ulama yang memiliki pandangan yang berbeda dengan ulama-ulama di sini. Sultan pun memerintahkan supaya ulama itu diundang ke istananya. Hal ini membuat ulama-ulama istana protes dengan mengatakan bahawa Allamah Hilli sesat dan sebagainya.
Pada hari kedatangan Allamah Hilli, sultan mengumpulkan ulama-ulama 4 mazhab di dalam istana. Ketika Allamah Hilli masuk beliau langsung memberi salam dan duduk berdekatan dengan sultan. Dan yang lebih aneh lagi Allamah Hilli membawa sandalnya masuk bersamanya. Ketika bertanya kenapa beliau tidak sujud kepada sultan dan duduk berdekatan dengan sultan, Allamah Hilli menjawab, perintah Allah untuk memberi salam ketika masuk ke dalam rumah dan karena tidak ada tempat duduk lain beliau langsung saja duduk berdekatan dengan sultan.
Ketika ditanya kenapa beliau membawa sandalnya masuk bersamanya. Allamah Hilli mengatakan ‘aku takut sandalku dicuri oleh Imam Hanafi sebagaimana ia mencuri sandal Rasulullah’. Jawaban Allamah Hilli membuat ulama Hanafi bangun dan memprotes, bagaimana mungkin karena Imam Hanafi lahir setelah 100 tahun kewafatan Rasul saw! Allamah Hilli mengatakan ‘Ooo, maaf! Imam Syafii yang mencuri’, ini juga diprotes oleh ulama Syafii dengan dalil yang sama dengan ulama Hanafi dan seterusnya hingga keempat-empat mazhab.
Setelah semuanya protes, Allamah Hilli langsung berbicara dengan Sultan, keempat-empat ulama mazhab sependapat bahwa Imam-imam mereka tidak ada pada zaman Rasulullah, dan jika di antara mereka ada yang lebih pintar dari imam-imam mereka tetap tidak dibenarkan mengeluarkan fatwa mereka sendiri.
Lalu sultan bertanya kepada ulama-ulama tersebut, apa benar imam-imam mereka tidak hidup sezaman dengan Rasulullah? Mereka semua tunduk dengan mengatakan benar.
Lalu Allamah melanjutkan, sedangkan kami orang syiah mengikuti Imam Ali as. Yang bukan saja hidup pada zaman Rasul, tetapi juga dianggap sebagai diri Rasulullah sendiri, saudara, menantu dan pewaris ilmu Rasulullah. Dalam mazhab Syiah talak itu sah jika dilakukan di hadapan dua saksi yang adil, maka talak sultan ke atas isterinya tidak sah.
Setelah itu sultan menerima mazhab Ahlul Bait dan memerintahkan supaya nama Imam 12 dibacakan pada setiap khutbah Jumat dan dicetak pada uang kerajaan.
Thursday, October 23, 2014
Cabaran Kepimpinan Semasa Perang Hunain
Cabaran
Kepimpinan Semasa Perang Hunain
Pendahuluan
Pembukaan Kota Mekah berlaku
dalam satu masa yang terlalu singkat. Selepas satu pukulan mengejut,
membingungkan seluruh bangsa Arab dan menjadikan seluruh qabilah yang
berhampiran dengannya terkejut, mereka tidak berdaya untuk menghalangnya, oleh
yang demikian mereka tiada jalan selain menerima sahaja hakikat yang berlaku,
kecuali beberapa qabilah yang gagah, ganas dan bongkak terutamanya seperti suku
Hawazin dan Thaqif, kemudian turut membuat sikap yng sama ialah qabilah Nasr,
Jasyam, Saad bin Bakar dan beberapa individu dari Banu Hilal. Kesemua mereka
ini dari kelompok Qais Ailan. Qabilah-qabilah ini terasa berat untuk menerima
kemenangan Islam maka mereka bersekutu dengan Malik bin Auf al-Nasri dan membuat keputusan untuk bergerak mara
memerangi kaum muslimin.
Malik bin Auf selaku ketua turus
agung pemimpin pergerakan ini membuat keputusan untuk bergerak memerangi kaum
muslimin, maka antara keputusannya ialah membawa bersama mereka harta-harta,
kaum wanita dan anak-anak mereka. Dengan itu mereka pun bergerak hingga sampai
di Awtas, lembah yang terletak di daerah perkampungan Hawazin berhampiran
Hunain. Lembah Awtas bukanlah lembah Hunain kerana lembah Hunain terletak
berhampiran Zil Majaz. Dari lembah Awtas ke Makkah adalah sepuluh batu lebih ke
arah Arafah.
Peperangan ini berlaku pada 28hb.
Januari tahun 630 Masehi (6 Syawal tahun 8 Hijrah) setelah penaklukan semula
Kota Mekah oleh orang-orang Islam. (kira-kira 1,425 tahun yang lalu). Menghadapi kekuatan ini Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم ,
pada tanggal 6 Syawal bergerak menuju penempatan tentera kuffar bersama 12000
kaum Muslimin.
Antara cabaran yang terpaksa
dihadapi – menyatu dan mengatur satu pasukan perang yang terdiri dari kaum
muslimin dan penduduk Mekah yang baru memeluk Islam . Tentera Islam semasa
penaklukan kota Mekah seramai 10 ribu dan penduduk Mekah seramai 2 ribu.
Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم membahagikan tenteranya kepada
pasukan-pasukan dan unit-unit. Saidina Ali memegang bendera pasukan
Muhajirin, Saidina Hubab bin Munzir memegang bendera Khazraj, Saidina
Usaid bin Khudair memegang bendera Aus, Saidina Khalid Al Walid memimpin
pasukan berkuda bani Sulaim yang Rasulullah letakkan sebagai pasukan paling
depan.
Serangan dilakukan pertama oleh
Saidina Khalid Al Walid dengan pasukan berkudanya. namun pasukan ini di serang
secara tiba-tiba oleh pasukan Hawazin yang sudah bersiap sedia. Pasukan berkuda
Bani Sulaim kucar kacir karena mereka menuruni bukit yang curam. Dalam keadaan
ini Malik bin Auf mengerahkan seluruh tentaranya untuk menyerang tentara Islam Mereka
di serang dari kiri dan kanan, yang dibelakang tidak tahu apa yang terjadi
didepan dan yang di depan sulit untuk memanjat ke atas lagi. Saidina Khalid di
serang bertubi-tubi hingga cedera. Setelah tentara yang di bawah memanjat keatas
dan lari, tentara yang di belakang ikut lari semua. . Tentara Islam melarikan
diri, bahkan sudah ada yang sampai ke Mekkah
Menghantar perisik untuk
mengetahui pergerakan musuh.Semasa mendapat maklumat tentang pergerakan
musuh Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم telah mengutus Abdullah bin Hadad
al-Aslami yang menyusup masuk ke tengah-tengah musuh dan tinggal di sana untuk
memperolehi maklumat lengkap mengenai mereka. Setelah berjaya menyusup dan
mengelilingi perkhemahan mereka beliau kembali kepada Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم dan melaporkan informasi yang
diperolehinya.
Setelah mengetahui keberangkatan
angkatan perang dibawah pimpinan Rasulullah صلى الله
عليه وآله وسلم ,, Malik bin Auf segera menempatkan pasukannya di lembah
Hunain dan menyusun mereka di seluruh lorong persembunyian lembah tersebut bagi
melancarkan serangan mendadak dan serbuan kepada Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم , serta para sahabatnya.
Memotivasi pasukan perang.
Sebagaimana yang diketahui pasukan ini baru melakukan pembukaan Kota Mekah. Belum
sampai 20 hari mereka terpaksa menghadapi kekuatan baru pihak Musyrikin.
Sebagaimana yang dikatakan oleh orang Ansar padahal pedang-pedang kita masih
meneteskan darah mereka”. Pasukan itu disatukan dengan lawan-lawan mereka.
Rasulullah sendiri dibantu oleh sepupunya yang baru memeluk Islam Abu Sufyan
bin al-Harith serta bapa saudaranya al-Abbas.
Mengatur strategi segera
semasa diserang hendap dan bangkit dari kekalahan. Rasulullah dengan
sifatnya yang pintar, boleh berfikir dengan tenang walaupun beliau kelihatan
marah dalam suasana yeng mencemaskan itu. Beliau semakin geram apabila melihat
tentera musuh yang menunggang unta merah sambil memegang bendera hitam mengejar
orang-orang Islam yang sedang bertempiaran.
Rasulullah segera bergerak ke
kanan bukit dan dengan suara lantang beliau bertempik, “Wahai manusia, jangan
lari, mari berkumpul kepadaku, aku adalah Rasulullah, Muhammad anak Abdullah
!!” Walaupun Rasulullah menyeru tenteranya supaya berkumpul tetapi yang lari
tetap lari.
Walaupun demikian, Rasulullah
mempunyai sahabat-sahabat yang berani seperti Ali bin Abi Talib, Abbas bin Abd
Mutalib, Kaum Muhajirin dan Kaum Ansar. Mereka datang berkumpul di sekeliling
Rasulullah. Ada riwayat mengatakan jumlah mereka yang dapat dikumpul semula
adalah seramai 100 orang sahaja, dan ada mengatakan cuma 80 orang sahaja.
Dalam masa yang sama Abbas pula
bertempik memanggil, “Wahai kaum Anshar, dan sekelian yang berbai’at di
Hudaibiah, Rasulullah memanggil kamu sekalian!! Mari kesini!!!”
Dengan ucapan “Labbaik..labbaik
ya Rasulullah”, maka mereka pun berkumpul seemuanya di sekeliling Rasulullah.
Sebaik sahaja berkumpul,
Rasulullah dengan lantang terus bertempik, “…..SERBUUUUU!!!..”
Semua tentera yang berkumpul
terus menyerbu kearah tentera musuh. Musuh yang terkejut dengan strategi
kecemasan tersebut merasa sangat gerun dan mereka terus bertempiaran lari.
Rasulullah terus mengambil
sekepal tanah lalu membaca doa yang bermaksud “Kalahlah kalian!!, Demi Tuhan
Yang menguasai Muhammad”. Tanah itu di lemparkan ke arah musuh yang sedang
bertempiaran lari.
Saiyidina Ali dengan penuh
semangat telah memukul kepala unta merah tentera musuh sehingga unta itu
tersungkur. Manakala salah seorang kaum Ansar berjaya menikam dengan tombak
penunggang unta yang memegang bendera hitam tersebut. Bendera Hitam itu jatuh
dan telah dapat dirampas oleh tentera Islam.
Melihatkan bendera tersebut telah
jatuh ditangan tentera Islam, maka bertambah lemahlah semangat kaum kafir dan
bertambahlah semangat tentera Islam.
Serangan yang dilakukan telah
menyebabkan kekalahan pihak musuh sehingga 70 orang Thaqif terbunuh dan kaum
muslimin mendapat harta dan peralatan senjata tentera musuh termasuk kaum
waniita menjadi tawanan.
Menepis dakyah munafiq dan
golongan yang lemah iman. Serangan hendap yang dilakukan oleh tentera Malik
telah menyebabkan keseluruhan tentera Islam melarikan diri kecuali beberapa
orang yang masih bersama dengan Rasulullah. Ianya adalah satu kekalahan yang
parah, sehinggakan Abu Sufyan yang masih baru memeluk Islam berkata : Kekalahan
mereka tidak akan berhenti kecuali se telah
mereka berundur hingga sampai laut. Sebahagian berkata, “Kaum Muslimin akan
melarikan diri hingga ke pesisir laut.” Seorang munafik lain mengatakan, “Sihir
telah terlawan.” Kilbah bin al-Junaid berteriak dengan katanya : Hari ini sihir
sudah tidak menjadi lagi. Yang lain bertekad untuk menghabisi Islam dalam
keadaan kacau itu dengan membunuh Nabi untuk menghancurkan keimanan kepada
Allah Yang Maha Esa dan kenabian Islam sekaligus.
Nabi sangat
terganggu oleh larinya para tentera yang merupakan penyebab utama segala
kegemparan dan kekacauan itu. Baginda merasa bahawa apabila keadaan itu
dibiarkan, walaupun hanya sebentar, jalannya sejarah mungkin menjadi lain;
pasukan syirik akan menghancurkan tentera tauhid.
Oleh itu, sambil menunggang
keldainya, baginda berseru dengan suara nyaring, “Hai pembela Allah dan
Nabi-Nya! Aku hamba Allah dan Nabi-Nya.” Baginda mengucapkan kalimat ini lalu
memalingkan keldainya ke medan pertempuran yang telah diduduki tentera Malik.
Sekelompok orang siap berkorban, seperti Ali, Abbas, Fadhal bin Abbas, Usamah,
dan Abu Sufyan bin Harits, yang tak sudi membiarkan Nabi sendirian tanpa
perlindungan, juga maju bersama Nabi.
Nabi meminta Abbas, bapa
saudaranya, yang suaranya amat keras, untuk memanggil kembali kaum Muslimin
yang bertempiaran, “Hai Ansar yang menolong Nabi-Nya! Hai kaum yang membai’at
Nabi di bawah pohon syurga! Kemana kamu akan pergi? Nabi berada di sini!”
Kata-kata Abbas sampai ke telinga kaum Muslimin dan merangsang semangat dan
ghairah keagamaan mereka. Mereka semua segera menyambut dengan mengatakan,
“Labbaik! Labbaik!” Lalu kembali dengan gagah berani bersama-sama Nabi.
Seruan Abbas yang berulang-ulang,
yang memberi khabar gembira tentang keselamatan Nabi, membuat orang-orang yang
bertempiaran itu kembali kepada Nabi dengan rasa penyesalan dan mengatur lagi
barisannya. Sesuai dengan perintah Nabi, dan untuk menghapus noda malu kerana
melarikan diri itu, kaum Muslimin melakukan suatu serangan umum. Dan dalam
waktu sangat singkat, mereka berhasil memukul musuh mundur atau melarikan diri.
Untuk memberi semangat kepada kaum Muslimin, Nabi mengatakan, “Saya Nabi Allah
dan tak pernah berdusta, dan Allah telah menjanjikan kemenangan kepada saya.”
Menghilangkan ketakutan akibat
serangan hendap - Ketika kaum Muslimin tiba di lembah Hunain dan menuruni
lembah tersebut di pagi hari dalam kegelapan. Tiba-tiba mereka dikejutkan
dengan serangan mendadak pasukan musyrikin yang keluar menyerang mereka dari
pelbagai arah tempat persembunyian di lembah, sehingga kuda-kuda mereka berlarian
tanpa arah tujuan dan tentera-tentera Muslimin yang terkejut mundur tanpa
diarahkan.
Sementara itu Nabi صلى الله عليه وآله وسلم , bergerak ke arah kanan kemudian
memanggil dengan suara keras: “Kemarilah wahai hamba-hamba ALLAH! Sesungguhnya
aku seorang Nabi , yang tidak berdusta. Aku adalah anak Abdul Mutholib.“
Sirah al-Halabi meriwayatkan hanya sekitar 4 orang sahabat setia bersama
Rasulullah selain al-Abbas iaitu Ali bin
Abi Talib, Abu Sufyan bin al-Harith, Ibnu Mas’ud dan Ibnu Ummu Aiman
Muslim meriwayatkan dari Abbas
RA, katanya: "Aku menyertai bersama Rasulullah صلى الله
عليه وآله وسلم , dalam perang Hunain. Aku bersama Abu Sufyan bin
Al-Harits bin Abdul Mutholib selalu berada di atas Baghal putihnya. Ketika kaum
Muslimin lari menyelamatkan diri. Kemudian Rasulullah صلى الله
عليه وآله وسلم , menunggangi Baghalnya menuju ke arah orang-orang
kafir." Abbas RA berkata: "Sedangkan aku memegang tali hambatan
Baghal Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم , dan menahannya agar tidak terlalu
cepat sementara Abu Sufyan memegang pelananya. Nabi صلى الله
عليه وآله وسلم , lalu bersabda: "Panggillah Ash-habus Samrah (para
sahabat yang pernah melakukan baiat Ridhwan pada tahun Hudaibiyah).“ Kemudian
aku memanggil dengan suaraku yang keras: “Wahai Ash-habus Samrah!“ Abbas
berkata: “Demi ALLAH, begitu mendengar teriakan itu, mereka segera kembali
seperti sapi yang datang memenuhi panggilan anaknya, seraya berkata: “Kami
sambut seruanmu, kami sambut seruanmu!“. Kemudian mereka maju bertempur dengan
seruan: “Wahai orang-orang Anshar!“
Rasulullah saw memperhatikan
pertempuran seraya berkata: “Sekarang pertempuran berkecamuk.“, lalu
beliaupun mengambil batu-bati kerikil dari tanah dan melemparkannya ke arah
wajah orang-orang kafir seraya berkata: “Musnahlah kalian demi Rabb Muhammad!“.
Pertempuran sengitpun tak dapat
terhindarkan. Bahkan sejumlah kaum perempuan ikut terlibat dalam peperangan
ini. Ummu Sulaim binti Milhan terlihat berada disamping suaminya, Abu
Thalhah, sambil membawa belati. Ia bersiaga dan siap menusukkannya ke
tubuh orang musrik yang berusaha mendekatinya. Dalam peperangan ini
pasukan Islam hanya didukung sekitar 200 orang sahabat Anshar karena sebagian
besar telah bubar.
Dalam pada itu ALLAH telah
memasukkan rasa gentar ke dalam hati orang-orang musyrik sehingga mereka
dikalahkan dan lari ketakutan sehingga meninggalkan medan pertempuran. Kaum
Muslimin terus mengejar mereka seraya membunuh dan menangkap sebahagian mereka
sebagai tawanan, sehingga pasukan Muslimin kembali seraya membawa tawanan ke
hadapan Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم ,.
Melantik golongan muda sebagai
wakil baginda di Makkah. Ibnu Ishaq
berkata: Kemudian Rasulullah keluar dari Ji‘ranah melakukan umrah. Setelah
melaksanakan umrah beliau kembali ke Madinah dan mengangkat Itab bin Usaid sebagai
wakilnya di Makkah . Terdapat riwayat yang menyatakan Itab baru berumur 18
tahun ketika itu. Jelaslah di sini Abu Sufyan bin Harb yang menjadi ketua Mekah
tidak dilantik sebagai wakil baginda. Ketika Nabi memutuskan hendak berangkat
dari Makkah menuju wilayah suku Hawazin dan Tsaqif, baginda melantik Mu’az bin
Jabal sebagai guru dan mengajari umat, dan mengamanatkan pemerintahan kota itu
dan imam masjid kepada ‘Atab bin Usaid yang cekap. Setelah tinggal di Makkah
selama lima belas hari, Nabi berangkat menuju daerah suku Hawazin.
Cabaran seterusnya ialah memperlengkapkan
dan menambah persenjataan tentera Islam. Dalam persiapan menghadapi
peperangan ini, Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم ,
diberitakan bahawa Sofwan bin Umaiyah mempunyai sejumlah baju besi dan senjata.
Kemudian Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم , mengutus utusan kepadanya, pada
waktu itu Sofwan bin Umaiyah masih musyrik, untuk meminta baju-baju besi dan
senjata tersebut. Lalu Sofwan bertanya: "Apakah dengan cara sewaan wahai
Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم ,?“ Nabi صلى الله
عليه وآله وسلم , menjawab: “Bahkan sebagai barang pinjaman. Ia terjamin
hingga kami menunaikannya kepada kamu.“ Akhirnya Sofwan meminjamkannya kepada
Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم , seratus baju besi dan sejumlah
senjata.
Menggariskan langkah-langkah
boleh dan tidak boleh dilakukan semasa peperangan. Di dalam peperangan ini
Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم , mengumumkan: "Siapa yang telah
membunuh seorang musuh dengan memberikan bukti yang kuat maka dia berhak
mengambil barang yang terletak di tubuh musuh yang terbunuh itu."
Ibnu Ishaq dan lainnya
meriwayatkan dari Anas RA, dia berkata: "Abu Thalhah telah berhak
mengambil barang yang melekat di tubuh musuh yang terbunuh pada perang Hunain,
dari 20 orang yang dibunuhnya."
Ibnu Ishaq dan Ibnu Sa‘ad
meriwayatkan dengan sanad yang baik bahawa Rasulullah صلى الله
عليه وآله وسلم melihat Ummu Sulaim binti Milham bersama suaminya, Abu
Thalhah, kemudian beliau berkata: "Ummu Sulaim!". Ia menjawab:
"Ya, wahai Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم .
Apakah telah dibunuh mereka yang lari darimu sebagaimana engkau akan membunuh
orang-orang yang telah memerangimu?“. Abu Thalhah bertanya kepada Ummu Sulaim
yang sedang membawa pisau belati: “Pisau ini aku pergunakan untuk menusuk orang
musyrik yang mendekatiku.“
Kemudian Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم melewati seorang wanita yang dibunuh
oleh Khalid bin al Walid. Nabi berkata kepada sebahagian sahabat yang ada di
sisinya: "Beritahukan kepada Khalid bahawa Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم melarang membunuh anak-anak atau
wanita atau hamba sahaya."
Cabaran seterusnya ialah mendidik
umat Islam supaya tidak ego dan taajub dengan bilangan yang ramai. Bilangan
yang ramai tidak menjamin kemenangan bahkan telah menyebabkan kekalahan yang
memalukan. Dengan tentera islam yang terdiri daripada bilangan yang ramai, ada
di antara mereka mengatakan: “Di hari ini kami tidak akan
terkalahkan”
Kata-kata ini telah sedikit sebanyak menarik perhatian Rasulullah bersama-sama dengan permintaan seorang tentera islam agar disediakan sepohon kayu untuk menjadi tempat meletakkan barang-barang perang yang menjadi kebiasaan bagi kaum arab dalam perang yang kaum musyrikin turut memiliki pohon kayu seperti itu pada waktu itu
Kata-kata ini telah sedikit sebanyak menarik perhatian Rasulullah bersama-sama dengan permintaan seorang tentera islam agar disediakan sepohon kayu untuk menjadi tempat meletakkan barang-barang perang yang menjadi kebiasaan bagi kaum arab dalam perang yang kaum musyrikin turut memiliki pohon kayu seperti itu pada waktu itu
ALLAH menurunkan pelajaran penting ini di
dalam Kitab-NYA yang mulia :
"Sesungguhnya ALLAH telah
menolong kamu (hai para Mukminin) di medan peperangan yang banyak, dan
(ingatlah) peperangan Hunain, iaitu di waktu kamu menjadi bongkak kerana
banyaknya jumlahmu, maka jumlah yang banyak itu tidak memberi manfaat kepadaKU
sedikitpun, dan bumi yang luas itu telah terasa sempit olehmu, kemudian kamu
lari ke belakang dengan bercerai berai. Kemudian ALLAH menurunkan ketenangan
kepada Rasul-NYA dan kepada orang-orang beriman, dan ALLAH menurunkan bala
tentara yang kamu tidak melihatnya, dan ALLAH menimpakan bencana kepada
orang-orang kafir, dan demikianlah pembalasan kepada orang-orang yang kafir.
Sesudah itu ALLAH menerima taubat dari orang-orang yang dikehendaki-NYA. ALLAH
Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.“ [Surah At Taubah : 25-27]
Menghentikan penyerangan dan
pengepungan Thaif tetapi mengharapkan keislaman. Selanjutnya bersama para
sahabat Rasulullah mengejar Malik dan kawan-kawannya ke Thaif. Selama 10
hingga 20 hari, Rasulullah mengepung benteng-benteng tersebut. Terjadi
perlawanan sengit hingga jatuhlah beberapa korban.
Akhirnya Rasulullah memutuskan
untuk meninggalkan lokasi. Abdullah bin Amr meriwayatkan bahwa Rasulullah saw
mengumumkan kepada para sahabatnya,“ Kita berangkat, insya Allah”.
Sebagian sahabat bertanya, “ Kita pergi sebelum berhasil
menaklukkannya?”. Nabi saw bersabda,” Jika kalian suka,
perangilah mereka”. Merekapun kemudian memeranginya sampai ada yang
terluka. Sementara Rasulullah saw mengatakan kepada mereka, “
Besok kita berangkat”. Pengumuman ini sangat mengherankan mereka
tetapi Rasulullah saw hanya membalas dengan senyuman. ( HR. Bukhari Muslim).
Di tengah perjalanan, Rasulullah
bersabda, “ Katakanlah! Kami kembali,bertobat,
beribadah dan bertasbih kepada Rabb kami”. Sebagian sahabat yang
tidak puas berkata : “ Wahai Rasulullah, berdoalah untuk kehancuran
Tsaqif!”Namun sebaliknya Rasulullah malah berdoa “ Ya Allah,
tunjukilah Tsaqif dan datangkanlah mereka”.
Pembahagian Ghanimah , Rampasan
yang berjaya diperolehi oleh tentera Islam terdiri dari 6 ribu tawanan, 24 ribu
unta, 40 ribu biri-biri dan 4 ribu awqiyah emas. Rasulullah menyuruh
dihimpunkan kesemuanya dan di tempatkan di al-Ja’ranah dengan melantik Mas’ud
bin Amru al-Ghaffari sebagai penjaganya tanpa membahagikannya hinggalah selesai
gerakan ke atas Taif. Kepada para mualaf penduduk Makkah yang baru masuk Islam
Rasulullah memberikan ghanimah dan sejumlah pemberian bagi mengikat hati mereka
kepada Islam
Terjemahan hadith:
Dari Ibnu Abbas r.a
katanya: Ketika hari peperangan Hunain, Rasul Allah s.a.w. telah melebihkan
atau mengutamakan beberapa orang dalam pembahagian harga rampasan perang, lalu
diberi kepada Aqra` bin Habis seratus ekor unta dan kepada `Uyainah bin
Hisn seperti itu juga (seratus ekor unta). Juga diberi kepada pembesar-pembesar
Quraisy dan mengutamakan pembahagian kepada mereka. Kemudian
ada seorang lelaki berkata: “Demi Allah pengagihan secara ini tidak ada
keadilannya dan agaknya tidak dikehendaki untuk mencari keridhaan Allah”. Saya
berkata, “Demi Allah hal ini akan saya beritahu kepada Rasul Allah s.a.w.”.
Saya pun terus berjumpa dengan Baginda dan memberitahu kepadanya tentang apa
yang dikatakan orang itu. Maka berubahlah wajah Baginda sehingga menjadi
semacam kambing merah, merah padam mukanya lalu bersabda;” Siapakah yang
dikatakan adil, jika Allah dan RasulNya tidak adil. Selanjutnya Baginda
bersabda: “ Allah merahmati Nabi Musa, ia telah disakiti dengan cara yang
lebih dari ini, tetapi ia tetap sabar.” Saya sendiri berkata: “Saya tak akan
menceritakan kepada Rasul Allah selepas ini lagi”. Muttafaq
alaih.
Setelah menghentikan pengepungan
terhadap Thaif, Rasulullah Shalallahu Alaihi wa Sallam kembali ke Ji’ranah dan
menetap disana selama sepuluh hari. Selama itu beliau belum membagi harta
rampasannya dan menangguhkannya, dengan harapan ada utusan Hawazin yang datang
kepada beliau untuk memohon amnesti, agar mereka bisa mendapatkan kembali
barang-barang milik mereka. Karena tidak ada yang datang, beliau mulai membagi
harta rampasan, agar para pemimpin kabilah dan pemuka Makkah tidak banyak
bicara lagi. Orang-orang yang baru masuk islam dan hatinya masih lemah diberi
bagian lebih dahulu dengan jumlah yang relatif lebih besar.
Abu Sufyan bin Harb diberi empat
puluh Uqiyah dan seratus ekor onta. Itu pun dia masih meminta bagian untuk
anaknya, dengan berkata,”Bagaimana dengan anak ku Yazid?”
Maka beliau memberi Yazid sejumlah itu pula. Abu Sufyan bertanya lagi, “Bagaimana dengan anak ku Mu’awiyah?” maka beliau memberikannya sejumlah itu pula. Beliau memberikan seratus ekor onta kepada Hakim bin Hizam. Tetapi dia masih meminta seratus ekor onta lagi, dan permintaanya ini pun dipenuhi. Shafyan bin Umayyah diberi seratus ekor onta, kemudian seratus ekor lagi dan ditambah seratus ekor onta lagi. Begitulah yang disebutkan dalam Asy-Syifa’, Al-Harits bin Kaladah diberi seratus ekor onta, begitu pula beberapa orang lainnya yang termasuk dalam jajaran pemuka Quraisy dan kabilah lainnya. Selain mereka ada yang diberi lima puluh ekor onta, empat ekor onta, hingga ada kabar yang tersebar bahwa Muhammad tidak akan takut miskin meskipun berapa pun yang beliau berikan.
Maka beliau memberi Yazid sejumlah itu pula. Abu Sufyan bertanya lagi, “Bagaimana dengan anak ku Mu’awiyah?” maka beliau memberikannya sejumlah itu pula. Beliau memberikan seratus ekor onta kepada Hakim bin Hizam. Tetapi dia masih meminta seratus ekor onta lagi, dan permintaanya ini pun dipenuhi. Shafyan bin Umayyah diberi seratus ekor onta, kemudian seratus ekor lagi dan ditambah seratus ekor onta lagi. Begitulah yang disebutkan dalam Asy-Syifa’, Al-Harits bin Kaladah diberi seratus ekor onta, begitu pula beberapa orang lainnya yang termasuk dalam jajaran pemuka Quraisy dan kabilah lainnya. Selain mereka ada yang diberi lima puluh ekor onta, empat ekor onta, hingga ada kabar yang tersebar bahwa Muhammad tidak akan takut miskin meskipun berapa pun yang beliau berikan.
Karena itu orang-orang Arab
berbondong-bondong mengerumuni beliau untuk meminta harta, hingga beliau
terdesak hingga sampai ke sebuah pohon dan mantel beliau terlepas. Beliau
bersabda, “Wahai orang-orang, kembalikan mantel ku. Demi yang diriku ada
ditangan Nya , andaikan aku memiliki semua tanaman di Tihamah, tentu aku akan
memberikannya kepada kalian, hingga kalian tidak menyebut aku sebagai orang
yang kikir, penakut, dan pendusta.”
Kemudian beliau berdiri disamping onta milik beliau, memegangi punuknya sambil memegang sebiji gandum. Beliau mengangkat sebiji gandum itu seraya bersabda, “Wahai semua orang, demi Allah, aku tidak lagi menyisakan harta rampasan kalian, termasuk pula sebiji gandum ini kecuali ini kecuali seperlimanya, dan seperlimanya itu pun sudah diserahkan kepada kalian.”
Kemudian beliau berdiri disamping onta milik beliau, memegangi punuknya sambil memegang sebiji gandum. Beliau mengangkat sebiji gandum itu seraya bersabda, “Wahai semua orang, demi Allah, aku tidak lagi menyisakan harta rampasan kalian, termasuk pula sebiji gandum ini kecuali ini kecuali seperlimanya, dan seperlimanya itu pun sudah diserahkan kepada kalian.”
Setelah memberikan bagian kepada
orang-orang yang baru saja masuk islam dan hatinya masih lemah, Nabi SAW
memanggil Zaid bin Tsabit agar mendatangkan sisa harta rampasan dan
mengumpulkan semua orang. Masing-masing orang mendapat bagian empat ekor onta
dan empat puluh domba. Jika ia seorang penunggang kuda, maka dia mendapat
bagian dua belas ekor onta dan seratus dua puluh ekor domba.
Cabaran seterusnya menenangkan
dan melunakkan anggapan golongan Ansar yang tidak diberikan ghanimah.
Berdasarkan pembahagian tersebut tiada yang tinggal kepada golongan Ansar,
menyebabkan mereka tidak berpuas hati. Tetapi ada sebahagian kaum Anshar yang
merasa keberatan atas tindakan ini dan bersangka buruk: "Semoga ALLAH
mengampuni Rasul-NYA, Baginda صلى الله عليه وآله وسلم memberikan
Quraisy dan membiarkan kita padahal pedang-pedang kita masih menitiskan darah
mereka Orang-orang Anshar termasuk
mereka yang tidak bisa menerima kebijakan beliau ini karena mereka semua tidak
menerima bagian dari harta rampasan Hunain. Padahal justru merekalah yang lebih
banyak dilibatkan saat terjadi krisis, bertempur bersama Rasulullah SAW hingga
dapat membalik keadaan pasukan Muslimin, yang tadinya kocar-kacir menjadi
menang secara telak. Tetapi justru mereka tidak mendapatkan apa-apa.
Ibnu Ishaq meriwayatkan dari Abu
Sa’id Al-Khudri, dia berkata, “Setelah
Rasulullah SAW membagi-bagikan bagian kepada orang-orang Quraisy dan
kabilah-kabilah Arab, sementara orang-orang Anshar tidak mendapatkan pembagian
itu sedikitpun, maka menyebar suara kasak-kusuk diantara mereka hingga ada yang
berkata, “Demi Allah, Rasulullah SAW telah bertemu kaumnya sendiri!” Lalu Sa’ad
bin Ubadah masuk ke tempat beliau seraya berkata, “Wahai Rasulullah, di dalam
diri orang-orang Anshar itu ada perasaan yang mengganjal terhadap diri engkau,
karena apa yang engkau lakukan dalam membagi harta rampasan itu.. Engkau
membagi-bagikannya kepada kaum engkau sendiri dan engkau memberikan bagian yang
amat besar kepada berbagai kabilah Arab, sementara orang-orang Anshar tidak
mendapatkan apa pun.”
“Lalu maukah engkau menempatkan
diri mu wahai Sa’ad? Tanya beliau. “Wahai Rasulullah, aku tidak mempunyai
pilihan lain melainkan harus bersama kaumku,”jawab Sa’ad.
“Kalau begitu kumpulkan kaummu di kandang ini,”sabda beliau.
Sa’ad bin Ubadah mengumpulkan semua orang Anshar di kandang yang dimaksudkan. Ada beberapa Muhajirin yang ikut datang, namun mereka tidak diperkenankan masuk dan hanya orang-orang Anshar saja yang boleh masuk. Ada kelompok Muhajirin lainnya yang datang, tetapi mereka ditolak. Setelah semua orang Anshar berkumpul, Sa’ad bin Ubadah mengabarkannya kepada Nabi Shalallahu Alaihi wa Sallam, lalu beliau mendatangi mereka.
“Kalau begitu kumpulkan kaummu di kandang ini,”sabda beliau.
Sa’ad bin Ubadah mengumpulkan semua orang Anshar di kandang yang dimaksudkan. Ada beberapa Muhajirin yang ikut datang, namun mereka tidak diperkenankan masuk dan hanya orang-orang Anshar saja yang boleh masuk. Ada kelompok Muhajirin lainnya yang datang, tetapi mereka ditolak. Setelah semua orang Anshar berkumpul, Sa’ad bin Ubadah mengabarkannya kepada Nabi Shalallahu Alaihi wa Sallam, lalu beliau mendatangi mereka.
Setelah memuji Allah dan
mengagungkan-Nya, beliau bersabda, “Wahai semua orang Anshar, ada suara
kasak-kusuk yang sempat ku dengar dari kalian dan di dalam diri kalian ada
perasaan yang mengganjal terhadap aku. Bukankah aku dulu datang. Sementara
kalian dalam kesesatan lalu Allah memberikan petunjuk kepada kalian? Bukankah
kalian dulu miskin lalu Allah membuat kalian kaya, juga menyatukan hati
kalian?”
Mereka menjawab,”Begitulah Allah dan Rasul-Nya lebih murah hati dan lebih banyak karunianya.”
“Apakah kalian tidak ingin memenuhi seruanku wahai semua orang Anshar?” Tanya beliau.
Mereka berganti bertanya, “Dengan apa kami harus memenuhi seruanmu wahai Rasulullah? Milik Allah dan Rasul-Nyalah anugerah dan karunia.”
Setiap kali Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم bertanya, mereka menjawab: “Benar! ALLAH dan Rasul-NYA lebih pemurah dan utama.“
Mereka menjawab,”Begitulah Allah dan Rasul-Nya lebih murah hati dan lebih banyak karunianya.”
“Apakah kalian tidak ingin memenuhi seruanku wahai semua orang Anshar?” Tanya beliau.
Mereka berganti bertanya, “Dengan apa kami harus memenuhi seruanmu wahai Rasulullah? Milik Allah dan Rasul-Nyalah anugerah dan karunia.”
Setiap kali Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم bertanya, mereka menjawab: “Benar! ALLAH dan Rasul-NYA lebih pemurah dan utama.“
Beliau bersabda,”Demi Allah,
kalau kalian mau, sementara kalian bisa membenarkan dan dibenarkan, maka kalian
bisa berkata, “Engkau datang kepada kami dalam keadaan didustakan, namun justru
kami membenarkan engkau, dalam keadaan lemah dan kamilah yang justru menolong
engkau, dalam keadaan terusir dan justru kamilah yang memberikan tempat, dalam
keadaan tidak punya apa-apa dan justru kamilah yang menampung engkau’.
Pengarang lain menyebut , Nabi melanjutkan: “Demi ALLAH, jika kalian mahu,
tentu kalian dapat mengatakan yang sebenarnya: Anda datang kepada kami sebagai
orang yang didustakan, kemudian kami benarkan. Anda datang sebagai orang yang
dihinakan kemudian kami bela. Anda datang sebagai orang yang diusir kemudian
kami lindungi. Anda datang sebagai orang yang menderita kemudian kami santuni.“
Apakah di dalam hati kalian masih
membesit harta keduniaan, yang dengan keduniaan itu aku hendak mengambil hati
segolongan orang agar masuk islam, sedangkan terhadap keislaman kalian aku
sudah percaya?
Wahai semua orang Anshar, apakah
kalian tidak berkenan di hati jika orang lain pergi membawa domba dan onta,
sedangkan kalian kembali bersama Rasul Allah ke tempat tinggal kalian? Demi
yang jiwa Muhammad ada ditangan-Nya, kalau bukan karena hijrah, tentu aku
termasuk orang-orang Anshar. Jika orang-orang menempuh suatu jalan di celah
gunung, dan orang-orang Anshar, menempuh suatu celah gunung yang lain, tentu
aku memilih celah yang ditempuh orang-orang Anshar. Sesungguhnya kalian
akan menghadapi diskriminasi sepeninggalanku maka bersabarlah hingga kalian
berjumpa denganku di telaga (surga). Ya ALLAH limpahkanlah rahmat-MU kepada
kaum Anshar, kepada anak-anak kaum Anshar, dan kepada cucu kaum Anshar.“
Mendengar ucapan nabi tersebut
kaum Anshar menangis hingga jenggot mereka basah karena air mata. Mereka
kemudian menjawab “ Kami rela mendapatkan Allah dan Rasul-Nya
sebagai pembagian dan jatah kami”. ( HR. Bukhari, Muslim, Ibnu Ishaq
dan Ibnu Sa’ad). Setelah itu beliau kembali lagi ke tempat semula dan mereka
pun bubar.
Menghadapi golongan badwi yang
kasar . Berlaku kepada Rasulullah secara langsung. Ada sejumlah orang Arab
Badwi mengekori Nabi صلى الله عليه وآله وسلم kemudian memintanya agar menambahkan
pemberian kepada mereka hingga mereka memaksa beliau dengan menarik kain burdah
(selendang) yang dipakainya. Nabi صلى الله
عليه وآله وسلم menoleh kepada mereka seraya bersabda: “Berikanlah selendangku
wahai kaum! Demi ALLAH, seandainya aku mempunyai harta sebanyak pohon di
Tuhamah nescaya aku berikan kepada kalian, kemudian kalian tidak akan
mendapatiku bakhil, pendusta, atau pengecut. Wahai manusia, demi ALLAH, aku
tidak punyai hak keatas harta fa‘I (rampasan perang) kalian kecuali seperlima
dan itupun dikembalikan kepada kalian".
Ada pula seorang Arab Badwi yang
mendatangi Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم kemudian menarik kain burdahnya
dengan kasar sehingga menimbulkan bekas gesekan burdah di leher
Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم . Sambil berbuat kasar seperti itu
orang Badwi tersebut menuntut: “Perintahkan orang supaya memberikan sebahagian
kekayaan ALLAH yang ada padamu.“ Tetapi Rasulullah صلى الله
عليه وآله وسلمdengan tenang tersenyum menghadapi tindakan kasar orang
Badwi itu dan memberinya dengan suatu pemberian.
Label:
Awal Islam,
Cabaran,
Hunain,
Kepimpinan,
Perang,
Rasulullah
Sunday, September 29, 2013
Pengertian Ahli Sunnah wal Jama'ah serta kumpulan mereka
Pengertian Ahli Sunnah wal Jama’ah – suatu kumpulan dalam Islam yang berpegang kepada Sunnah Rasulullah
dan Sunnah khulafa` ar-Rasyidin (Gibb and Kramess , Shorter Encyclopaedia of Islam, hal 552). Kamus al-Munjid
mengatakan Ahl Sunnah adalah golongan yang mengakui Saidina Abu Bakar sebagai
khalifah manakala Ahl Syiah ialah golongan yang hanya mengakui khalifah Imam
Ali sahaja (al-Munjid fi al-Lughah,hal
353 ).
Jalaluddin Mohd Musa memberikan pengertian Ahl
Sunnah berasaskan makna sunnah iaitu at-Tarikah dan al-Hadith. At-Tarikah
(jalan) berdasarkan Ahl Sunnah mengikut jalan para sahabat dan tabien dalam
menjamin ayat-ayat mutasyabihat dengan diserahkan pada Allah maknanya.
Al-Hadith berdasarkan Ahl Sunnah mempercayai kesahihan sesuatu hadith dan
kurang mentakwilkannya seperti yang dilakukan oleh Muktazilah. Memasukkan empat
orang Imam dalam Ahl Sunnah iaitu Imam Malik, Imam Abu Hanifah, Imam Shafie dan
Imam Hanbali. Ahl Sunnah bersepakat atas hujah ijma’ sahabat tetapi berselisih
atas ijma’ selepasnya (Jalaluddin Mohd Musa, Nash’a al-Asha’irah wa tata wuraha ,hal 15-16 )
Menurut az-Zabidi yang
dikehendaki dengan ahl Sunnah wa
al-Jamaah ialah al-Asya’irah dan al-Maturidiah juga al-Khayali dalam al-Hashiah fi syarah Aqidah al-Asya’irah
(al-Zabidi , Ittihaf as-Sa’adat
al-Muttaqqin , Juzu` 2 hal 6-7).
Ahli Sunnah ialah
mereka yang mengakui khulafa` ar-Rasyidin, menerima Sunnan Sittah, dan penganut
mazhab yang empat (Thomas Hughes, Dictionary
of Islam , hal 623).
James Hastings
memasukkan juga Abu Hasan al-Ash’ari dan al-Ghazali dalam kumpulan Ahli Sunnah
di samping imam mazhab yang empat ( James Hastings, Encyclopaedia
of Religion and Ethic, vol xii, hal 114-119 )
Kumpulan ahl Sunnah wa al-Jama’ah
Al-Baghdadi
menyenaraikan lapan kumpulan manakala az-Zabidi hanya meletakkan tiga kumpulan.
Kumpulan mengikut al-Baghdadi ialah (al-Baghdadi, al-Farq baina al-Firaq , hal 313-318)
01. Mereka yang mempunyai ilmu yang mendalam mengenai tauhid dan kenabian,
hukum-hukum ganjaran dan balasan, pahala dan siksa, syarat-syarat ijtihad,
kepimpinan, Imamah dan mereka yang mengikuti jalan-jalan golongan as-Sifatiah
dari kalangan Mutakallimin.
02. Tokoh-tokoh feqah dari dua aliran iaitu ahl ar-Ra`yu dan aliran ahl
al-Hadith yang mempunyai aqidah yang sealiran dengan mazhab as-Sifatiah.
Antaranya pengikut Imam Malik, Shafie, Auza’i, Thauri, Abu Hanifah, Ibnu Abi
Layla, Abu Thaur, Ahmad bin Hanbal, Daud az-Zahiri dan semua fuqaha yang
menganuti aqidah as-Sifatiah dan hukum feqah mereka tidak bercampur dengan
bid’ah ahli hawa nafsu yang sesat.
03. Mereka yang mempunyai ilmu yang mendalam mengenai khabar, sunnah dan
peninggalan Rasulullah. Mereka mahir dalam ilmu al-Jarh wa Ta’dil dan ilmu
mereka tidak bercampur dengan golongan yang sesat.
04. Mereka yang mempunyai ilmu yang mendalam dalam bidang bahasa termasuk
adab, nahu dan saraf. Antara mereka ialah Khalil, Abu Amru Ibn al-Ala,Sibawaih,
al-Fara`, al-Akhfasiy, al-Asma’i, al-Mazani, Abu Abid dan semua tokoh nahu
aliran Kufah dan Basrah yang tidak bercampur dengan golongan sesat.
05. Mereka yang berilmu dalam bidang bacaan al-Quran , tafsir dan takwil
sejalan dengan mazhab Ahl Sunnah.
06. Ahli Zuhud dan Tasawuf yang melihat melalui hati nurani atau matahati
akan kebesaran Allah lalu mereka menerimanya dan menjadikan pengajaran atas
mereka.
07. Mereka yang bersatu padu dan mempunyai ikatan yang kukuh dalam barisan
Islam untuk berjihad melawan golongan kafir. Berjihad menentang musuh-musuh
Islam , menjaga dan mengawal kehormatan dan maruah muslim.
08. Mereka yang tinggal di negeri-negeri yang menganut aliran Ahli Sunnah.
Mereka terdiri dari orang awam yang mempunyai kepercayaan menepati ulama Ahli
Sunnah wal Jama’ah.
Kumpulan Ahli
Sunnah wal Jama’ah menurut az-Zabidi :-
01.Golongan ahli
hadith yang berpegang atas dalil sam’iyah iaitu al-Quran, as-Sunnah dan ijma’.
02. Golongan ahli
pengguna akal (ashab ar-Ra`yu) dan pembangun fikiran iaitu Asya’irah, Hanafiah,
Sheikh Abu Hasan al-Asy’ari, Imam Hanafi, Abu Mansur al-Maturidiah yang
bersepakat dalam banyak perkara.
03. Ahli Wujdan wal
Kasyaf iaitu golongan ahli sufi yang berpegang atas pegangan ahli ar-Ra`yu dan
ahli al-Hadith.
Pegangan Ahli Sunnah wal Jama’ah
Mengikut
al-Baghdadi, Jumhur Ahli Sunnah wal Jama’ah sepakat dan sekata pada semua usul
dan rukun-rukun agama Islam. Setiap orang yang aqil dan baligh wajib mengetahui
hakikat setiap rukun. Setiap rukun ada cabang dan setiap cabang ada masalah
yang juga disepakati dan dipersetujui oleh Ahli Sunnah. (al-Baghdadi, al-Farq bainal Firaq , hal 323 ). Ada
beberapa perkara yang berlaku perbezaan pendapat antara al-Asy’ari dan
al-Maturidi seperti sifat Tuhan, perbuatan hamba, kewajipan Tuhan, dosa besar
dan janji baik serta janji buruk. (Harun Nasution, Teologi Islam ,hal 73 )
Rukun-rukun agama
Islam yang disepakati oleh Ahli Sunnah mengikut al-Baghdadi ada lima belas usul
iaitu mengithbatkan hakikat dan ilmu , baharunya alam , Pencipta alam dan
sifat-sifat zatiah yang layak pada ZatNya, Sifat-sifat yang wujud pada Allah,
Nama-nama Allah dan Sifat-Sifat Allah, Keadilan Allah, Kenabian dan kerasulan,
Mukjizat dan karamah, rukun-rukun shari’ah Islam (rukun Islam), suruhan dan
larangan, kebinasaan manusia dan hukuman di akhirat, khalifah dan Imam, Iman dan Islam, wali-wali dan Imam-imam dan
hukuman terhadap musuh-musuh Islam. (al-Baghdadi, al-Farq , hal 324-353 )
Pengenalan Ahli Sunnah wal Jama'ah (sambungan)
Abdullah bin Said al-Kullabi (240H)
Al-Kullabi mempunyai penyokong-penyokong sebagaimana
ia juga tidak sunyi daripada musuh dan pembangkang-pembangkang.
Komentar Penyokong
Abu al-Ma’ali Imam al-Haramayn (478H), “ al-Kullabi
sebagai Imam Ahli as-Sunnah wa al-Jamaah pada masanya dan rakan
seperjuangannya”. (Imam al-Haramayn, al-Irsyad,
hal 118)
At-Taj as-Subki “ Abdullah bin Said al-Kullabi adalah
seorang daripada Imam al-Mutakallimin”. (as-Subki , Tabaqat as-Syafi’iyah,)
Ibnu Taimiah memberi kata penghargaan dalam beberapa
tempat dalam kitab Minhaj as-Sunnah dan
dalam Majmu’at ar-Rasail wa al-Masail.
(Ibnu Taimiah, Majmu’at ar-Rasail wa
al-Masail, hal 51-57)
Kata-kata penghargaan daripada tiga tokoh di atas
membuktikan kedudukan istimewa Ibn al-Kullabi di kalangan Ahli as-Sunnah wa
al-Jamaah sendiri dan pengaruhnya di dalam aliran mereka.
Komentar Pembangkang
Ibnu an-Nadim “ Abdullah bin Said al-Kullabi adalah
semaian al-Hasyawiah. Semasa berdebat dengan Ibad bin Sulaiman, beliau berkata
bahawa kalam Allah ialah Allah. Ibad berkata “ Abdullah adalah orang Suryani
(Masihi) dengan kata-kata itu. (Ibnu an-Nadim, al-Fihrist , hal 269-280)
Abu al-Abbas al-Baghawi berkata “ Saya berjumpa dengan
pethiun Masihi dalam sebuah gereja. Dalam perbualan kami saya bertanya
kepadanya berkenaan Abdullah bin Said al-Kullabi. Ia menjawab Abdullah baik orangnya
, ia selalu datang kepadanya dan duduk di sebelah ruang sana dan daripadanya ia
mengambil kalam Allah ialah Allah. Al-Baghawi berkata Jika ia masih hidup maka
nescaya ia mengkeristiankan orang-orang Islam.
Sebenarnya Ibad bin Sulaiman dan al-Baghawi daripada
Muktazilah. Justeru itu tak hairanlah jika mereka kedua memusuhi secara
terang-terang mana-mana ulama Ahli as-Sunnah wa al-Jamaah dengan berbagai-bagai
senjata. Mereka mengajar orang-orang yang bersimpati dengan mereka supaya
menganggap pendapat lawan sebagai pendapat yang diimpot daripada ajaran-ajaran
Masahi, Yahudi dan falsafah. (as-Syaharastani,al-Milal wa an-Nihal, Juzu` 1, hal 109 )
Abdullah bin Said al-Kullabi dan Musykilah as-Sifat dan
az-Zat
Para pengkaji sejarah firaq Islam berpendapat bahawa
al-Kullabi mempunyai prinsip-prinsip yang sama dengan pegangan ahl al-Hadith
dan ahli Sunnah wa al-Jamaah dan ramai pengikutnya telah diserapkan ke dalam
aliran al-Asy’ariah.
Mengikut al-Asy’ari bahawa al-Kullabi menganuti aqidah
ahl al-Hadith dan ahl Sunnah wa al-Jama’ah secara ringkas iaitu beriman kepada
Allah, malaikat, kitab-kitab suci para rasul ,apa yang dibawa oleh mereka dan
apa yang diriwayatkan oleh perawi-perawi yang dipercayai daripada Nabi Muhammad
s.a.w . Apa yang disebut di atas adalah secara ringkas dan aqidah secara ditil
pula ialah Allah Esa, tunggal, tempat meminta pertolongan, tidak ada tuhan lain
melainkan Allah, tidak ada isteri dan anak dan Muhammad adalah hambaNya dan
pesuruhNya , syurga dan neraka ada, hari kiamat pasti tiba, kebangkitan mati
daripada kubur tetap berlaku dan sebagainya.
Aqidah tadi berfungsi menolak konsep tri-tunggal
(at-Tathlith) dan ahli falsafah yang mengengkari hari kebangkitan (al-Ba’th).
Dan bukan ia berfungsi menolak aliran Islam yang lain.
Berkenaan nama-nama Allah bukan Allah “ maka tujuannya
ialah untuk menolak pendapat al-Muktazilah dan al-Khawarij yang berkata : Allah
‘Alimun Bi Zatihi yakni menolak sifat ‘ilmu sedangkan Tuhan berfirman (al-Fatir
:11) ertinya : Dan tiada mengandung seseorang perempuan dan tidak pula
satu-satunya melahirkan melainkan dengan keadaan yang diketahui Allah - disini
Tuhan memperakukan adanya ‘ilmu sebagai sifat maujudah fi Nafsiha.
Ahl Hadith berpegang dengan ayat al-Mutasyabihat tanpa
takwil. Jawapan Imam Malik kepada pertanyaan mengenai firman Allah (Taha : 5 )
ertinya : iaitu ar-Rahman yang bersemayam di atas Arasy.... al-Istiwa` ma’lum
wa al-Kayfiat majhulah wa al-Iman bihi wajib wa al-Su`al ‘anhu bid’ah ertinya
persemayaman sudah maklum, caranya tidak diketahui, beriman dengannya wajib dan
bertanya mengenainya bid’ah. Begitu juga ayat-ayat al-Mutasyabihat yang lain
seperti (al-Maidah : 64) ertinya : malah kedua tanganNya terbuka luas. Dan
firman Allah ( al-Rahman: 27) ertinya : dan tinggal muka Tuhanmu yang mempunyai
keagungan dan kemuliaan.
Al-Muktazilah berpendapat bahawa hamba mempunyai kuasa
sebelum melakukan sesuatu geraklaku berdasarkan kepada pengertian al-Istita’ah.
Pendapat Muktazilah ditolak oleh ahl Hadith dengan alasan mereka seseorang
tidak boleh dianggap berkuasa sebelum ia melakukan sesuatu atau tidak berkuasa
melakukan sesuatu yang Allah mengetahui orang yang terlibat itu tidak ada kuasa
melakukannya atau dengan erti kata yang lain kekuasaan dan kemampuan pembuat sesuatu
adalah khusus bagi Allah kerana Dia sahaja yang mempunyai sIfat-sifat itu
sejajar dengan ilmuNya yang azali.
Dengan analisa al-Istita’ah tadi jelas kepada kita
mazhab ahli Sunnah wa al-Jama’ah mempunyai prinsip-prinsip yang kemas dan daya
penarik yang kuat untuk menuju ke arah kekuasaan Tuhan yang mutlak. Adanya
al-Istita’ah melibatkan segala suruhan dan larangan agama dengan kejayaan dan
kegagalan, pahala dan dosa, kebaikan dan keburukan, hidayat dan sesat.
Kesemuanya datang daripada Tuhan belaka tertakluk kepada qadha` dan Qadar
(al-Asy’ari , Maqalat al-Islamiyyin wa
Ikhtilafu al-Musallin, Juzu` 1, hal 298-299)
Ahli Sunnah wa al-Jama’ah berpegang dengan aqidah
boleh dilihat Tuhan dengan mata kepala di hari Akhirat dan tidak mungkin
berlaku demikian di dunia ini.
Iman mengikut mereka terdiri daripada al-Iqrar dan
amalan. Ia boleh bertambah dan berkurangan mengikut tinggi rendah prestasi
amalan. Pelaku dosa besar tidak kafir, syafaat Rasulullah s.a.w ada bagi umatnya yang berdosa besar, siksa
kubur, kolam air, titian, hari kebangkitan, hisab dan mengadap Tuhan adalah
haq. Demikianlah serba ringkas mengenai prinsip-prinsip ahli Hadith yang
dianuti oleh Abdullah bin Said al-Kullabi tetapi diolah dalam metod rasional.
Az-Zat dan
as-Sifat
Ibnu Kullab menegaskan bahawa Allah bersifat dengan
sifat qidam, Ia tidak bertempat dan tidak terlibat dengan masa sebelum wujud
alam ini lagi, kerana tempat dan masa adalah baharu , Ia kekal, bersemayam di
atas arasy, Maha Tinggi dan Maha Agung. Ibnu Taimiah terpengaruh dengan
pendapat Ibnu Kullab ini.
Mengenai Sifat, Ibnu Kullab mengithbatkan sifat itu
bagi Tuhan berkata , Inna Allah lam yazal hayyan, ‘aliman ,qadiran, basiran,
sami’an , ‘azizan ,, ‘aziman, Jalilan, kabiran, kariman, maridan, mutakalliman,
jawaran dan sebagainya. Ertinya Sesungguhnya Allah berkekalan hidup,
mengetahui, berkuasa, , melihat, mendengar, mulia, agung ,besar, pemurah,
berkehendak, berkata-kata, murahhati dan sebagainya. Dengan itu Ibnu Kullab
menegaskan bahawa sifat bukanlah zat dan bukan pula lain daripada zat, la hiya
huwa wa la ghairuh. Yang demikian untuk menolak pendapat al-Jahmu bin Safwan
yang mendakwa bahawa sifat Ilmu adalah ain Zat (Ali Sami an-Nasyar, Nasy`atu al-Fikr al-Falsafi fi al-Islam
, Juzu` 1, hal 281 )
Al-Quran Kalam Allah qadim bukan makhluk, kebaikan dan
keburukan keduanya daripada Allah, orang yang berdosa besar mukmin, Allah boleh
dilihat dengan mata kepala di hari kiamat tanpa arah seperti di depan, di
belakang, di kanan dan di kiri, atas dan bawah, walaupun Tuhan bersemayam di
atas Arasy tetapi Ia bukan Jisim (al-Asy’ari ,Maqalat al-Islamiyyin .., Juzu` 1, hal 298-299). Inilah mazhab
Abdullah bin Said al-Kullabi. Ia sealiran dengan ahl al-Hadith dan secocok
dengan al-Asya’irah yang akan muncul selepasnya dan pengikut-pengikutnya.
Huraian
Mengenai az-Zat dan as-Sifat
Ibnu al-Kullabi berpendapat bahawa Allah lam yazal
‘aliman, qadiran, hayyan, sami’an , basiran, yakni Allah bersifat dengan
sifat-sifat tersebut di samping sifatNya sebagai ar-Rabb dan al-Ilah. Ia qadim
pada Zat dan Sifat. Zat berbeza daripada Sifat. Allah selaku ‘aliman, qadiran,
hayyan mestilah bersifat dengan sifat ilmu, qudrat dan hayyat. Begitu juga
dengan Nama-namaNya. Alasan Zat berbeza daripada sifat ialah kerana sifat tidak
boleh berdiri pada sifat.
Mengenai ayat al-Mutasyabihat, Ibnu al-Kullab berkata
wajah Allah bukan Allah dan bukan pula lain daripada Allah. Begitu juga tentang
dua tangan, mata, pendengaran adalah sifat yang berbentuk “ la hiya huwa wala
ghairuh “. Allah selaku maujud bukan daripada sifat al-wujud dan selaku sya`i
bukan dengan sya`i kerana ZatNya itu maujud (ada) dengan adanya sifat al-wujud
dengan pengertian yang khusus di mana wujudnya berpunca daripada ZatNya selaku as-Sya`i. Malah as-Sya`i itu berpunca
daripada ZatNya juga kerana tidak ada kuasa luaran yang memberi kepadanya sya`i
itu. Justeru itu illat wujud Tuhan adalah ZatNya sendiri, sifatnya yang berdiri
pada Zatnya bukanlah Zat dan bukan lain daripada Zat. Jika ada kelainan Zat
dengan sifat maka di sini ada satu Zat qadim dan satu sifat qadim, justeru itu
jadilah berbilang-bilang qadim. Ini akan membawa kepada berbilang-bilang tuhan.
Mengikut Ibnu al-Kullab sifat adalah muta’aliq zat
kerana sifat tidak boleh berdiri pada sifat, oleh itu maka Allah bukan sifat
sepertimana ia bukan zat.
Al-Harith bin
Asad al-Muhasabi (243H)
Ahli sejarah falsafah Islam mengakui bahawa
al-Muhasabi adalah rakan seperjuangan Ibnu al-Kullab dan al-Qalanisi mengikut
aliran ahl as-Sunnah wa al-Jama’ah.
Al-Muhasabi seorang tokoh tasawuf yang terkenal.
Al-Junaid syeikh ahli tasawuf menjadi muridnya tetapi Ahmad bin Hanbal telah
memulaunya dan menasihatkan orang ramai supaya jangan menuntut ilmu
daripadanya.Dikatakan sebab-sebab pemulauan itu ialah persoalan lintasan hati
dan perasaan was-was yang menjadi persoalan pokok dalam alirannya. Ibnu Hanbal
menganggap kedua-dua persoalan itu bukan islam. Dikatakan al-Muhasabi menganut
fahaman al-Kasyf atau al-Ilham atau al-Basirah kerana terpengaruh dengan
pegangan Ibnu Kullab (Ibnu Taimiah , Muwafiqatu
Sarihu al-Manqul li Sarihi al-Ma’qul , Juzu 1, hal 161 ). Karya al-Muhasabi
yang amat bernilai adalah hasil kajian yang dibuatnya terhadap pendapat Ibnu
Kullab. Karya-karya itu mencakupi bidang ilmu Kalam dan Tasawuf.
Abu al-Abbas
bin Abd Rahman bin Khalid al-Qalanisi (255H)
Abu al-Abbas al-Qalanisi seorang tokoh terkemuka ahl
as-Sunnah wal Jama’ah. Beliau adalah rakan seperjuangan Ibnu al-Kullab. Ibnu
al-Kullab pernah berdebat Abu Huzail al-‘Alaf jaguh Muktazilah manakal
al-Qalanisi menulis kitab-kitab untuk menolak pendapat Ibrahim bin Sayyarhani`
(al-Nazam). Al-Baghdadi berkata : “al-Qalanisi adalah tokoh ahl as-Sunnah pada
zamannya. Beliau menulis lebih daripada 150 buku dan risalah”. Seterusnya “
al-Qalanisi mempunyai buku-buku dan risalah untuk menolak pendapat an-Nazam.
(al-Baghdadi, al-Farq baina al-Firaq,
hal 513 ). Khusus mengenai al-Juz`u al-Lazi la yatajaza` , juzu` yang tidak
boleh dipecahkan yakni atom.
Al-Qalanisi bersependapat dengan Ibnu al-Kullab bahawa
Kalam Allah tidak berbentuk suruhan atau larangan dalam azali kerana suruhan dan larangan tertakluk kepada
baharu sedang kalam Allah adalah azali dan nafsi (al-Subki , Tabaqat as-Syafi’iyah , Juzu` 2, hal
221). Dengan itu mereka menolak pendapat
Abu Hanifah yang mengatakan suruhan dan larangan ada sejak azali lagi kerana
beliau menolak sifat Fi’il – iaitu sifat yang Tuhan harus bersifat dengannya
dan dengan lawannya. (Ustaz Ibrahim Yasin ,Tutorial
Ilmu Kalam 3, 12 /07/ 1407 )
Al-Qalanisi membolehkan perlantikan Imam yang mafdul
semasa ada yang fadil (al-Baghdadi, al-Farq
bayna al-Firaq , hal 513).Pendapat ini mirip kepada Syiah Zaidiyah,
manakala al-Asy’ari sebaliknya dan mirip kepada Syiah Imamiah. Imam
al-Haramayn ada menyebut pendapat
al-Qalanisi mengenai fungsi iman ada kalanya bertambah dan ada kalanya
berkurangan (Imam al-Haramayn, al-Irsyad
, hal 399).
Subscribe to:
Posts (Atom)

