"Anda lakukan apa yang anda ingin lakukan, kekayaan akan datang kemudiannya."
Kebanyakan anda pasti bertanya apakah yang ingin dikerjakan supaya boleh menjadi jutawan? Ramai yang mempunyai persepsi yang salah apabila datang soalan itu.
Kebanyakan anda sentiasa memikirkan perniagaan yang besar apabila ingin memulakan perniagaan. Anda tidak salah apabila berfikiran besar tetapi apa yang salah adalah kebanyakkan anda memikirkan bidang-bidang yang besar seperti pembinaan, kontraktor sivil, pengeluaran produk yang gah dan sebagainaya. Ini adalah akibat persepsi yang salah dan penumpuan dalam bidang yang selalu dilihat cepat memberi keuntungan kapada peniaga.
Apabila anda berfikiran seperti itu, ia menyebabkan sekarang ini ada beribu-ribu kontraktor kelas F di Malaysia dan kontrator sivil lain yang bersain merebut projek-projek yang agak terhad. Jadi, ramai daripadanya terpaksa menutup syarikat kerana tidak mendapat sebarang pekerjaan bagi syarikat mereka.
Sekiranya anda mempunyai minda yang betul pada keusahawanan, sebenarnya di sekeliling anda ada pelbagai perniagaan yang dapat dimulakan dengan modal kewangan yang kecil. Tahukah anda ada ramai jutawan yang memulakan perniagaan mereka daripada hobi, pengetahuan dan kemahiran yang mereka tidak sangka boleh menjana kekayaan kepada mereka. Hakikatnya, lihat dalam semua bidang, anda dapat menjadi jutawan. Anda hanya perlu menjadi yang terbaik dalam bidang itu kerana dengan itu, anda dapat menarik kekayaan datang kepada anda.
Jiran saya Encik said hanya pemandu lori 15 tahun dahulu. Beliau kini mempunyai berpuluh-puluh buah lori serta sedang memulakan perniagaan mengimport enjin jentera-jentera berat daripada perancis walaupun tidak tahu bertutur bahasa perancir.
Encik ali hassan bermula hanya daripada kerja sampingan iaitu jurujual sambilan dan pembekal jersi serta baju sukan kepada rakan-rakan kampus. Beliau kini mempunyai empayar perniagaan Al-Ikhsan dengan memiliki 32 cawangan di seluruh Malaysia dengan model RM 50 sahaja.
Encik mohd amin hanya penjual nasi lemak dengan keuntungan Rm10 sehari. Beliau kini dikenali sebagai datuk mohd amin Pipet, pengarah urusan falcon sdn.bhd. yang mempunyai perniagaan bidang pertanian , penternakan dan pembinaan.
Ada beribu-ribu lagi contoh bagaimana jutawan memulakan perniagaan mereka daripada pengetahuan yang mereka tahu pada masa itu. Hanya mereka yang mempunyai minda yang betul, matlmat yang jelas, rancangan serta strategi yang tepat serta keyakinan dan kegigihan, boleh berjaya.
Sebenarnya, bagi menjadi kaya anda tidak perlu memikirkan berkenaan perkara yang tidak pernah dilakukan anda. Boleh memulakan dengan apa yang sedang dilakukan sekarang ini. Anda mungkin mempunyai pandangan yang negetif bagi mencapai status jutawan dengan apa yang diusahakan sekarang ini.
Nasihat saya , lakukan sedikit analisis berkenaan pekerjaan ataupun pernigaan anda hari ini. Anda dapat melihat ahli keluarga yang mempunyai kemahiran yang boleh dikongsi bagi memulakan perniagaan. Cuba anda susun perancangan bagi mencapai tahap yang anda diingini secara berperingkat.
Showing posts with label kaya. Show all posts
Showing posts with label kaya. Show all posts
Sunday, March 18, 2012
Monday, March 5, 2012
12 sebab kenapa anda tidak kaya
"Terdapat rahsia berkenaan psikologi wang. Kebanyakkan orang tidak tahu perkara itu. Kerana itu ramai orang tidak pernah mendapat kejayaan dalam kewangan. Kekurangn wang bukanlah masalahnya, tetapi ia symptom pada apa yang berlaku dalam diri anda."
Anthony robbins dalam salah satu programnya memberikan 12 sebab yang beliau perhatikan menjadi faktor kenaa ramai orang gagal menjadi kaya.
- Ramai yang tidak menentukan dan menjelaskan secara spesifik ataupun mendalam maksud kekayaan dalam kehidupan
- ramai yang mempunyai matlamat kewangan yang berubah-ubah. Apabila anda mempunyai matlamat, tetapkan matlamat itu sehingga anda dapat mencapainya.
- tidak mempunyai matlamat yang mampu dicapai dan realisti. Jangan membina matlamat yang anda tidak percaya mampu mencapainya.
- tidak memulakanya. Tentu anda hairan, ini adalah masalah yang menjadi penyakit orang yang gagal. Yang penting, mulakan, kemuadian teliti dan sesuaikan mengikut perancangan.
- ramai yang tidak nampak keperluan mencapainya, tidak komited mendapat kekayaan dan tidak sanggup berkorban bagi mendapatkannya.
- tidak mempunyai rancangan dan strategi yang betul bagi mencapainya.
- apabila mereka mempunyai perancangan, terdapat pula ramai yang tidak mengikut perancangan yang dirancang itu.
- memberikan tanggungjawab kepada pihak lain. Terdapat juga yang memberikan beberapa usaha kepada pihak lain bagi menjalankan perancangan mereka.
- mudah mengaku kalah apabila bertemu halangan. Begi berjaya, jangan mudah mengaku kalah ataupun menyerah.
- tidak mempunyai kawalan kewangan yang betul dalam kehidupan mereka.
- mudah dipengaruhi oleh idea-idea yang diberikan oleh rakan-rakan.
- tidak mempunyai mentor ataupun sokongan daripada orang yang berkebolehan dalam bidang yang diceburi.
Subscribe to:
Posts (Atom)
