Saturday, June 1, 2019

Wasiat Ramadhan

Ada tiga perkara yang ingin ditulis mengenai Ramadhan

Pertama : Banyakkan solat di bulan ini sehingga melebihi 1000 rakaat. Solat tersebut ialah solat sunat selain sunat rawatib. Caranya selepas maghrib buatlah sehingga 20 rakaat tidak termasuk 4 rakaat sunat lepas maghrib. Kemudian selepas isya buatlah lagi 20 atau 30 rakaat. Sekiranya dilakukan secara berterusan maka sebulan kita dapat 1200 rakaat.

Kedua : Menggandakan solat pada malam 19 , 21 dan 23 sehingga mencapai 100 rakaat, Malam ini antara malam-malam ganjil serta sering dikaitkan dengan lailatul qadr. Kalau malam-malam lain kita buat 50 rakaat, malam-malam ini kita tambah lagi bilangan rakaatnya.

Ketiga: Melewatkan berbuka  dengan mengerjakan solat maghrib terlebih dahulu. Yang utama adalah solat bukannya makan minum. Kalau tidak, cukup berbuka dengan 3 biji kurma dan terus kepada solat maghrib serta solat-solat sunat tadi.

Semoga bermanfaat kepada yang sudi.

Wednesday, March 7, 2018

Wan Abdullah bin Wan Muhammad Amin – Tok Syeikh Duyung



Versi Wan Dollah
Kisah Wan Abdullah (Wan Dollah) diceritakan oleh golongan terdahulu antaranya ibu saya Semek binti Mat Amin, Ramlah bin Abd Rahman, Mek binti Mat, Siah binti Mat Amin, Abdullah bin Mohd dan lain-lain. Wan Dollah adalah seorang peneroka serta perintis kampung dan cerang. Kawasan Kuala Nerus begitu mengenalinya. Antaranya Kampung Bukit Wan, Kampung Pondok Lalang, Kampung Padang Air dan lain-lainnya.
Sekiranya kita baru memasuki sesuatu kawasan, maka dipesan supaya memberitahu kita adalah anak cucu Wan Dollah. Mengikut apa yang diceritakan Wan Dollah berkahwin tiga, seorang di Hiliran, kedua di Padang Air dan ketiga di Bukit Wan. Dalam perjalanan menemui isteri-isterinya Wan Dollah akan bermula di Hiliran, kemudian singgah di Padang Air dan seterusnya Bukit Wan. Dalam perjalanan balik ia akan singggah sekali lagi di Padang Air sebelum ke Hiliran. Begitulah rutin perjalanannya.
Bermula dari Padang Air Wan Dollah berjalan ke Bukit Wan ia merasa penat lalu mendirikan sebuah pondok beratapkan lalang di sebuah tempat. Tempat ini dikenali sebagai Kampung Pondok Lalang. Kemudian beliau meneruskan perjalanan ke kampung yang dikenali dengan namanya iaitu Kampung Bukit Wan. Kawasan bukit ini telah diteroka oleh Wan Dollah lalu dinamakan  Kampung Bukit Wan Dollah.
Isterinya di Padang Air mempunyai seorang anak perempuan. Wan Dollah dikatakan telah meninggal dunia di Pulau Duyung. Versi yang diceritakan kerana ditikam oleh kawannya ketika sedang bersembahyang. Bagaimanapun setelah dilihat kepada sejarah Pulau Duyung kisah pertikaman itu bukanlah Wan Dollah tetapi dua orang pedagang Bugis yang menetap di situ.
Kelahiran dan Susurgalur keturunan
Nama sebenar Tok Syeikh Duyung  ialah  Wan Abdullah bin Wan Muhammad Amin bin Wan Yaqub al-Fathani. Lahir di Cabang Tiga, Patani, tahun 1216 H/1802 M, Allahyarham wafat pada hari Khamis, pukul 4.00 petang, 12 Jamadilakhir 1306 H/24 Februari 1889 M.
Nama ayahnya ialah  Wan Muhammad Amin al-Fathani yang digelar dengan Tok Syeikh Qadhi al-Fathani. Beliau pula ialah anak Wan Yaqub al-Fathani. Hanya sampai kepada Wan Yaqub saja nasab dari sebelah ayahnya dapat dikesan. Ibu Tok Syeikh Qadhi (Syeikh Wan Muhammad Amin) bernama Wan Salamah binti Tok Wan Deraud bin Cik Wan Derahim yang kahwin dengan Tok Wan Nik. Ibu Tok Wan Nik ini bernama Wan Dewi binti Tok Kaya Rakna Diraja bin Syeikh Faqih Ali al-Malabari.
Ibu Tok Syeikh Duyung (Syeikh Wan Abdullah) bernama Wan Aminah binti Tok Wan Drahmad bin Tok Wan Derahman bin Tok Kaya Pandak. Tok Kaya Pandak ini nama sebenarnya ialah Wan Ismail bin Nakhoda Wan Kang daripada perkahwinan dengan puteri Laksamana Johor.
Nakhoda Wan Kang yang dimaksudkan di sini adalah nama gelar pada Syeikh Faqih Ali al-Malabari. Ada riwayat menyebut bahawa beliau ini adalah seorang Arab keturunan Nabi Muhammad s.a.w. yang berhijrah ke Malabar (India) dan selanjutnya berhijrah ke dunia Melayu
Pendidikan
Pada peringkat awal pendidikannya, Tok Syeikh Duyung menimba ilmu dari ayahnya (Tok Syeikh Qadi al-Fathani ) yang sezaman dengan ulama-ulama masyhur yang lain seperti Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani, Syeikh Wan Mustafa bin Muhammad al-Fathani (Tok Bendang Daya I) dan Syeikh Wan Abdul Qadir bin Abdur Rahim al-Fathani. Pada masa yang sama Wan Abdullah bin Wan Muhammad Amin bersahabat dengan Saiyid Muhammad Zainal Abidin (Tukku Tuan Besar) dan selanjutnya belajar dengan Syeikh Wan Abdul Qadir bin Abdur Rahim al-Fathani yang pada ketika itu tinggal di Bukit Bayas.
Pelajarannya dilanjutkan di Mekah kepada Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani. Dalam masa yang sama sekurang-kurangnya ada tiga orang yang berasal dari Terengganu yang belajar dengan Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani yang sangat terkenal itu.
Ketiga-tiga mereka kemudian menjadi ulama besar yang terkenal. Mereka ialah Wan Abdullah bin Wan Muhammad Amin, Saiyid Muhammad Zainal Abidin dan Syeikh Mahmud bin Muhammad Yusuf bin Abdul Qadir Terengganu.
Aktiviti Pengajaran
Setelah pulang dari Mekah pada tahun 1263 H/1846 M, ketika berusia 44 tahun Wan Abdullah bin Wan Muhammad Amin mengambil tempat kedudukan dan pusat aktivitinya di Pulau Duyung Kecil Terengganu. Selain mengajar di Pulau Duyung Kecil, beliau juga mengajar di beberapa tempat di antaranya Paloh, Losong dan Bukit Bayas.
Wan Abdullah bin Wan Muhammad Amin (Tok Syeikh Duyung) seperti ulama-ulama Patani lain tetap mengajar dua jenis kitab, iaitu yang berbahasa Melayu dan berbahasa Arab. Kitab-kitab bahasa Melayu yang diajarkan diutamakan karangan gurunya, Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani. Kitab-kitab bahasa Arab yang diajarkan adalah karangan ulama-ulama yang terkenal dalam pelbagai disiplin ilmu. Yang paling diutamakan dalam tasawuf ialah Ihya Ulumid Din oleh Imam al-Ghazali. Beliau menterjemah Minhaj atTalibin oleh Imam anNawawi dan alUmm oleh Imam ashShafei, dari bahasa Arab ke bahasa Melayu
Murid-Murid
Murid Tok Syeikh Duyung sangat ramai, termasuk yang datang dari luar Terengganu. Ada yang datang dari Patani, seluruh Semenanjung Tanah Melayu, Sumatera, Jawa, Brunei, Kalimantan dan lain-lain.
Di antara murid Tok Syeikh Duyung yang menjadi ulama besar lagi terkenal ialah Syeikh Abdur Rahman Gudang al-Fathani, Tukku Paloh dan Haji Wan Muhammad (anak beliau sendiri) yang pernah menjadi Mufti Terengganu setelah Tok Syeikh Duyung wafat. Di kalangan Sultan Terengganu yang pernah menjadi murid Tok Syeikh Duyung ialah Sultan Omar dan Sultan Zainal Abidin III. Antara muridnya yang lain  Haji Omar Duyung Besar, Haji Abdul Hamid Nerus, Tuan Baru Petal Bubus, Haji Musa Alim dan Che Man Gudang. Baginda Omar dan Sultan Zainal Abidin III sendiri pergi ke Duyung mempelajari ilmu agama kepada beliau dan bukan beliau dipanggil ke istana mengajar baginda. Ini ialah kerana sudah menjadi suatu perkara biasa bahawa adalah kewajipan murid mendapatkan guru dan bukan guru mencari murid.
Menjawat Mufti
Pada waktu yang sama gurunya Tok Syeikh Kadir Bukit Bayas menjadi mufti. Beliau adalah mufti pertama negeri Terengganu.Salah satu kuburnya terdapat di Padang Air yang terkenal dengan Wakaf Syeikh Kadir. Setelah gurunya itu wafat, Tok Syeikh Duyung dilantik menjadi Mufti Terengganu mulai tahun 1269 H/1853 M hingga beliau wafat pada tahun 1306 H/1889 M. Khidmatnya sebagai mufti selama 36 tahun. Mengikut penulis Wan Mohd Saghir Abdullah Tok Syeikh Kadir meninggal pada tahun 1864, bermakna sebelum kematian gurunya Tok Syeikh Duyung telah dilantik sebagai mufti Terengganu.
Sepanjang hidupnya, Tok Syeikh Duyung sempat menjadi Mufti kepada tiga orang Sultan iaitu  Sultan Omar, Sultan Ahmad Syah II dan Sultan Zainal Abidin III bahkan turut menjadi guru agama kepada ketiga-tiga sultan tersebut. Semasa menjadi Mufti, khidmatnya sebagai penasihat agama kepada Sultan sangat terserlah. Wan Abdullah telah menulis kitab yang bernama Nasihat untuk Raja-raja. Selain itu, pengaruhnya dalam bidang pentadbiran negeri Terengganu juga besar.
Dalam hal mengeluarkan sesuatu hukum atau fatwa Tok Syeikh Duyung sentiasa berpandukan aI-Quran dan Hadis di samping merujuk kepada kitab-kitab agama yang masyhur. Ketokohan beliau juga telah menyebabkan negeri Terengganu menjadi sebutan di seluruh Nusantara pada masa itu dan Pulau Duyung digelar orang sebagai 'Lidah Negeri Terengganu
Diriwayatkan bahawa kisah kealimannya tersebar ke seluruh nusantara sehingga pernah ulama-ulama dari Indonesia bertanya mengenai hukum-hukum agama kepada beliau. Tokku Paloh, ulama besar yang merupakan anak kepada Tokku Tuan Besar adalah merupakan murid yang disayangi oleh Tok Syeikh Duyung.
Beliau sentiasa mendapatkan gurunya tentang sesuatu masalah khususnya yang berkaitan dengan Perundangan Islam. Sultan Zainal Abidin III telah mengurniakan gelaran "Syeikhul Ulama" yang bermaksud Ketua bagi orang-orang yang berilmu manakala gelaran"Syeikhul Islam" yang bermaksud Ketua bagi orang-orang Islam dikurniakan kepada anak muridnya iaitu Tokku Paloh
Ulama dan Umara
Sultan Omar telah melantik Syeikh Wan Muhammad Amin al-Fathani (Tok Syeikh Qadhi) menjadi seorang pembesar negeri sementara  anaknya  Wan Abdullah (Tok Syeikh Duyung) telah dilantik menjadi kadi, sekali gus menjadi penasihat kepada Baginda Sultan Omar.
Tok Syeikh Duyung adalah ulama yang berwibawa tidak memisahkan diri dari pemerintah. Sentiasa memberi nasihat kepada pemerintah (sultan). Oleh itu sewaktu pertabalan Sultan Zainal Abidin III menjadi Sultan Terengganu pada 18 Disember 1881, Tok Syeikh Duyung telah melakukan sembahyang hajat dengan doa yang bersungguh-sungguh untuk keselamatan Sultan Zainal Abidin III, semua rakyat dan kerajaan yang di bawah pemerintahan baginda.
Sesuatu pemerintahan Islam akan selamat apabila penguasa tertingginya dapat bekerjasama dengan ulama. Ulama yang membawa selamat dan berkat ialah ulama yang dapat memberi nasihat kepada pemerintah, berani berkata benar walaupun terhadap penguasa yang zalim.
Sesuatu pemerintahan Islam dan rakyat akan binasa apabila para ulamanya tidak berani memberi nasihat yang benar kepada pemerintah. Sesuatu pemerintahan Islam akan lebih binasa apabila pemerintahnya memusuhi ulama yang berani berkata benar seperti yang diperintahkan oleh Allah dan Rasul-Nya.
Penghijrahan Masyarakat Patani ke Pulau Duyung

Penghijrahan kumpulan Tok Sheikh Qadi dan Sheikh Abdul Kadir Bukit Bayas ke Pulau Duyong berlaku pada 1832 . Kedatangan mereka ini adalah disebabkan oleh faktor pergolakan politik di Patani. Tetapi sebelum itu Sheikh Daud Fatani juga pernah berundur dari medan perang di Patani ke Pulau Duyong, Oleh yang demikian, berkemungkinan bahawa Pulau Duyong sememangnya telah dijadikan asas tapak yang ditinggalkan oleh Sheikh Daud Fatani dan kemudiannya disusuli  pula oleh kelompok Tok Sheikh Qadi yang menghadapi masalah yang sama di tempat tersebut.
Pengalaman ini turut dialami oleh Syeikh Daud al-Fatani dan para pengikutnya yang terpaksa berundur dari medan jihad menentang pihak Siam. Beliau bersama pengikutnya telah berundur ke Pulau Duyong untuk menyusun strategi. Manakala kedatangan kelompok rombongan ahli keluarga Tuk Syeikh Qadi (bapa Tuk Syeikh Duyong) ke Pulau Duyong berlaku selepas daripada peristiwa huru-hara akibat perselisihan di antara Datuk Pengkalan Raja Patani dengan Panglima Dajang pada l8O8M. Datuk Pengkalan Raja telah mengalami kekalahan teruk dan turut terkorban di tangan Panglima Dajang (pembesar keturunan Siam) yang dibantu sepenuhnya oleh tentera Siam di Ligor ( di bawah pimpinan Pya Kalahom). Nasib yang dialami oleh Datuk Pengkalan Raja tersebut telah menyebabkan para pembesar dan ramai rakyat jelata lari menyelamatkan diri ke selatan. Mereka yang terlibat ini termasuklah keluarga Tuk Syeikh Qadi (Wan Mohd Amin bin Wan Yaacub). Tuk Syeikh Duyong yang masih kecil pada ketika itu turut dibawa bersama ke Kelantan, namun desakan Siam yang mahu mereka menyerah diri menyebabkan sekali lagi mereka berhijrah ke Terengganu. Mereka terus memohon perlindungan daripada Sultan Terengganu (Sultan Omar) sejurus selepas sampai ke sana. Peperangan yang dahsyat berlaku pada 30 Mac 1832 antara orang-orang Melayu Patani yang dibantu oleh orang Melayu dari Terengganu dan Kelantan dengan pihak Siam
Dalam buku Patani Dahulu dan Sekarang tulisan A Bangnara ditulis pada tahun 1791 Siam telah melantik Datu Pengkalan dari Kampung Pengkalan Besar sebagai raja serta dikurniakan pangkat Luang oleh Siam. Bagaimanapun pada tahun 1809 Datu Pengkalan bersama Datu Pujud, Datu Sa’iy dan lain-lain telah memberontak. Pada peringkat pertama mereka mendapat kemenangan kemudian mereka telah kalah. Datu Pengkalan telah terkorban manakala Datu-Datu yang lain melarikan diri.
Pada tahun 1831 bantuan dari Terengganu dan Kelantan kepada Patani melawan Siam .Daripada  Terengganu antaranya Panglima Idris, Encik Golan, Wan Kamat dan Encik Ismail.
Sebelumnya tahun 1800 Sultan Zainal Abidin II menghantar utusan ke Patani meminta bantuan dari seorang Datuk iaitu Datuk Long Ismail untuk menyerang Kelantan dan dipersetujui .
Pada 1832 Sultan Terengganu telah menyerahkan kepada Kerajaan Siam panglima-panglima Patani yang memberontak iaitu Panglima Damit, Panglima Mahmud, Panglima Pik dan Panglima Ahmad serta ramai pengikut mereka.
Cerita Lisan menyebut  kisah Raja Jambu. Manakala Datu adalah menantu Raja . Berlaku pergaduhan suami isteri ketika di Kelantan dan suami kalah.  Tujuh beradik mengikut Datu ke Terengganu. Mereka menetap di Anak Bukit. Di bawah pokok pulai yang besar. Kemudian mereka meminta dari Raja Terengganu suatu kawasan untuk dibuat penempatan yang kemudian dikenali sebagai Paya Datu. Tempat lain yang berhubungan dengan mereka ialah Bukit Datu, Pengkalan Datu. Dikatakan mereka kemudian bermesyuarat untuk berpecah iaitu Bukit Tok Beng, Seberang Baruh,Paya Datu, Tok Kamat (Kelantan) dan Bukit Kenok Besut.
Berdasarkan kisah ini kemungkinan penghijrahan pertama Tok Syeikh Duyung (Wan Abdullah ) adalah pada tahun 1809 kerana dikatakan oleh penulis Wan Mohd Saghir Abdullah bahawa Tok Syeikh Duyung masih kecil . Umurnya dalam lingkungan 7 tahun. Manakala pada 1832 selepas perang Patani Siam Tok Syeikh Duyung telah pun berumur 30 tahun. Kemungkinan besar Tok Syeikh Duyung ikut serta berperang dengan Siam dan kembali semula ke Pulau Duyung selepas mengalami kekalahan.
Gelaran Tok Syeikh Duyung

Pulau Duyung Kecil menjadi tempat keluarga besar ulama Patani berhijrah akibat perang dengan Siam. Di antara yang berhijrah ialah Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani, ulama yang banyak menulis kitab yang sangat terkenal itu. Yang digelar Tok Syeikh Duyung’ yang lebih awal ialah Syeikh Abdul Qadir bin Abdur Rahim al-Fathani yang kemudian lebih dikenali dengan panggilan ‘Tok Syeikh Bukit Bayas’.
Wan Abdullah bin Muhammad Amin digelar ‘Tok Syeikh Duyung’ kemungkinan kemudian daripada Syeikh Abdul Qadir bin Abdur Rahim al-Fathani. Ketiga-tiga ulama ini, Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani, Syeikh Abdul Qadir bin Abdur Rahim Bukit Bayas dan Syeikh Wan Abdullah bin Muhammad Amin Duyung adalah masih dalam satu lingkungan keluarga yang dekat.
Disebabkan beliau menjadikan Pulau Duyung Kecil sebagai pusat utama kegiatan dakwahnya maka melekatlah dibibir orang akan gelarannya sebagai Tok Syeikh Duyung. Kerana tempat mengajarnya di Pulau Duyung, maka lama-kelamaan melekatlah namanya menjadi "Tok Syeikh Duyung".Wan Abdullah balik dari Mekah pada 1846 M. Pernah berlaku kebakaran di sini Semua rumah penduduk kampung musnah sekelip mata dan yang tinggal hanyalah masjid Tok Syeikh Duyung yang sedikitpun tidak terjejas. Selain itu, masjid berkenaan yang dibina setinggi 13 anak tangga juga tidak tenggelam ketika banjir besar yang menenggelamkan seluruh pulau berkenaan, malah rumah Allah itu dijadikan sebagai tempat penduduk kampung untuk menyelamatkan diri
Kewafatannya

Tok Syeikh Duyung wafat di rumahnya di Duyung Kecil pada hari Khamis, pukul 4.00 petang, 12 Jamadilakhir 1306 H/24 Februari 1889 M ketika berumur 87 tahun. Baginda Sultan Zainal Abidin III telah berangkat sendiri ke Pulau Duyung Kecil menziarahi jenazah gurunya. Baginda sendiri turut bersembahyang jenazah dan memerintah supaya jenazah Tok Syeikh Duyung diusung dari Pulau Duyung Kecil melalui hadapan istana untuk diberi penghormatan terakhir oleh baginda, pembesar-pembesar negeri dan kerabat-kerabat diraja sebelum dikebumikan di tanah Perkuburan Syeikh Ibrahim, Kuala Terengganu.
Pemergian Tok Syeikh Duyung benar-benar dirasai oleh rakyat Terengganu terutama baginda Sultan Terengganu sendiri. Bahkan, anak muridnya, Tokku Paloh sendiri mengakui ketokohannya dan setelah mendapat berita kembalinya Tok Syeikh Duyung ke rahmatullah, beliau berkata, "Hilang sudah kepala santan Negeri Terengganu" dan terus berkejar ke Pulau Duyung Kecil untuk menziarahi jenazah guru yang amat dikasihinya itu.

Penulisan dan Warisan Tok Syeikh Duyung(1216H – 1306H)

Sebagaimana disebut  dalam journal unisza (https://journal.unisza.edu.my/jimk/index.php/jimk/article/viewFile/29/27) Haji Wan Abdullah bin Haji Wan Mohd Amin (Tok Sheikh Duyong) menulis, menterjemah dan mentahqiq kitab dengan tulisan Jawi dalam pelbagai bidang ilmu Islam. Kitab-kitab ini digunakan oleh beliau dalam pengajaran dan rujukan semasa menjadi Sheikhul Islam di Terengganu. Balik dari Mekah pada 1263H berkhidmat sebagai mufti pada 1269H selama 36 tahun sementara mengajar selama 43 tahun.
Terdapat 74 buah buku (manuskrip) di dalam simpanan Arkib Negara Malaysia Cawangan Terengganu / Pahang, milik Tok Syeikh Duyong disusun dalam sembilan kotak (Arkib Negara 2004, 4-5). Sebahagian daripada manuskrip itu ditulis oleh murid-muridnya.
Kesemua kitab ini merupakan hasil tulisan tangan dalam tulisan Jawi. Penulisan kitab disusun dalam sembilan kotak seperti yang ditunjukkan dibawah
1. Kotak 1 Sharah al-Muqaddimah – Min Ta’alif Mohd bin Sulaiman al-Qurdi; Juzu’ Thalith Min Hashiah – al-Sheikh Bujairumi; Kitab Alfiah–Mohd Soleh;Tulisan Hukum Fekah – Perempuan Berumah Tangga; Kitab Nahu – 1118H.
2. Kotak 2 Tamhid Fi Bayan al-Tauhid – Muharram 1226H; Kitab Fekah; al-Futuhat al-Wahbiah Bisharah al-Arbain al-Nawawiah al-‘Alam al-cAlamah – Sheikh IbrahimIbnMae’ie;Kitab Tauhid – 1238H;Fekah Melayu Bab Sembahyang; Sharah al-Zanjani Fi Saraf al-Sheikh al-Alamah Ustaz Fadhil Abu Hassan Ali Ibn al-Hisham al-Kailani al-Shafie; al-Matlab al-Tama al-Sawiyi ala Hizb al-Imam Nawawi – Rabiul Akhir 1440H; Kitab al-Ghazah al-Usul ila Ilm al-Fusul – Abi Yahya Zakaria al-Ansari al-Shafie; Kitab al-Wafi Bi Halli al-Kafi fi Ilm al-Urud wa al-Khowafi min al-Mubiqat – al-Alam al-Allamah al-Sheikh Abd. Rahman Ibn Isa Ibn Marshad al-Hanafi.
3. Kotak 3 Kitab Tafsir yang disusun mengikut surah.
4. Kotak 4 Kitab Fekah –Ibrahim bin Mohd Ibrahim 1240H.
5. Kotak 5 Kitab al-Sharh; Kitab Minhaj al-Abidin – Imam al-Ghazali 1241H – atas arahan Abd Rahman bin Sultan Zainal Abidin; Hashiah al-Alam al- c Allamah al-Hubr al-Bahr al-Fahamah al-Ustaz Sheikh al-Islam al-Baijuri ala Matan al-Sanusiah RahimahulLah Ta’ala 1298H; Kitab Hadith 40; Mukhtasar Bukhari; al-Farqu Baina al-Hayat al-Mustamirrah wa al-Farqu Baina Mustaqirrah; Kitab Fekah disalin alih oleh Ahmad Osman 1256H; Muratib al-Wujud – al-Sheikh al-Kamil al-Muhaqqiq Abd Karim al-Jailani; Kitab Arab Tulisan Tangan Tok Sheikh Duyong; Kitab al-Iqna’ – 1234H).
6. Kotak 6 Fadilat-fadilat (tajuk tak dapat dikesan); Kitab Berzanji disalin oleh Haji Ismail bin Abdullah al-Sawi; Ittihaf al-Murid bi Jauharah Tauhid 1225H; Kitab Ummu Barahim – Mohd ibn Yusof – Syaaban 1170H (Mekah); Sharah Sheikh al-Alam al-Allamah Muhammad bin Qasim al-Razi; Juzu Awwal min Hashiah al-Bujairumi ala Sharah al-Khatib; Catatan Hukum dan Perbicaraan – Tok Sheikh Duyong; al-Mubtadi Bisharah al-Murtadi; Kitab al-Adha al-Bahjah fi Abras Daqaiq al-Munfarijah Imam al-Allamah al-Hubr al-Bahr al-Fahamah Sheikh Zakaria al-Ansari – 1228H; Kitab Hukum dan Perbicaraan – Tok Sheikh Duyong; Kitab Hikam – Muharram 1252H; Israk Mikraj; Kitab Fekah).
7. Kotak 7 (Bayan fi maani Tajwid wa Hukmuhu – Wan Sulaiman; Kitab Nahu – Isnain/ Zulkaedah 1330H; Kitab Tajul Urus – Athoillah 1291H; Kitab Tasawuf – 12 Syaaban 1224H; Tanbih – Nasihat untuk Raja-raja; Sharah al-Jauhariyyah fi Sharah al-Durah al-Bahiyah Nazam al-Ajrumiyah; Bab Sembahyang – Tok Sheikh Duyong; Kitab Doa dan Asma al-Husna; Adab Persembahan Raja dan Catatan Bujairumi 1300H – Dato’ Kamal Wangsa; Kitab Arab Dan Zikir – Bahasa Melayu; Tafsir al-Manar – Ibn Sirin; al-Meerath Taalif al-Sheikh Najamuddin al-Ghaisi; Juzu’ Thani Min Hashiah al-Bujairumi.
8. Kotak 8 (Kitab Kauras / Fekah; Kitab Fekah; Kitab Minhaj al-Abidin – al-Imam al-Ghazali – manuskrip tulisan tangan; Kitab Zakat – tiada tajuk; kitab tulisan tangan (berkaitan Fekah) tiada tajuk – Tok Sheikh Duyong; Kitab Fathul Rahman Ma’a Kitab Targhib al-A’mal fi Bayan al-Solat – Tok Sheikh Duyong; Nisfu Syaaban; Kitab Nasihat – Bahasa Melayu/ Jumaat 26 ZulKaedah; al-Mukhtasar Fi Mulamah al-Mahdi al-Muntazor – bahasa Melayu; Catatan Perbicaraan oleh Tok Sheikh Duyong – 1259H; kitab tulisan tangan (tiada tajuk) – tahun 1343H; Kitab Sheikh Abdullah al-Jawi (tajuk tak dapat dikesan); Kitab berkaitan Akidah (tulisan tangan) tiada tajuk; Kitab Tasawuf – bahasa Melayu; Tafsir al-Quran – terjemahan bahasa Melayu).
9. Kotak 9 Jadual li Tawarikh wa al-Buruj wa al-Manazil li al-Allamah al-Sheikh Abd Wahab ibn Sheikh Mustafa al-Nihas al-Shafie; Sifat 20; Kitab Musammah Sharah Bayan al-Tashdiq; Kitab Nuhjah al-Mardhiah fi Sharah al-Fiah – Imam Malik/ khamis/ Rabiul Awal 1234H; Kitab Adab al-Qudha; Kitab Sharah Murshid al-Salikin; Kitab Sharah al-Qawaid; Hazihi Hashiah Syed Abd Rauf al-Makie’ei al-Shafie Ala Sharah Shihabuddin al-Shafie; Hazihi Muqaddimah Fi Yaum Ashura – Taalif al-Sheikh Ali al-Jauhari alMalikiyyi; Kitab Mujarabat al-Sheikh Imam Abu Abdullah Muhammad bin Yusoff al-Sanusi; Kashfu al-Tibyan al-Imam al-Ghazali; Mu’jam al-Wajiz min Ahadis Rasul al-Aziz al-Said – Abdullah al-Mirari; Tuhfah al-Muhtaj – bi Sharah Ibn Hajar; Kitab Sheikh Daud Fatani (disalin semula oleh Tok Sheikh Duyong – tanpa tajuk); Kitab Sharah Munfarijah al-Musamma bi al-Adwail al-Bahjah fi Abraz Daqaiq al-Munfarijah Ibn Yahya Zakaria al-Ansari.
Dalam kotak 2 buku tulisan tahun 1440H adalah selepas kematian Tok Syeikh Duyung. Begitu juga kotak 7 tahun 1330H dan kotak 8 tahun 1343H.
Kitabnya Nasihat kepada Raja-raja telah dijadikan kajian seorang pelajar Sarjana UKM Fatimauzzahra' binti Mat Sidi, Malaysia, Kitab Nasihat Raja-Raja” Karya Tok Syeikh Duyong: Kajian Teks dan Kaitannya Dengan Masyarakat .. sementara seorang pengarang bernama  Jesse Russell menulis mengenai Tok Syeikh Duyung .
Book Title
: Tok Syeikh Duyong
Author
: Jesse Russell
Publisher
: Book on Demand Limited
Release Date
: 2012-06
Categories
:
Pages
: 128
ISBN
: 5511905968
Available Language
: English

SENARAI MUFTI TERENGGANU
Mufti Pertama
Syeikh Abdul Kadir Bukit Bayas ( Tahun 1839 M hingga Tahun 1853 M)
LATAR BELAKANG
Nama                : Syeikh Abdul Kadir Bukit Bayas
Tarikh Lahir       : akhir abad ke-18 (1770-an)
Tempat Lahir     : Pattani
Keturunan         : anak Raja Bugis bernama Fakeh Ali
Beliau berserta rombongan yang dipimpin oleh Tok Syeikh Qadi (bapa kepada Syeikh Duyong) telah berhijrah ke Terengganu pada dekad 1820-an
PENDIDIKAN
Pendidikan asas beliau bermula di pondok pengajian di Pattani
Melanjutkan pelajaran di Mekah dan berguru dengan beberapa orang ulama disana antaranya :
-  Syeikh Muhammad Shalih bin Ibrahim (Mufti Syafie di Mekah)
-  Syeikh Ahmad al-Marzuqi
-  Syeikh Muhammad Shalih bin Abdul Rahman Pauh Bok al-Fathani
-  Syeikh Muhammad Zain bin Faqih Jalaludin Aceh
SUMBANGAN DAN KHIDMAT MASYARAKAT
Beliau diriwayatkan adalah pelopor pengajian Islam di Terengganu dan juga pengikut tarekat syatariyyah.
Beliau juga seorang yang pakar dan mahir dalam bidang usuluddin, tasawuf, tafsir dan hadis.
Bermula sekitar tahun 1830-an, beliau telah mencurahkan ilmu dengan mengajar penduduk Kampung Paya Bunga Duyung dan mendirikan masjid di Bukit Bayas.
Beliau telah membina pengajian pondok di kedua-dua tempat tersebut mengikut tradisi pengajian di Patani.
Beliau telah dilantik sebagai Mufti Terengganu pada tahun 1839 hingga 1853 oleh Sultan Omar iaitu bekas murid beliau sendiri.
Beliau terlibat secara langsung dalam memberi nasihat kepada sultan selaku Mufti dan ditambah lagi dengan minat Sultan kepada agama Islam menyebabkan banyak dasar-dasar kerajaan negeri Terengganu berjalan lancar selari dengan kehendak agama Islam.
Antara karya penulisan beliau ialah kitab yang bertajuk AI- Targhib li al-Ba 'i wa asy-Syira. Buku tersebut membincangkan tentang pemiagaan menurut ajaran Islam dengan mengemukakan hujah­-hujah berdasarkan al-Quran dan hadis mengenai larangan riba.
Pada tahun 1864, beliau telah kembali ke rahmatullah di Kampung Paya Bunga, Terengganu. Terdapat juga pendapat yang mengatakan beliau meninggal dunia di Bukit Bayas, Terengganu.
MUFTI KEDUA      
Syed Muhammad bin Zainal Abidin ( Tahun 1868 M – Tahun 1878 M)
LATAR BELAKANG
Nama                : Syed Muhammad bin Zainal Abidin
Keturunan         : al-Idrus ( dikenali sebagai To’ku Tuan Besar)
Tempat tinggal  : Chabang Tiga Kuala Terengganu
PENDIDIKAN
Pendidikan awal yang diterima secara pondok dan berguru dengan Syeikh Kadir Bukit Bayas
Menimba ilmu diMekah selama 20 tahun dan berguru dengan beberapa orang ulama’ yang masyhur antaranya :
-  Sheikh Abdul Hamid Syurwani
-  Al- Sheikh Nawawi
SUMBANGAN DAN KHIDMAT MASYARAKAT
Menjadi Guru Agama di Chabang Tiga Kuala Terengganu
Dilantik menjadi Mufti Terengganu pada tahun 1860 hingga 1878
Bidang tugas dan tanggungjawab yang telah dijalankan oleh beliau adalah bertanggungjawab memperluaskan ilmu agama kepada masyarakat pada zaman tersebut
MUFTI KETIGA      
Hj. Wan Abdullah Wan Mohamad Amin (Tahun1878M- Tahun 1889M)
LATAR BELAKANG
Beliau juga dikenali sebagai Tuan Syeikh Duyong
PENDIDIKAN
Pendidikan awal yang diterimanya adalah berguru dengan Tok Syeikh Kadir Bukit Bayas dan kemudian menuntut ilmu di Pattani dan Mekah.
Beliau pemah bersahabat dengan Syed Muhammad bin Zainal Abidin (To'ku Tuan Besar) dan selanjutnya belajar dengan Syeikh Wan Abdul Kadir bin Abdul Rahim yang pada ketika itu tinggal di Bukit Bayas.
SUMBANGAN DAN KHIDMAT MASYARAKAT
Pengajaran agama beliau dimulakan setelah beliau kembali ke Terengganu dan juga telah terbina masjid berhampiran rumahnya di Duyong Kecil.
Beliau kemudian dilantik menjadi mufti hanya selepas kematian Syeikh Abdul Kadir Bukit Bayas pada tahun 1878 sehingga tahun 1889. Tokoh ini amat dikenali dalam bidang perundangan Islam pada abad ke-19 dan ke­-20.
Anak murid yang datang berguru dengannya bukan sahaja datang dari Terengganu, malah terdapat juga yang datang dari Patani, seluruh Semenanjung Tanah Melayu, Sumatera, Jawa, Brunei dan Kalimantan.
Beliau pemah ditugaskan sebagai perunding oleh Sultan Omar semasa berlakunya pemberontakan di Besut pada tahun 1874. Beliau dihantar ke Kelantan supaya berunding dengan Sultan Kelantan bagi menghentikan bantuan kepada pemberontakan itu.
MUFTI KEEMPAT  
Haji Wan Mohammad bin Wan Abdullah ( Tahun 1890 M – Tahun 1912 M)
 LATAR BELAKANG
Tiada rekod yang ditemui mengenai tokoh ini dan hanya direkodkan beliau merupakan anak kepada Tok Syeikh Duyung iaitu Haji Wan Abdullah bin Mohamad Amin
SUMBANGAN DAN KHIDMAT MASYARAKAT
Beliau dilantik menjadi Mufti mulai tahun 1890 hingga tahun 1912
MUFTI KELIMA     
HAJI WAN MUHAMMAD SALLEH BIN ISMAIL ( Tahun 1912 M – Tahun 1931 M)
LATAR BELAKANG
Menurut rekod beliau digelar Dato’ Indera Guru
SUMBANGAN DAN KHIDMAT MASYARAKAT
Beliau telah berkhidmat sebagai Mufti melewati tiga orang Sultan iaitu Sultan Zainal Abidin III, Sultan Muhammad dan Sultan Sulaiman Badru Alam Shah.
Beliau telah memegang jawatan Mufti selama hampir 19 tahun bermula tahun 1912 hingga tahun 1931.
Sepanjang berkhidmat, beliau turut memberi sumbangan yang besar kepada Terengganu dengan terlibat sebagai :
-  ahli jawatankuasa menggubal Undang-Undang Tubuh Negeri Terengganu yang dikenali sebagai 'Qanul Muluk bi Ta'dils Suluk' bersama Tok Ku Paloh dan Hj. Wan Mohamad,
-  anggota Majlis Mesyuarat Negeri dan Jemaah Menteri semasa pemerintahan Sultan Zainal Abidin III.
MUFTI KETUJUH &          KELAPAN
Syeikh Hassan Said Al-Yamani Mufti Ketujuh ( Tahun 1940 M – Tahun 1943 M)
Mufti Kelapan ( Tahun 1946 M – Tahun 1952 M)
LATAR BELAKANG
Nama                : Syeikh Hassan Said AI-Yamani
Tempat Lahir     : perkampungan Al-Syamiy di Mekah
Nama Ayah       : Syeikh Said bin Muhammad Al-Yamani
-          Beliau merupakan seorang ulama yang terkenal dan dihormati di Mekah dan juga seorang guru di Masjidil Haram
-          Digelar ‘’Merpati al- Masjidil Haram’’
Syeikh Hassan merupakan seorang yang berani menghadapi cabaran dan ini terbukti dari beberapa peristiwa yang melibatkannya dengan pihak British dan Jepun. Beliau juga terkenal dengan sikap yang peramah
Dari segi peribadi dan perwatakan
Malah kadangkala beliau bersenda gurau dengan mereka yang mendampinginya
PENDIDIKAN
Kebanyakan ilmu Islam yang ada pada beliau dipelajari daripada bapanya sendiri yang merupakan tokoh ulama pada masa itu
Tidak ketinggalan juga beliau menuntut ilmu daripada ulama-ulama yang lain seperti Syed Hussein bin Muhammad al-Habsyi, al-Syed Ahmad bin Hassan al-Attas, al-Syeikh Jaafar al-Katani dan Syeikh Abdul Rahman bin Abdullah Siraj.
SUMBANGAN DAN KHIDMAT MASYARAKAT
Pernah mengajar di Masjidil Haram seperti bapanya juga di mana pengajarannya diikuti oleh ramai pelajar dari jauh dan dekat
Disebabkan ketokohan beliau dalam memberi ilmu dan menyebarkan syiar Islam, beliau telah digelar "As-Syafie As-Shagir" yang bererti Syafie Kecil.
Beliau juga pemah dilantik sebagai Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama
Beliau telah diberi tanggungjawab untuk memegang jawatan Mufti di Terengganu sebanyak dua kali. Kali pertama adalah pada tahun 1940 sehingga tahun 1943 dan kemudian kali keduanya pada tahun 1945 sehingga 1952
Sumbangan dan perkhidmatan yang cemerlang kepada pendidikan dan dakwah Islam yang diberikan oleh beliau bukan sahaja di Tanah Suci Mekah malah juga besar ertinya kepada Malaysia terutamanya kepada negeri Terengganu sendiri
Kemahiran dan kepakaran yang ada padanya dalam mengeluarkan fatwa menurut Mazhab Syafie sukar ditandingi. Penglibatan sosial beliau juga telah banyak meninggalkan kesan yang baik dalam sejarah Negeri Terengganu
Kewujudan Madrasah Khairiah, Hiliran pada tahun 1942 dan penubuhan Persatuan Kebajikan Islam (PERKASA) pad a tahun 1946 adalah hasil usaha dan kerjasama yang telah diberikan oleh beliau.
Rujukan dan lampiran:
(Utusan Online – 06/03/2006 , Wan Mohd Saghir Abdullah)
(http://elyanee.weebly.com/sejarah-pulau-duyung.html)
The manuscript about the constitutional also was write in the Jawi like Kitab Adab Raja-Raja in Terengganu and Kitab Nasihat Raja-Raja di Istana Terengganu written by Wan Abdullah bin Haji Wan Muhamad Amin (Tok Syeikh Duyong)(Worawit Baru 2004:104-136). http://www.mcser.org/journal/index.php/mjss/article/viewFile/9093/8780
In addition, His Majesty had extensive experience in various disciplines of knowledge and had many teachers. Muhammad4 interviewed the former Chief Kadhi of Terengganu, Datuk Purba Diraja who said that the teachers of Sultan Zainal Abidin III were Sayyid Zain (Zainal Abidin) bin Muhammad, Sayyid Abdullah bin Muhammad, Abdul Rahman bin Muhammad al-Idrus (Tok Ku Paloh), Hj. Wan Abdullah bin Muhammad Amin (Tok Sheikh Duyong), Haji Wan Abdul Latif bin Abdullah (son of Tok Sheikh Duyong) and others. file:///C:/Users/USER/Desktop/Downloads/99-345-1-PB.pdf
Golongan elit seterusnya ialah golongan elit agama yang menetap di beberapa tempat misalnya di Pulau Duyong dan Bukit Bayas. Antara tokoh ulama ialah Sheikh Abdul Kadir yang mendapat tempat semasa pemerintahan Baginda Omar lagi. Begitu juga halnya dengan Haji Abdullah bin Muhammad Amin yang dikenali dengan nama Tok Syeikh Duyong yang menjawat jawatan penting dalam kerajaan seperti mufti dan sebagainya. Selain itu, ulama dari keturunan al-Idrus yang berasal dari Hadramaut turut memainkan peranan penting seperti Sheikhul-Ulama, mufti dan sebagainya. http://eprints.usm.my/10082/1/PERANAN_GOLONGAN_ELIT_AGAMA_DI_TERENGGANU.pdf
Muhammad Abu Bakar (1991). ”Tok Syeikh Duyong” dalam Muhammad Abu Bakar (ed.), Ulama Terengganu: Suatu Sorotan. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd

Wednesday, September 2, 2015

Tahun Baru 2015

Kedatangan tahun  2015 sudah menjangkau 9 bulan. Kalaulah seorang bayi ia sudah sempurna dan hampir dilahirkan. Kalau ianya cukup bulan. Bagi penulis melalui era baru sebagai agen Syarikat Takaful Malaysia sepenoh masa. Siapa yang berminat dengan Takaful Malaysia bolehlah menghubungi Puan Rozaini Muda (012-9291574).
Takaful Malaysia menyediakan produk perlindungan yang dibahagikan kepada dua iaitu Takaful Keluarga dan Takaful Am.

Saturday, November 15, 2014

al-Hilli dan 4 mazhab (Adakah Ahmad Deedat mengambil cerita ulama dan sepatu dari kisah ini?)

Al-Hilli dan 4 mazhab

Riwayat ini terjemahan bebas dari bagian kitab ‘Man la yahdhuruhul faqih’, -( buku ini ditulis oleh as-Saduq (381H), sedangkan al-Hilli zaman 684H hingga 726H. Rujukan lain ialah kitab A’yan as-Shiah jilid 5, hal 397 dan Rawdhat  al-Jannah Jilid 2 hal 379)

Suatu hari Sultan Khudabande (ia merupakan salah satu raja dari dinasti Ilkhaanid ) menceraikan isterinya dengan talak tiga dengan satu lafaz. Setelah itu beliau menyesali akan tindakannya. Dia ingin merujuk kembali kepada isterinya. Setelah beliau bertanya kepada ulama-ulama berbagai mazhab yang ada di sekelilingnya, mereka mengatakan bahawa baginda sultan hanya boleh kembali setelah isterinya nikah dengan orang lain terlebih dahulu dan setelah itu diceraikan (istilah arab ‘muhallal’).

Hal ini membuat sultan kecewa, lalu ia bertanya apakah ada ulama lain yang memiliki pandangan yang berbeda? Salah seorang menterinya mengatakan di kota Hilla ada seorang ulama yang memiliki pandangan yang berbeda dengan ulama-ulama di sini. Sultan pun memerintahkan supaya ulama itu diundang ke istananya. Hal ini membuat ulama-ulama istana protes dengan mengatakan bahawa Allamah Hilli sesat dan sebagainya.

Pada hari kedatangan Allamah Hilli, sultan mengumpulkan ulama-ulama 4 mazhab di dalam istana. Ketika Allamah Hilli masuk beliau langsung memberi salam dan duduk berdekatan dengan sultan. Dan yang lebih aneh lagi Allamah Hilli membawa sandalnya masuk bersamanya. Ketika bertanya kenapa beliau tidak sujud kepada sultan dan duduk berdekatan dengan sultan, Allamah Hilli menjawab, perintah Allah untuk memberi salam ketika masuk ke dalam rumah dan karena tidak ada tempat duduk lain beliau langsung saja duduk berdekatan dengan sultan.

Ketika ditanya kenapa beliau membawa sandalnya masuk bersamanya. Allamah Hilli mengatakan ‘aku takut sandalku dicuri oleh Imam Hanafi sebagaimana ia mencuri sandal Rasulullah’. Jawaban Allamah Hilli membuat ulama Hanafi bangun dan memprotes, bagaimana mungkin karena Imam Hanafi lahir setelah 100 tahun kewafatan Rasul saw! Allamah Hilli mengatakan ‘Ooo, maaf! Imam Syafii yang mencuri’, ini juga diprotes oleh ulama Syafii dengan dalil yang sama dengan ulama Hanafi dan seterusnya hingga keempat-empat mazhab.

Setelah semuanya protes, Allamah Hilli langsung berbicara dengan Sultan, keempat-empat ulama mazhab sependapat bahwa Imam-imam mereka tidak ada pada zaman Rasulullah, dan jika di antara mereka ada yang lebih pintar dari imam-imam mereka tetap tidak dibenarkan mengeluarkan fatwa mereka sendiri.

Lalu sultan bertanya kepada ulama-ulama tersebut, apa benar imam-imam mereka tidak hidup sezaman dengan Rasulullah? Mereka semua tunduk dengan mengatakan benar.

Lalu Allamah melanjutkan, sedangkan kami orang syiah mengikuti Imam Ali as. Yang bukan saja hidup pada zaman Rasul, tetapi juga dianggap sebagai diri Rasulullah sendiri, saudara, menantu dan pewaris ilmu Rasulullah. Dalam mazhab Syiah talak itu sah jika dilakukan di hadapan dua saksi yang adil, maka talak sultan ke atas isterinya tidak sah.

Setelah itu sultan menerima mazhab Ahlul Bait dan memerintahkan supaya nama Imam 12 dibacakan pada setiap khutbah Jumat dan dicetak pada uang kerajaan.