يا دهر أفّ لك من خليل كم لك با لاشراق و الأصيل
من صاحب أو طا لب قتيل والدّهر لا يقنع بالبديل
و انّما الأمر الى الجليل و كلّ حيّ سالك سبيل
- Imam Husein a.s
Duhai zaman teman bagaimanakah kamu
Betapa rakan-rakanmu telah kau korbankan siang dan malam
Malah kau tidak memadai dengan tukar gantian
Sesungguhnya urusan di tangan Tuhan
Setiap yang hidup pasti menemui kematian
ولا تحسبنّ اللذين قتلوا في سبيل اللّه امواتا
بل احياء عند ربّهم يرزقون
Janganlah kamu menyangka orang yang terbunuh di jalan Allah itu mati
bahkan mereka hidup di sisi Tuhan mereka diberikan rezeki
-Al-Qur'an
Salah satu dari nikmat-nikmat terbesar ialah nikmat memperingati
Hussein ibni Ali a.s yakni nikmat majlis-majlis Aza' ( kesedihan ),nikmat
Muharram dan nikmat Asyura bagi masyarakat Syiah kita.Malang sekali
saudara-saudara Islam bukan Syiah kita tidak memanfaatkan nikmat ini.
Mereka juga boleh memanfaatkan nikmat yang besar ini walaupun seba-
hagian mereka di sana sini juga berkabung untuk Aba Abdillah walau tidak
meluas -- Ayatullah Uzma Syed Ali Khamene'i
Showing posts with label Hadith dan Kata-kata Imam. Show all posts

Wednesday, February 8, 2012
Tuesday, August 17, 2010
Ilmu dan Islam
Ilmu
Tuntutlah ilmu kerana yang menuntutnya bermakna berada di jalan Allah dan melaksanakan suatu amalan yang saleh.
Yang membicarakannya bermakna memuji Allah. Yang mencarinya bermakna mencintai Allah. Yang mengajarkannya bermakna memberikan sedekah. Yang menanamkannya kepada sasaran yang tepat bermakna berlaku setia kepada Allah.
Ilmu menjadikan pemiliknya dapat membezakan apa yang dilarang dan apa yang tidak. Ilmu adalah sinar ke syurga, teman di padang pasir, sahabat di kesunyian, kawan ketika keseorangan.
Ilmu membimbing kita menuju kebahagiaan, menahan kita dari kesengsaraan. Ilmu adalah perhiasan kita bersama-sama teman. Ilmu adalah baju besi terhadap musuh.
Dengan ilmu makhluk Allah muncul ke puncak kebajikan dan kepada kedudukan yang mulia, menghubungkan kita kepada yang paling berkuasa di dunia ini dan membantu kita mencapai kesempurnaan dan kebahagiaan seterusnya. Maksud hadith Nabi Sawa.
Islam
Sudahkah anda sedari sepenuhnya apa sesungguhnya Islam itu. Islam adalah agama yang berdasarkan kebenaran. Islam adalah sumber dari mana mengalir sungai-sungai hikmat dan pengetahuan.Islam laksana lampu yang menyalakan lampu-lampu. Islam adalah mercutanda yang sangat tinggi yang cahayanya memancar menerangi jalan ilahi. Islam adalah himpunan prinsip dan keyakinan yang dapat memuaskan setiap pencari kebenaran.
Hendaklah anda ketahui bahawa Allah telah menciptakan Islam sebagai jalan yang paling mulia untuk mencari keredaanNya yang tertinggi peribadatan dan ketaatan kepadaNya. Ia telah mengurniainya dengan ajaran yang mulia, prinsip-prinsip suci, hujah yang tiada keraguan, keunggulan yang tak terbanding serta kebijaksanaan yang tidak tertolak.
Terserahlah kepada anda untuk memelihara kebesaran dan kemuliaan yang dianugerahkan Allah kepadanya, mengikutinya dengan tulus, berlaku ikhlas terhadap rukun-rukun Imannya, mentaati sungguh-sungguh ajaran dan perintahnyadan memberikan tempat yang semestinya dalam kehidupan anda. Sedutan ucapan Imam Ali a.s.

Subscribe to:
Posts (Atom)