Showing posts with label Kleper. Show all posts
Showing posts with label Kleper. Show all posts

Wednesday, October 19, 2011

Kisah Baru

Beberapa siri yang lepas tajuknya menjadi tulisan Hindi. Rupanya kerana settingnya bahagian Bahasa ditukar kepada Hindi. Patutlah semua tajuk bertukar font. Aduh mana bisa ditulis tajuk kalau semuanya berubah...
11 Oktober 2011 Hari Selasa mertua lelaki Muda bin Taib meninggal dunia. Beliau dikebumikan di perkuburan Kampung Banggol Donas berhampiran dengan lebuhraya baru yang belum siap. Selesai acara tahlil pada Jumaat 14 Oktober ibu mertua pula demam dan ditahan di wad Hospital Besar Terengganu. Wad 8.
Apabila melawatnya kelmarin 18 Oktober berjumpa dengan kawan lama dari sekolah rendah hingga tingkatan tiga . Terakhir berjumpa tahun 1979 . Juga ibu seorang kawan yang batuk berdarah. Hari ini terima sms dari seorang Sahabat baik dari Sekolah Menengah hingga Universiti ... akan berangkat ke tanah suci pada 21 Oktober.... tapi saya .... kleper ini masih kosong sudah dua hari tidak bekerja kerana hujan (17-18).....

Friday, July 22, 2011

Pengisian dalam kleper

Kenapa akhir-akhir ini semua tajuk berubah menjadi tulisan yang tidak dikenali. Adakah berlaku sesuatu pada fontnya atau lain-lain? Perhatikan pada tajuk yg sebelum ini Masjid Dirar menjadi tidak dikenali...
Hanya copy paste yang tidak mengubah tajuk di atas. Bercerita fasal kleper minggu ini hanya 3 hari bekerja untuk mendapatkan isian. Kemudian berehat kerana ketiadaan barang. Satu tempat tak ada frame tingkap - framenya tak siap-siap walaupun telah ditempah sebulan yang lepas kemudian berpindah ke tempat lain malangnya selepas bekerja seminggu atapnya pula tak sampai lagi. Tempahan sudah dibuat tapi barangnya belum sampai. Nak buat macam mana sudah nasib badan. Ada kerja tak ada barang....
Ingatkan nak buat bekal puasa nampaknya terpaksalah berpuasa apabila tiba bulan puasa nanti. Puasa tak lama dah ada 10 hari je lagi. Kleper dah mula kempis macam mana nak buat. Persiapan puasa tentu akan mengempiskan lagi isiannya.
Minggu ni 16 hingga 21 Julai hanya boleh kerja 3 hari je. Selebihnya pergi dan terus balik, pergi dan terus balik , pergi tunggu sekejap dan balik tak ada apa. Minggu depan bagaimana? Belum pasti setakat mana boleh kerja tidak. Agaknya kleper terus kempis untuk minggu ini dan minggu-minggu seterusnya. Bulan Ogos stat dah puasa apakah terpaksa berpuasa juga?
Pengisian kleper penting tapi kalau asyik pergi dan balik aje macam mana nak isi kleper? Atau macam ni tulis je tapi kosong tak ada ape-ape.....

Sunday, April 10, 2011

Kleper

Hari ini kleper berada di muka surat pertama Yahoo. Mungkin kerana mozilla ingat perkataan ini lalu apabila taip maka diletaknya muka pertama. Perkembangan yang baik bagaimana dengan google. Tak tengok lagi.



apasal gambar selalu kat atas bukan ikut kursor?




Google juga memaparkan pada halaman pertama. Rasa macam tak caya pulak. Rupa-rupanya pakat letak muka pertama .Juga ada pada muka surat tiga. Agaknya orang lain tak kemaskini blog mereka jadi blog ni naik depanlah.

Friday, January 14, 2011

Kampung Padang Air

Hari ni guna BB lambat macam kk. Lepas tu kena eja satu-satu. K u r a k u r a aaaaak. bunyi gagak balik dari cari makan.

Sunday, May 30, 2010

Kleper

Kleper hari ini (Ahad, 30/05) beralih ke muka surat 9. Kleper mesti diaktifkan supaya masuk muka depan. Bila agaknya kleper akan beralih ke muka depan. Tapi kalau kleper dok muka depan nanti kena songlap. Dah lah ada se tu je kleper kena kebas pulak nak letak dalam penda lagi. Kleper lagi lah. Biarlah hilang pun nak jugak kleper.
Mu nak letak kat mana kleper tok. Dok ilang kleper ada tepi bakul tu.