Sunday, October 10, 2010

Persaudaraan dalam Islam

5 bulan selepas Rasulullah berhijrah ke Madinah, baginda mengumpulkan orang-orang Islam dari golongan Muhajirin dan Ansar lalu bersabda : Hendaklah kamu sekelian bersaudara dalam agama Allah dua orang, dua orang.
Hamzah bin Abdul Mutalib disaudarakan dengan Zaid bin Harithah
Jaafar bin Abi Talib dengan Muaz bin Jabal.
Abu Bakar as-Sidiq dengan Kharijah bin Zuhair.
Umar al-Khattab dengan Itban bin Malik.
Amir bin Abdullah dengan Saad bin Muaz.
Abd Rahman bin Auf dengan Saad bin Rabi’.
Zubair bin al-Awwam dengan Salamah bin Salamah.
Uthman bin Affan dengan Aus bin Thabit.
Talhah bin Ubaidillah dengan Kaab bin Malik.
Said bin Zaid dengan Ubai bin Kaab.
Musab bin Umair dengan Khalid bin Zaid.
Abu Huzaifah bin Utbah dengan Ubbad bin Bisyr.
Ammar bin Yasir dengan Huzaifah al-Yamani.
Abu Zar al-Ghifari dengan Munzir bin Amr.
Bilal bin Rabah dengan Abu Ruwaihah.
Salman al-Farisi dengan Abu Darda’.
Tujuannya :
1- Melenyapkan rasa terasing pada golongan Muhajirin yang baru kehilangan segala-galanya.
2- Membangunkan persaudaraan atas agama Allah.
3- Mengamalkan konsep tolong-menolong sesama saudara.

Wednesday, September 15, 2010

Kampung Padang Air Kuala Terengganu

Mahmud bin Haji Yusof. Haji Yusof turun dari kapal yang pecah(Wangkang?) dari Petani (bersama Datu?). Mahmud pergi ke Perlis dan berkahwin dapat 2 orang anak. isterinya mati (taun). Balik ke Terengganu kemudian ke Perlis berkahwin dapat anak dan isterinya mati , balik semula ke Terengganu. Berkahwin lagi dan dapat lagi anak antaranya Jusoh yang bongsu.
Sebuah kubur Tok Sheikh Kadir Bukit Bayas terletak di Padang Air. Mengikut seorang penduduk tempatan ketika hampir ke penghujung usia beliau datang ke sini dan berjumpa dengan seorang anak muridnya Haji Man dan meminta sedikit tanah untuk dijadikan kubur, diberikan dan apabila ia mati dikebumikan di sini dan tempat itu terkenal dengan namanya iaitu wakaf Sheikh Kadir. Mempunyai sebuah telaga dan sebuah wakaf di samping kuburnya. Dulunya menjadi tempat orang menyampaikan nazar. Sebuah kubur lagi terletak di kawasan perkuburan Sheikh Ibrahim Kuala Terengganu. Sheikh Abdul Kadir datang ke Terengganu seramai 4 orang. Sebelumnya di Kelantan kemudian ke Terengganu dan membuka tempat pengajian di Pulau Duyung serta Bukit Bayas. Dikatakan menjadi mufti Terengganu yang pertama. Namanya ialah Sheikh Abdul Qadir bin Abd Rahim al-Fathani. Terdapat 2 versi kewafatannya iaitu pada tahun 1853M dan 1864M. Tempat kewafatannya juga dua iaitu di Kg Paya Bunga dan Bukit Bayas. Manakala tempatnya dikebumikan tidak dinyatakan oleh pengkaji riwayat hidupnya. Keturunannya di Padang Air adalah seorang cucu perempuan yang dikahwini oleh cucu Mahmud bin Haji Yusof.
Wan Abdullah (Tok Sheikh Duyung) namanya Wan Abdullah bin Muhammad Amin bin Yaaqub al-Fathani lahir pada 1216H/1802M dan wafat pada hari Khamis 4 petang pada 1306H/1889M. Beliau dikatakan mempunyai 21 orang anak. Bagaimanapun kisah perkahwinannya tidak dinyatakan oleh penulis riwayat hidupnya. Walaupun ada 2 orang yang bergelar Tok Sheikh Duyung tetapi masyarakat Kampung Padang Air hanya mengenali nama Wan Abdullah. Beliau adalah seorang yang berani dan terlibat dengan pembukaan denai dan bukit. Nama kampung Bukit Wan adalah sempena namanya. Anaknya dari isteri di sini adalah seorang perempuan tetapi namanya tidak jelas. Dulu-dulu orang tua-tua selalu berpesan kalau masuk hutan cerang beritahu bahawa kita adalah anak cucu Wan Abdullah maka jin tidak berani usik. Wan Abdullah mana satu tak jelas. Kampung Pondok lalang juga dikaitkan dengannya kerana membina sebuah pondok yang beratapkan lalang. Sebab itu kampung tersebut dikenali sebagai kampung pondok lalang.
Abdullah bin Ibrahim (Butir/Putih?) bin (Karim bin Datu ?) mempunyai 2 orang anak di Terengganu iaitu Mamat dan Minah (Halimah?. Abdullah seorang yang mahir bersilat kerana kemahirannya beliau telah dikahwinkan dengan anak tok gurunya semasa di Perak. Beliau mempunyai beberapa peralatan yang seperti tombak dan keris. Mamat berkahwin dengan Setawa (Siti Hawa?) dan mendapat tiga orang anak iaitu Yaaqub, Hawa dan Chik. Yaaqub berkahwin tiga tetapi hanya mempunyai dua orang anak iaitu Yusof dan Omar (Padang Rengas Perak)dari 2 orang isterinya. Beliau membawa diri ke Siam dan mati di Kuala Reba pada tahun 1946. Hawa berkahwin dengan Ngah dan mendapat 6 orang anak iaitu Muda, Embong, Jusoh, Ali, Abdul Rahman dan Putih. Manakala Chik mempunyai seorang anak bernama Mat Tahir. Minah berkahwin dengan Abdullah bin Husin (Kubang Buyung) dan memperolehi tiga orang anak iaitu Mat Amin , Jusoh dan Musa. Hanya Mat Amin dan Jusoh mempunyai zuriat.

Monday, September 13, 2010

Kampung Padang Air (2)

Mahmud bin Haji Yusof. Haji Yusof turun dari kapal yang pecah(Wangkang?) dari Petani (bersama Datu?). Mahmud pergi ke Perlis dan berkahwin dapat 2 orang anak. isterinya mati (taun). Balik ke Terengganu kemudian ke Perlis berkahwin dapat anak dan isterinya mati , balik semula ke Terengganu. Berkahwin lagi dan dapat lagi anak antaranya Jusoh yang bongsu.
Sebuah kubur Tok Sheikh Kadir Bukit Bayas terletak di Padang Air. Mengikut seorang penduduk tempatan ketika hampir ke penghujung usia beliau datang ke sini dan berjumpa dengan seorang anak muridnya Haji Man dan meminta sedikit tanah untuk dijadikan kubur, diberikan dan apabila ia mati dikebumikan di sini dan tempat itu terkenal dengan namanya iaitu wakaf Sheikh Kadir. Mempunyai sebuah telaga dan sebuah wakaf di samping kuburnya. Dulunya menjadi tempat orang menyampaikan nazar. Sebuah kubur lagi terletak di kawasan perkuburan Sheikh Ibrahim Kuala Terengganu. Sheikh Abdul Kadir datang ke Terengganu seramai 4 orang. Sebelumnya di Kelantan kemudian ke Terengganu dan membuka tempat pengajian di Pulau Duyung serta Bukit Bayas. Dikatakan menjadi mufti Terengganu yang pertama. Namanya ialah Sheikh Abdul Qadir bin Abd Rahim al-Fathani. Terdapat 2 versi kewafatannya iaitu pada tahun 1853M dan 1864M. Tempat kewafatannya juga dua iaitu di Kg Paya Bunga dan Bukit Bayas. Manakala tempatnya dikebumikan tidak dinyatakan oleh pengkaji riwayat hidupnya. Keturunannya di Padang Air adalah seorang cucu perempuan yang dikahwini oleh cucu Mahmud bin Haji Yusof.
Wan Abdullah (Tok Sheikh Duyung) namanya Wan Abdullah bin Muhammad Amin bin Yaaqub al-Fathani lahir pada 1216H/1802M dan wafat pada hari Khamis 4 petang pada 1306H/1889M. Beliau dikatakan mempunyai 21 orang anak. Bagaimanapun kisah perkahwinannya tidak dinyatakan oleh penulis riwayat hidupnya. Walaupun ada 2 orang yang bergelar Tok Sheikh Duyung tetapi masyarakat Kampung Padang Air hanya mengenali nama Wan Abdullah. Beliau adalah seorang yang berani dan terlibat dengan pembukaan denai dan bukit. Nama kampung Bukit Wan adalah sempena namanya. Anaknya dari isteri di sini adalah seorang perempuan tetapi namanya tidak jelas. Dulu-dulu orang tua-tua selalu berpesan kalau masuk hutan cerang beritahu bahawa kita adalah anak cucu Wan Abdullah maka jin tidak berani usik. Wan Abdullah mana satu tak jelas. Kampung Pondok lalang juga dikaitkan dengannya kerana membina sebuah pondok yang beratapkan lalang. Sebab itu kampung tersebut dikenali sebagai kampung pondok lalang.
Abdullah bin Ibrahim (Butir/Putih?) bin (Karim bin Datu ?) mempunyai 2 orang anak di Terengganu iaitu Mamat dan Minah (Halimah?. Abdullah seorang yang mahir bersilat kerana kemahirannya beliau telah dikahwinkan dengan anak tok gurunya semasa di Perak. Beliau mempunyai beberapa peralatan yang seperti tombak dan keris. Mamat berkahwin dengan Setawa (Siti Hawa?) dan mendapat tiga orang anak iaitu Yaaqub, Hawa dan Chik. Yaaqub berkahwin tiga tetapi hanya mempunyai dua orang anak iaitu Yusof dan Omar (Padang Rengas Perak)dari 2 orang isterinya. Beliau membawa diri ke Siam dan mati di Kuala Reba pada tahun 1946. Hawa berkahwin dengan Ngah dan mendapat 6 orang anak iaitu Muda, Embong, Jusoh, Ali, Abdul Rahman dan Putih. Manakala Chik mempunyai seorang anak bernama Mat Tahir. Minah berkahwin dengan Abdullah bin Husin (Kubang Buyung) dan memperolehi tiga orang anak iaitu Mat Amin , Jusoh dan Musa. Hanya Mat Amin dan Jusoh mempunyai zuriat.

Sunday, September 5, 2010

Kampung Padang Air

Lokasi
Sebuah kampung yang unik kerana sebahagian besar sempadannya parit atau sungai. Sebelah baratnya ialah Parit Tok Jiring . Parit ini memisahkan Kampung Padang Air dengan Kampung Tok Jiring dan Kampung Tuan Mandak. Parit ini bersambung dengan Sungai Nerus iaitu cawangan Sungai Terengganu. Sungai Nerus atau Inderus menurut sebutan lama. Dihubungkan dengan Tok Jiring oleh beberapa buah jambatan yang utamanya jambatan jalanraya Kuala Terengganu ke Kota Bharu.
Sebelah Selatan sempadannya ialah Sungai Nerus di mana kampung yang berseberangan ialah Kampung Petai Bubus, Kampung Tanjung Sabtu. Sungai ini membentuk selukan menganjur ke sebelah barat laut. Sebelah baratnya sempadannya sebuah sungai mati yang dipanggil sungai Buta. Kampung berdekatan ialah Pemalu Gandeng dan Bukit Berangan. Kampung Padang Air dipisahkan dengan kampung Bukit Berangan oleh beberapa buah bukit seperti bukit Che Lah, bukit Aji Mat Saudagar. Sebelah utaranya adalah kawasan lembah yang dikenali sebagai baruh Tok Jiring.
Kampung Padang Air direntangi oleh jalanraya Kuala Terengganu Kota Bharu yang menganjur dari timur ke barat. Penempatan awal adalah adalah di tebing sungai Nerus yang di monopoli oleh keturunan dari istana seperti Long dan Nan.
Nama-Nama Tempat
Banyak nama telah ditinggalkan oleh generasi dahulu dalam memperkenalkan tempat yang mereka diami atau tempat kegiatan antaranya Padang Sungai, Alur Pak Leh, Alur Menerih,, Kubur Tanjung, Perlis, Gong Mak Wan,Duhu, Lubuk Aji, Lubuk Toman, Pengkalan Pasir, Bukit Machang, Padang Tok Serak, Sungai Buta, Jirat, Barang, Wakaf Sheikh Kadir, Bukit Nanas, Alur Sawa, Tanjung Rambai, Bukit Durian, Bukit Aji, Bukit Kapas, Bukit Kecil, Peradong, Padang Darat, Baruh dekat, alur dan lain-lain.
Keturunan Awal
Keturunan awal yang mendiami Kampung Padang Air antaranya keturunan Petani (Datu) seperti Abdullah bin Ibrahim dan Mahmud. Abdullah berasal dari Petai Bubus meninggalkan dua orang anak di sini kemudian berpindah ke Perak (Padang Rengas) berkahwin dengan anak Panglima Ismail serta meninggal di sana. Mahmud meninggalkan beberapa orang anak di sini dan berhijrah ke Perlis. Terdapat beberapa versi tentang kegagahan dan keberanian mereka berdua.
Keturunan Wan Abdullah (Tok Sheikh Duyung?). Beliau dikatakan berkahwin tiga di Hiliran, di sini dan di Bukit Wan. Di sini beliau mendapat seorang anak perempuan. Beliau sentiasa berulang alik antara Hiliran, Padang Air dan Bukit Wan. Beliau dikatakan meninggal dunia di Pulau Duyung.
Keturunan Sheikh Abdul Kadir (Bukit Bayas?). Kuburnya berada dekat dengan jalanraya Kuala Terengganu Kota Bharu. Tempat tersebut dikenali sebagai Wakaf Sheikh Kadir.
Keturunan Husin orang Kubang Buyung. Beliau dikatakan merajuk dari kampungnya dan berkahwin di sini. Beliau mempunyai ramai anak dan menyumbang sebahagian besar penduduk kampung ini.
Ketua Kampung
Antara ketua kampung ialah Ngah Perak, Jusoh bin Mahmud, Daud bin Haji Embong, Abdullah bin Jusoh dan terbaru Abu Bakar atau Alias bin Mohamad .
Kemudahan Yang Ada.
Sebuah masjid, tiga buah surau, sebuah balairaya, beberapa buah kedai runcit, kedai makan sepanjang jalan Kuala Terengganu Kota Bharu, sebuah sekolah rendah iaitu Sekolah Kebangsaan Padang Air, Klinik Bidan, Shell Tepoh , Kilang Bata dan terbaru cawangan Pasaraya Sakan.
Kawasan Baruh berdekatan yang telah ditambun sedang dimajukan dengan lot perniagaan dan kawasan perumahan. Ianya akan membentuk penempatan baru dikenali sedagai Taman Desa Soleha selain yang telah diduduki seperti Taman Bukit Durian, Taman KoGuru.

Sunday, August 29, 2010

Faktor yang mempengaruhi seorang anak (dari buku Manusia Malaikat oleh Madhahiri)

Pertama- sumber makanan sama ada dari sumber yang halal atau haram atau syubhat. Manakala makanan yang bergizi akan membentuk anak menjadi seorang yang sihat.
Dua- Lingkungan masyarakat juga mempengaruhi pembentukan seorang anak sama ada masyarakat tersebut baik atau buruk.
Tiga-Keturunan yang mewarisi sifat jasmani dan rohani daripada kedua ibubapa. Sifat-sifat yang buruk seperti dendam, pemarah atau sombong.
Empat –Pendidikan dalam keluarga akan mempengaruhi pertuturan sama ada kasar atau lemah lembut. Gaya juga adab atau akhlak.
Lima – Pendidikan kerohanian yang berpusatkan kepada guru yang mutadayyin. Contohnya Umar Abdul Aziz walaupun lahir dari golongan Umaiyah tetapi berubah menjadi alim dan baik lebih daripada keluarga dan keturunannya berpunca dari didikan seorang guru yang mutadayyin.
Begitu juga dengan Muawiyah bin Yazid (Muawiyah 2). Walaupun bapanya (Yazid bin Muawiyah) terkenal mempunyai rekod yang buruk tetapi kerana didikan kerohanian daripada seorang guru beliau rela meletak jawatan dari menjadi khalifah dan memencilkan diri dari pemerintahan bani Umaiyah yang zalim dan menindas itu.
Surah 5:32 – sesiapa yang menghidupkannya(jiwa) seolah-olah ia menghidupkan manusia semuanya dan hadis Nabi sawa , Wahai Ali sesungguhnya sekiranya seorang diberi hidayat oleh Allah melalui engkau maka ia adalah lebih baik dari dunia dan segala isinya.

Sistem Pembahagian Menurut Umar al-Khattab

Diadakan pada bulan Muharram tahun 20 Hijrah.
Dimulakan dengan catatan nama-nama Bani Hashim diikuti orang yang lebih hampir kepada Rasulullah.
Nama-nama golongan Ansar dimulakan dengan keluarga Saad bin Muaz al-Asyhali dari suku Aus kepada yang lebih hampir kepada Saad.
Perajurit Perang Badar termasuk Muhajirin dan Ansar mendapat 5000 dirham setahun. Muhajirin Habsyah dan Perajurit Perang Uhud mendapat 4000 dirham. 2000 dirham untuk anak pejuang Badar kecuali al-Hasan dan al-Husain yang mendapat 5000 dirham. Al-Abbas bin Abdul Mutallib mendapat 5000 dirham kerana hubungan kerabat dengan Rasulullah. Ummu al-Mukminin mendapat 12 000 dirham dan setengahnya mendapat 7000 dirham. Mereka yang berhijrah sebelum pembukaan kota Mekah (al-Futuh) mendapat 2000 dirham.
Usamah bin Zaid mendapat 4000 dirham. Mereka yang datang ke Madinah diberikan 25 dinar tiap-tiap seorang. Penduduk Yaman dan suku Qais di Syam dan Iraq tiap-tiap seorang diberikan 200 hingga 300 dirham. Safiyyah binti Abdul Mutallib diberikan 6000 dirham. Asma’ binti Umais mendapat 1000 dirham, Ummi Kalthum bin Uqbah diberi 1000 dirham begitu juga Um Abdullah bin Mas’ud 1000 dirham.
Pendapatan Zaman Umar al-Khattab
Kharaj dari tanah Sawad Iraq seluas 36juta jarib (1 jarib bersamaan 3.5 ekar) Kharajnya antara 7 hingga 10 dirham setiap jarib. Pendapatan yang diperolehi antara 18 juta dirham hingga 120 juta dirham.
Pendapatan dari Mesir jizyah atau kharaj antara 12 juta dinar hingga 14 juta dinar. Manakala hasil dari Bahrain yang dibawa oleh Abu Hurairah sahaja mencecah 500 000 dirham.

Tuesday, August 17, 2010

Ilmu dan Islam

Ilmu
Tuntutlah ilmu kerana yang menuntutnya bermakna berada di jalan Allah dan melaksanakan suatu amalan yang saleh.
Yang membicarakannya bermakna memuji Allah. Yang mencarinya bermakna mencintai Allah. Yang mengajarkannya bermakna memberikan sedekah. Yang menanamkannya kepada sasaran yang tepat bermakna berlaku setia kepada Allah.
Ilmu menjadikan pemiliknya dapat membezakan apa yang dilarang dan apa yang tidak. Ilmu adalah sinar ke syurga, teman di padang pasir, sahabat di kesunyian, kawan ketika keseorangan.
Ilmu membimbing kita menuju kebahagiaan, menahan kita dari kesengsaraan. Ilmu adalah perhiasan kita bersama-sama teman. Ilmu adalah baju besi terhadap musuh.
Dengan ilmu makhluk Allah muncul ke puncak kebajikan dan kepada kedudukan yang mulia, menghubungkan kita kepada yang paling berkuasa di dunia ini dan membantu kita mencapai kesempurnaan dan kebahagiaan seterusnya. Maksud hadith Nabi Sawa.

Islam
Sudahkah anda sedari sepenuhnya apa sesungguhnya Islam itu. Islam adalah agama yang berdasarkan kebenaran. Islam adalah sumber dari mana mengalir sungai-sungai hikmat dan pengetahuan.Islam laksana lampu yang menyalakan lampu-lampu. Islam adalah mercutanda yang sangat tinggi yang cahayanya memancar menerangi jalan ilahi. Islam adalah himpunan prinsip dan keyakinan yang dapat memuaskan setiap pencari kebenaran.
Hendaklah anda ketahui bahawa Allah telah menciptakan Islam sebagai jalan yang paling mulia untuk mencari keredaanNya yang tertinggi peribadatan dan ketaatan kepadaNya. Ia telah mengurniainya dengan ajaran yang mulia, prinsip-prinsip suci, hujah yang tiada keraguan, keunggulan yang tak terbanding serta kebijaksanaan yang tidak tertolak.
Terserahlah kepada anda untuk memelihara kebesaran dan kemuliaan yang dianugerahkan Allah kepadanya, mengikutinya dengan tulus, berlaku ikhlas terhadap rukun-rukun Imannya, mentaati sungguh-sungguh ajaran dan perintahnyadan memberikan tempat yang semestinya dalam kehidupan anda. Sedutan ucapan Imam Ali a.s.

Monday, August 16, 2010

Kleper Pitih

Kleper Pitih
Tabiat menyimpan duit dalam kleper pitih telah menjadi amalan sejak lama lagi. Masyarakat dahulu telah terbiasa menyimpan duit di dalamnya. Mereka bukan setakat menyimpan seringgit dua kadang-kadang mencecah ratusan malah ada yang mencecah ribuan. Contohnya orang yang menjual lembu kerbau yang mencecah ribuan harganya.
Tempat kleper pitih juga unik dan istimewa. Ada yang meletaknya di dalam kilasan kain pelikat, dalam poket baju atau seluar, di tangan sahaja dan bagi wanita ada yang meletakkannya di celah bra yang dipakai. Bagi yang meletakkannya di dalam kilasan boleh dilihat besarnya kilasan tersebut. Semakin besar kilasan tersebut semakin teballah pitih di dalamnya.
Kadang-kadang pitih yang diambil dari kleper pitih bersusun dengan baik tetapi telah ditambah dengan aroma peluh si pemiliknya. Ini menunjukkan lamanya pitih tersebut berada dalam kilasan tuannya. Lebih-lebih lagi kalau si pemiliknya terlibat dengan penjagaan dan penjualan lembu. Itu kalau lembu tapi kalau tahi getah mestilah lebih hebat lagi aromanya.
Bagaimanapun sekarang masyarakat telah terbiasa dengan beg duit, atau wallet ataupun purse. Mereka tidak lagi menyukai membawa kleper pitih. Amalan membawanya telah hilang ditelan zaman. Zaman sekarang mereka tidak lagi mengenalinya. Ianya telah hilang dalam arus pemodenan.
Kajian lanjut perlu dilakukan supaya amalan yang bernilai ini tidak pupus begitu sahaja. Kesan pembawakan kleper pitih perlu dipanjangkan supaya ianya berterusan. Amalan yang telah berada dalam masyarakat mesti dipulihkan supaya ia tidak hilang ditelan zaman. Setidak-tidaknya barangan yang berharga itu ditunjukkan supaya masyakat hari ini mengenalinya.
Siapakah yang akan melakukannya. Tidakkah membawa kleper pitih sekarang suatu perbuatan yang dianggap kuno. Ketinggalan zaman atau out of date. Siapa yang hendak meletak di dalam kilas sedangkan sekarang sudah jarang yang memakai kain pelekat. Siapa lagi yang hendak meletak di celah bra ...tapi terpaksa mengambilnya ketika diperlukan.
Semestinya kita tertanya-tanya apa dia kleper pitih. Kenapa perlu diulang sedangkan ia merujuk kepada perkara yang sama. Kleper dalam masyarakat Terengganu ia sesuatu yang digunakan untuk menyimpan benda-benda kecil seperti daun rokok, tembakau, sirih, pinang, batuan permata atau ubatan dan juga untuk menyimpan duit atau pitih. Sebab itu dalam blog ini dikhususkan dengan kleper pitih.

Saturday, July 24, 2010

Viral Marketing

Perniagaan semakin berkembang pesat. Setiap hari sentiasa berlaku pertambahan perniagaan lebih-lebih lagi perniagaan secara on-line. Salah satu konsep perniagaan yang telah direbrandkan ialah viral marketing Asalnya cuma dalam perniagaan biasa yang dikembangkan secara mulut ke mulut tetapi diberi nafas baru iaitu dikembangkan secara on line melalui pautan kepada permulaan. Cara ini telah digunakan oleh Hotmail pada awalnya.
Viral marketing boleh berkembang apabila anda memberikan sesuatu secara percuma (free) bagaimanapun apa yang diberi itu mempunyai link kepada anda. Apabila pihak yang diberikan menggunakannya sepintas lalu link anda akan kelihatan dan ada kemungkinan ianya diklik oleh pengguna tersebut. Seterusnya apabila pengguna pertama memberikan kepada kedua berlakulah seperti yang pertama tadi. bayangkan sekiranya sepuluh, seratus dan seterusnya. Semuanya akan berkembang secara pesat. Bolehlah dikatakan kembali kepada asal dan apabila ini berlaku perniagaan tersebut akan terus berkembang.
Konsep ini telah diutarakan oleh Dr Ralph F Wilson pada awal 2000. Enam bulan kemudian beliau telah dikejutkan dengan panggilan telefon yang memanggilnya King of Viral Marketing. Pendapat beliau boleh diikuti pada laman web E-Mail Marketing and Online Marketing . Dalam laman webnya dipaparkan kelebihan viral marketing beserta dengan cara-cara yang beliau gunakan. Sesiapa yang berminat bolehlah melayari laman webnya dan mengambil artikelnya secara percuma.
Laman web di Malaysia yang membuat catatan tentang Viral Marketing salahsatunya yang dihostkan oleh Aboain. Beliau mengatakan bahawa konsep Viral Marketing adalah salah satu teknik yang murah dan berkesan. Teknik ini menyebabkan kita mendapat visitor yang ramai tetapi tidak dikenali kerana berlakunya sebaran maklumat secara tersusun. Bermula dari visitor yang ramai kemungkinan ianya akan menjadi pelanggan anda.

Monday, July 19, 2010

Perpaduan Melayu

Kebelakangan ini semua media menumpukan kepada satu isu. Isu yang lapuk tetapi kembali dihangatkan. Isu yang telah basi tapi dipanaskan kembali. Isu yang telah lama dilupakan tetapi dicanang-canang.Isu yang hambar ditambah perisa.
Perpaduan Melayu - bersatulah bangsa Melayu jika tidak kuasa kamu akan lupus. Berpadulah demi ketuanan bangsa Melayu , berdamailah demi keutuhan kuasamu.... dan sebagainya.Semuanya diseru sehinggakan mufti juga ikut sama mengacau nasi basi. Mufti sepatutnya bercakap tentang agama tetapi terlajak dalam bangsa.Biarlah Hang Tuah yang bercakap tentang bangsa mufti cakaplah tentang agama.
Sebelum itu ada baiknya diajukan soalan-soalan basi ini supaya dikhatam semula oleh mufti tersebut. Pihak manakah yang membuang mufti Selangor? Pihak manakah yang menyekat royalti minyak dan gas ke Terengganu dulu dan kini? Pihak manakah yang menyekat royalti minyak ke Kelantan sekarang. Pihak manakah yang menangkap tahanan ISA terutama anak Tok Guru Nik Aziz sendiri? Pihak manakah yang menghalalkan judi, arak dan segala bentuk maksiat? Pihak manakah yang mencanangkan bahawa PAS adalah Parti Ajaran Sesat. Pihak manakah yang telah membunuh orang-orang di Memali? Pihak manakah yang merobohkan masjid dan surau . Pihak manakah yang melarang Kelantan melaksanakan hukum hudud? Pihak manakah yang mengatakan kalau dipotong tangan pencuri nescaya ramailah orang Islam yang kudung tangannya? dan seterusnya soalan-soalan yang telah termuat dalam bank soalan.
Apakah mufti tersebut telah lupa atau buat-buat lupa ? Kes burung murai...Atau mufti tersebut tiada apa-apa nak buat sekadar membaca diari lama... peninggalan Hang Tuah? Lalu diajaklah Melayu bersatu untuk apa? Nak jadi mufti hingga ma...Kata Tun Mahathir dulu Melayu mudah lupa. Lupa ke rupa... Kalau l dan r bertukar jadi apa ye? Atau Hang Tuah jadi Hang Buah...Hentam ajelah. Blog ni untuk bahasa tengganu jadi blog politik pulak. Mulaa ah.

Thursday, July 1, 2010

kleperpitih

Seorang rakan sekerja bertukar bidang pada 1 Julai 2010. Hari terakhirnya pada Rabu 30 Jun sepatutnya menjadi hari yang baik walaupun tidak yang terbaik. Malangnya pengakhirannya meninggalkan kesan yang tidak baik. Saya melihatnya sebagai seorang yang boleh diharapkan. Boleh diberi tanggungjawab tetapi sebaliknya. Dialah antara orang yang masih mengetahui tentang kleperpitih. Dialah yang masih mengenal kleperpitih. Antara ramai-ramai rakan sekerja dialah yang orang yang boleh dilawan bercakap, berbicara serta mendengar antara satu sama lain. Malangnya dialah orang yang dituduh mengambil sesuatu dalam kleperpitih.
Cukup perit mengetahui perbuatannya. Ingatkan apabila dipercayai ia menjadi lebih baik tapi rupanya ia kencing atas periuk yang di dalamnya berisi nasi yang dimakannya. Di situ ia makan tapi di situ juga ia kencing. Ia telah mengkhianati dirinya sendiri.
Saya masih berfikir tentangnya. Kenapa ia melakukannya. Kenapa kleperpitih yang bukan kepunyaannya dibuka dan diambil apa yang ada di dalamnya. Adakah ia betul-betul terdesak atau ada sebab lain? Sekiranya ia betul-betul terdesak seharusnya ia ingat masih ramai lagi yang kekurangan lebih daripadanya. Masih ramai yang memerlukan pitih lebih daripadanya. Ia tiada tanggungan kecuali pembayaran kereta. Atau ia mengambil sesuatu yang menyebabkannya bertindak begitu?
Betulkah ia begitu terdesak? Ada juga ia memberitahu meminjam daripada adik beradik untuk melunaskan pembayaran kereta. Betul ke? Ia juga telah menjual sebuah tempat mengajar dengan harga RM300. Kemudian minta lagi RM50. Semuanya mengelirukan. Ia bertindak tanpa memikirkan akibatnya.
Ia juga menjual apa yang ada dalam kleperpitih yang diselongkarnya kepada orang yang ada hubungan . Pembeli mengenal dirinya lalu memberi kepada orang kedua. Tapi orang kedua adalah orang yang memberi hadiah kepada pemilik kleperpitih. Terbongkarlah rahsia kecerdikannya. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Semoga ia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya. Kerjalah dengan baik di tempat baru jangan ulangi perbuatan lalu. Insaflah , Allah masih sayangkan kita.

Friday, June 25, 2010

Kemut

Bermacam cara ditunjukkan oleh otai-otai untuk saya malangnya tak menjadi sebab dalam BI. Saya manalah faham BI sikit-sikit bolehlah. Bukan macam Salma Hayek yang menjadi muka depan dalam Yahoo. Salma Hayek seorang diva. Peminatnya berjuta sebab itu namanya berada dipaparan depan. Sekali search Salma Hayek terus terkedepan.

Sakni saya baru menjalani proses survey on line Global Test Market. Nak tahu pasarannya kat Malaysia. Jawab je apa yang dia soal berkembur air liur tapi banyak sangat timbul malas pulak sebab Globat Test Market sebut pasal tukar skrin. Memanglah saya suka tukar paparan. Sekali tengok Yahoo , lepas tu Harakah Daily Net , lepas tu Google bukan boleh duduk setempat nak tengok keupayaan Maxis Broadband jugak. Global Test Market beri 5 markah. Oklah tu pada tak beri langsung.

Terbaru Salma Hayek jatuh nombor dua. Tempat keempat Bin Laden Hunter filem terbaru dari Bollywood. Cerita kisah wartawan yang mencari Usama bin Laden tapi tak jumpa saja nak buat cerita. Tempat pertama sekarang ialah Ray's Hell Burger mungkin berasap burger ni sampai ada hell. Kemudian Willie Nelson sapa ni ntah sapa tahu.

Tapi tajuk saya hari ini ialah kemut. Apadia kemut. Ada beberapa tafsiran berhubung dengan kemut kalau ayam nak bertelur ada jugak kemut. Kalau orang tak nak bagi sesuatu yang dia ada juga disebut kemut. Kalau nak buang air pun kena kemut. Nama orang pun ada seperti Tun Kemut.

Thursday, June 17, 2010

Kleperlah


17 Jun 2010 Khamis. Hari ini salah seorang orang lama meninggal. Beberapa bulan dulu ia pernah menjadi rakan sekerja. Walaupun sudah berumur tetapi ia masih kuat. Cumanya ia tak bawak kleper bawa basikal je. Dok go hik basikal ke mana-mana. Nak bawak kleper macam mana sebab ia tak isap rokok sama ada rokok sigret atau rokok daun. Kalau isap rokok daun adalah bawak kleper. Tu yang bagus tentangnya tak isap rokok.
Kleper hari ini muka surat 12. Beralih jauh betullah. Ada ke patut ia letak muka surat 12. Ada sekali tu muka 8 tapi lepas tu malas nak buat follow up. Tengok lepas ni gi dak muka depan. Kalau gi muka depan kleper mesti tension orang lain. Semasa menaip kak Cik dok baca. Ni nak masuk gambar dia . Malangnya modem bermasalah lecehlah pakai broadband ni. Ada ke patut 0.00 kbps. Jalur lebar penda gini.

Sunday, May 30, 2010

Kleper

Kleper hari ini (Ahad, 30/05) beralih ke muka surat 9. Kleper mesti diaktifkan supaya masuk muka depan. Bila agaknya kleper akan beralih ke muka depan. Tapi kalau kleper dok muka depan nanti kena songlap. Dah lah ada se tu je kleper kena kebas pulak nak letak dalam penda lagi. Kleper lagi lah. Biarlah hilang pun nak jugak kleper.
Mu nak letak kat mana kleper tok. Dok ilang kleper ada tepi bakul tu.

Friday, May 28, 2010

Cerrok

Cerrok seerti dengan tepi jauh. Biasanya disebut cerrok dinding. Nampak botol air duk cerrok dinding je. Ada gak sebut cerrok dapur, cerrok penda ah dak ingat dah.
Adik , ambik gok botol air cerrok dinding tu... Rok dok? Ke dok rok... Jangan dok rok cettong dah lah.

Cerrok


Tak nera tidur

Anak sulung diajak mak sedaranya ke KL hari ni (28/05/2010 Jumaat). Kebiasaannya payah bangun pagi. Kena angkat letak kat bilik air lepas 3 4 kali nangis barulah selesai. Tapi pagi tadi pukul 03:24 pagi dah gerak nak mandi. Bangunlah kita lepas tengok jam . La baru kul tiga tidur lah lagi. Subuh bila bangun ketuk biliknya okje bangun mandi.
Tak nera tidur sebab teruja na gi KL. Lening dalam perjalanan ke KL mungkin dah sape kot (04:00 ptg)
Semoga mereka semua selamat sampai dan selamat pulang.

Thursday, May 27, 2010

Celeng2

Semasa membuat carian celeng tersentak saya. Siap dengan gambar rupanya bahasa Indonesia celeng ialah babi hutan. Alamak kena samaklah kalau celengan barulah tabung. Huf nasib baik di Terengganu kalau di Jawa atau Sumatera kena samaklah jawabnya.

Kleper lagi

Semasa membuat carian hari ini di Google dibawah katakunci kleper didapati blog ini berada di mukasurat 10. Satu perkembangan yang baik. Dari 215,000 kleper yang dibelek oleh Google masuklah mukasurat 10.
Muka satu kleper report, klephacks software, kleper (kleper) on twitter dan nama orang.
Kleper di sini boleh jadi wallet dalam orang putih. Bahasa Terengganunya kleper.

Jangan ambil hati ya sebab memang saya nak ulang juga. Kleper ...... kleper..... tapi kosong je.
Dah pecah celeng nak buat macam mana.

Catatan lama1

Semasa duduk di asrama banyaklah UFO yang melanda bilik. Ada yang terbang, ada yang merayap dan ada yang mengeluarkan aroma. Kemudian seorang kawan yang berasal dari Besut menyebutnya sebagai ibu. Banyaknya ibu.... kawan yang berasal dari Pahang menyampuk, bukan ibu ulatlah... kemudian mereka bertanya apa itu pada orang Terengganu.... bukan belake orang teganung kata benda terbang.

Ungkapan Terengganu1

Nebeng membawa dua maksud satunya berdiri menghalangi orang lain. (Nyenyeh biasa orang tu) dan keduanya keterlaluan atau bersungguh-sungguh.
Setabut, setahma,setarang penambahan untuk menyokong ayat supaya lebih kemah atau kejap. Setabut berasal dari sepatah abuk. Setahma berasal dari sepatah hama. Setarang berasal dari sepatah arang.

Nyenyeh .......

Sakan.......

Skodeng ..... pelawaklah.

Pecah celeng1

Berkaitan dengan kleper, satu lagi yang boleh dimasukkan ialah celeng. Celeng lebih khusus untuk menyimpan duit. Ada yang dibuat dari buluh, dalam lubang tiang, bekas bedak dan sebagainya. Pecah celeng bermaksud seseorang yang terpaksa mengambil duitnya yang disimpan dalam celeng tersebut dalam keadaan yang agak terdesak. Biasanya kalau tidak terdesak penyimpan tidak akan menggunakan istilah pecah celeng.
Kelmarin saya dah pecah celeng sebab nak bagi duit sekolah pada anak-anak. Sekurang-kurangnya RM3.00 sehari. Ambil duit samas samas dapatlah sepuluh RM.
Hari ni gi keja bos senyap je. Balik sms tanya. Iapun serupa tapi masih ada RM40.00 saya.......

Friday, May 21, 2010

Semasa buat carian kleper, dalam google ada nama orang , lepas tu bahasa indonesia tapi maksud saya kleper sini untuk bahasa Terengganu tulin. Orang tua dulu memang sohor dengan kleper. Wat pe google beri penda lain. Dak faham ke kleper terengganu. Kleperlah. Wat pe dak tahu tu. SE nak kena ni...

Kleper

Assalamualaikum wrt. wbrt.
Teringat semasa kecik orang tua dok sebut kleper. Ambik gok kleper tu. Mari sini kleper. Napa kleper? Rujuk dalam wikipedia ada dok. Saya dak tahu lagi sebab baru stat ari ni. Acu cuba try test
buat blog. Jadi tidak ni. Jadi sebutlah dulu. Kleper... kleper... nak pitih ambik kleper. Nak isap rokok daun ambik kleper. Kleper... Wassalam.

Kleper

Assalamualaikum wrt. wbrt.
Teringat semasa kecik