Saturday, November 15, 2014

al-Hilli dan 4 mazhab (Adakah Ahmad Deedat mengambil cerita ulama dan sepatu dari kisah ini?)

Al-Hilli dan 4 mazhab

Riwayat ini terjemahan bebas dari bagian kitab ‘Man la yahdhuruhul faqih’, -( buku ini ditulis oleh as-Saduq (381H), sedangkan al-Hilli zaman 684H hingga 726H. Rujukan lain ialah kitab A’yan as-Shiah jilid 5, hal 397 dan Rawdhat  al-Jannah Jilid 2 hal 379)

Suatu hari Sultan Khudabande (ia merupakan salah satu raja dari dinasti Ilkhaanid ) menceraikan isterinya dengan talak tiga dengan satu lafaz. Setelah itu beliau menyesali akan tindakannya. Dia ingin merujuk kembali kepada isterinya. Setelah beliau bertanya kepada ulama-ulama berbagai mazhab yang ada di sekelilingnya, mereka mengatakan bahawa baginda sultan hanya boleh kembali setelah isterinya nikah dengan orang lain terlebih dahulu dan setelah itu diceraikan (istilah arab ‘muhallal’).

Hal ini membuat sultan kecewa, lalu ia bertanya apakah ada ulama lain yang memiliki pandangan yang berbeda? Salah seorang menterinya mengatakan di kota Hilla ada seorang ulama yang memiliki pandangan yang berbeda dengan ulama-ulama di sini. Sultan pun memerintahkan supaya ulama itu diundang ke istananya. Hal ini membuat ulama-ulama istana protes dengan mengatakan bahawa Allamah Hilli sesat dan sebagainya.

Pada hari kedatangan Allamah Hilli, sultan mengumpulkan ulama-ulama 4 mazhab di dalam istana. Ketika Allamah Hilli masuk beliau langsung memberi salam dan duduk berdekatan dengan sultan. Dan yang lebih aneh lagi Allamah Hilli membawa sandalnya masuk bersamanya. Ketika bertanya kenapa beliau tidak sujud kepada sultan dan duduk berdekatan dengan sultan, Allamah Hilli menjawab, perintah Allah untuk memberi salam ketika masuk ke dalam rumah dan karena tidak ada tempat duduk lain beliau langsung saja duduk berdekatan dengan sultan.

Ketika ditanya kenapa beliau membawa sandalnya masuk bersamanya. Allamah Hilli mengatakan ‘aku takut sandalku dicuri oleh Imam Hanafi sebagaimana ia mencuri sandal Rasulullah’. Jawaban Allamah Hilli membuat ulama Hanafi bangun dan memprotes, bagaimana mungkin karena Imam Hanafi lahir setelah 100 tahun kewafatan Rasul saw! Allamah Hilli mengatakan ‘Ooo, maaf! Imam Syafii yang mencuri’, ini juga diprotes oleh ulama Syafii dengan dalil yang sama dengan ulama Hanafi dan seterusnya hingga keempat-empat mazhab.

Setelah semuanya protes, Allamah Hilli langsung berbicara dengan Sultan, keempat-empat ulama mazhab sependapat bahwa Imam-imam mereka tidak ada pada zaman Rasulullah, dan jika di antara mereka ada yang lebih pintar dari imam-imam mereka tetap tidak dibenarkan mengeluarkan fatwa mereka sendiri.

Lalu sultan bertanya kepada ulama-ulama tersebut, apa benar imam-imam mereka tidak hidup sezaman dengan Rasulullah? Mereka semua tunduk dengan mengatakan benar.

Lalu Allamah melanjutkan, sedangkan kami orang syiah mengikuti Imam Ali as. Yang bukan saja hidup pada zaman Rasul, tetapi juga dianggap sebagai diri Rasulullah sendiri, saudara, menantu dan pewaris ilmu Rasulullah. Dalam mazhab Syiah talak itu sah jika dilakukan di hadapan dua saksi yang adil, maka talak sultan ke atas isterinya tidak sah.

Setelah itu sultan menerima mazhab Ahlul Bait dan memerintahkan supaya nama Imam 12 dibacakan pada setiap khutbah Jumat dan dicetak pada uang kerajaan.

Thursday, October 23, 2014

Cabaran Kepimpinan Semasa Perang Hunain

Cabaran Kepimpinan Semasa Perang Hunain
Pendahuluan
Pembukaan Kota Mekah berlaku dalam satu masa yang terlalu singkat. Selepas satu pukulan mengejut, membingungkan seluruh bangsa Arab dan menjadikan seluruh qabilah yang berhampiran dengannya terkejut, mereka tidak berdaya untuk menghalangnya, oleh yang demikian mereka tiada jalan selain menerima sahaja hakikat yang berlaku, kecuali beberapa qabilah yang gagah, ganas dan bongkak terutamanya seperti suku Hawazin dan Thaqif, kemudian turut membuat sikap yng sama ialah qabilah Nasr, Jasyam, Saad bin Bakar dan beberapa individu dari Banu Hilal. Kesemua mereka ini dari kelompok Qais Ailan. Qabilah-qabilah ini terasa berat untuk menerima kemenangan Islam maka mereka bersekutu dengan Malik bin Auf al-Nasri  dan membuat keputusan untuk bergerak mara memerangi kaum muslimin.
Malik bin Auf selaku ketua turus agung pemimpin pergerakan ini membuat keputusan untuk bergerak memerangi kaum muslimin, maka antara keputusannya ialah membawa bersama mereka harta-harta, kaum wanita dan anak-anak mereka. Dengan itu mereka pun bergerak hingga sampai di Awtas, lembah yang terletak di daerah perkampungan Hawazin berhampiran Hunain. Lembah Awtas bukanlah lembah Hunain kerana lembah Hunain terletak berhampiran Zil Majaz. Dari lembah Awtas ke Makkah adalah sepuluh batu lebih ke arah Arafah.
Peperangan ini berlaku pada 28hb. Januari tahun 630 Masehi (6 Syawal tahun 8 Hijrah) setelah penaklukan semula Kota Mekah oleh orang-orang Islam. (kira-kira 1,425 tahun yang lalu).  Menghadapi kekuatan ini Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم , pada tanggal 6 Syawal bergerak menuju penempatan tentera kuffar bersama 12000 kaum Muslimin.
Antara cabaran yang terpaksa dihadapi – menyatu dan mengatur satu pasukan perang yang terdiri dari kaum muslimin dan penduduk Mekah yang baru memeluk Islam . Tentera Islam semasa penaklukan kota Mekah seramai 10 ribu dan penduduk Mekah seramai 2 ribu. Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم membahagikan tenteranya kepada pasukan-pasukan dan unit-unit.  Saidina Ali memegang bendera pasukan Muhajirin, Saidina Hubab bin Munzir memegang bendera Khazraj, Saidina Usaid bin Khudair memegang bendera Aus, Saidina Khalid Al Walid memimpin pasukan berkuda bani Sulaim yang Rasulullah letakkan sebagai pasukan paling depan.
Serangan dilakukan pertama oleh Saidina Khalid Al Walid dengan pasukan berkudanya. namun pasukan ini di serang secara tiba-tiba oleh pasukan Hawazin yang sudah bersiap sedia. Pasukan berkuda Bani Sulaim kucar kacir karena mereka menuruni bukit yang curam. Dalam keadaan ini Malik bin Auf mengerahkan seluruh tentaranya untuk menyerang tentara Islam Mereka di serang dari kiri dan kanan, yang dibelakang tidak tahu apa yang terjadi didepan dan yang di depan sulit untuk memanjat ke atas lagi. Saidina Khalid di serang bertubi-tubi hingga cedera. Setelah tentara yang di bawah memanjat keatas dan lari, tentara yang di belakang ikut lari semua. . Tentara Islam melarikan diri, bahkan sudah ada yang sampai ke Mekkah
Menghantar perisik untuk mengetahui pergerakan musuh.Semasa mendapat maklumat tentang pergerakan musuh Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم  telah mengutus Abdullah bin Hadad al-Aslami yang menyusup masuk ke tengah-tengah musuh dan tinggal di sana untuk memperolehi maklumat lengkap mengenai mereka. Setelah berjaya menyusup dan mengelilingi perkhemahan mereka beliau kembali kepada Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم  dan melaporkan informasi yang diperolehinya.
Setelah mengetahui keberangkatan angkatan perang dibawah pimpinan Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم ,, Malik bin Auf segera menempatkan pasukannya di lembah Hunain dan menyusun mereka di seluruh lorong persembunyian lembah tersebut bagi melancarkan serangan mendadak dan serbuan kepada Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم , serta para sahabatnya.
Memotivasi pasukan perang. Sebagaimana yang diketahui pasukan ini baru melakukan pembukaan Kota Mekah. Belum sampai 20 hari mereka terpaksa menghadapi kekuatan baru pihak Musyrikin. Sebagaimana yang dikatakan oleh orang Ansar padahal pedang-pedang kita masih meneteskan darah mereka”. Pasukan itu disatukan dengan lawan-lawan mereka. Rasulullah sendiri dibantu oleh sepupunya yang baru memeluk Islam Abu Sufyan bin al-Harith serta bapa saudaranya al-Abbas.
Mengatur strategi segera semasa diserang hendap dan bangkit dari kekalahan. Rasulullah dengan sifatnya yang pintar, boleh berfikir dengan tenang walaupun beliau kelihatan marah dalam suasana yeng mencemaskan itu. Beliau semakin geram apabila melihat tentera musuh yang menunggang unta merah sambil memegang bendera hitam mengejar orang-orang Islam yang sedang bertempiaran.
Rasulullah segera bergerak ke kanan bukit dan dengan suara lantang beliau bertempik, “Wahai manusia, jangan lari, mari berkumpul kepadaku, aku adalah Rasulullah, Muhammad anak Abdullah !!” Walaupun Rasulullah menyeru tenteranya supaya berkumpul tetapi yang lari tetap lari.
Walaupun demikian, Rasulullah mempunyai sahabat-sahabat yang berani seperti Ali bin Abi Talib, Abbas bin Abd Mutalib, Kaum Muhajirin dan Kaum Ansar. Mereka datang berkumpul di sekeliling Rasulullah. Ada riwayat mengatakan jumlah mereka yang dapat dikumpul semula adalah seramai 100 orang sahaja, dan ada mengatakan cuma 80 orang sahaja.
Dalam masa yang sama Abbas pula bertempik memanggil, “Wahai kaum Anshar, dan sekelian yang berbai’at di Hudaibiah, Rasulullah memanggil kamu sekalian!! Mari kesini!!!”
Dengan ucapan “Labbaik..labbaik ya Rasulullah”, maka mereka pun berkumpul seemuanya di sekeliling Rasulullah.
Sebaik sahaja berkumpul, Rasulullah dengan lantang terus bertempik, “…..SERBUUUUU!!!..”
Semua tentera yang berkumpul terus menyerbu kearah tentera musuh. Musuh yang terkejut dengan strategi kecemasan tersebut merasa sangat gerun dan mereka terus bertempiaran lari.
Rasulullah terus mengambil sekepal tanah lalu membaca doa yang bermaksud “Kalahlah kalian!!, Demi Tuhan Yang menguasai Muhammad”. Tanah itu di lemparkan ke arah musuh yang sedang bertempiaran lari.
Saiyidina Ali dengan penuh semangat telah memukul kepala unta merah tentera musuh sehingga unta itu tersungkur. Manakala salah seorang kaum Ansar berjaya menikam dengan tombak penunggang unta yang memegang bendera hitam tersebut. Bendera Hitam itu jatuh dan telah dapat dirampas oleh tentera Islam.
Melihatkan bendera tersebut telah jatuh ditangan tentera Islam, maka bertambah lemahlah semangat kaum kafir dan bertambahlah semangat tentera Islam. 
Serangan yang dilakukan telah menyebabkan kekalahan pihak musuh sehingga 70 orang Thaqif terbunuh dan kaum muslimin mendapat harta dan peralatan senjata tentera musuh termasuk kaum waniita menjadi tawanan.
Menepis dakyah munafiq dan golongan yang lemah iman. Serangan hendap yang dilakukan oleh tentera Malik telah menyebabkan keseluruhan tentera Islam melarikan diri kecuali beberapa orang yang masih bersama dengan Rasulullah. Ianya adalah satu kekalahan yang parah, sehinggakan Abu Sufyan yang masih baru memeluk Islam berkata : Kekalahan mereka tidak akan berhenti kecuali se  telah mereka berundur hingga sampai laut. Sebahagian berkata, “Kaum Muslimin akan melarikan diri hingga ke pesisir laut.” Seorang munafik lain mengatakan, “Sihir telah terlawan.” Kilbah bin al-Junaid berteriak dengan katanya : Hari ini sihir sudah tidak menjadi lagi. Yang lain bertekad untuk menghabisi Islam dalam keadaan kacau itu dengan membunuh Nabi untuk menghancurkan keimanan kepada Allah Yang Maha Esa dan kenabian Islam sekaligus.
Nabi sangat terganggu oleh larinya para tentera yang merupakan penyebab utama segala kegemparan dan kekacauan itu. Baginda merasa bahawa apabila keadaan itu dibiarkan, walaupun hanya sebentar, jalannya sejarah mungkin menjadi lain; pasukan syirik akan menghancurkan tentera tauhid.
Oleh itu, sambil menunggang keldainya, baginda berseru dengan suara nyaring, “Hai pembela Allah dan Nabi-Nya! Aku hamba Allah dan Nabi-Nya.” Baginda mengucapkan kalimat ini lalu memalingkan keldainya ke medan pertempuran yang telah diduduki tentera Malik. Sekelompok orang siap berkorban, seperti Ali, Abbas, Fadhal bin Abbas, Usamah, dan Abu Sufyan bin Harits, yang tak sudi membiarkan Nabi sendirian tanpa perlindungan, juga maju bersama Nabi.
Nabi meminta Abbas, bapa saudaranya, yang suaranya amat keras, untuk memanggil kembali kaum Muslimin yang bertempiaran, “Hai Ansar yang menolong Nabi-Nya! Hai kaum yang membai’at Nabi di bawah pohon syurga! Kemana kamu akan pergi? Nabi berada di sini!” Kata-kata Abbas sampai ke telinga kaum Muslimin dan merangsang semangat dan ghairah keagamaan mereka. Mereka semua segera menyambut dengan mengatakan, “Labbaik! Labbaik!” Lalu kembali dengan gagah berani bersama-sama Nabi.
Seruan Abbas yang berulang-ulang, yang memberi khabar gembira tentang keselamatan Nabi, membuat orang-orang yang bertempiaran itu kembali kepada Nabi dengan rasa penyesalan dan mengatur lagi barisannya. Sesuai dengan perintah Nabi, dan untuk menghapus noda malu kerana melarikan diri itu, kaum Muslimin melakukan suatu serangan umum. Dan dalam waktu sangat singkat, mereka berhasil memukul musuh mundur atau melarikan diri. Untuk memberi semangat kepada kaum Muslimin, Nabi mengatakan, “Saya Nabi Allah dan tak pernah berdusta, dan Allah telah menjanjikan kemenangan kepada saya.”
Menghilangkan ketakutan akibat serangan hendap - Ketika kaum Muslimin tiba di lembah Hunain dan menuruni lembah tersebut di pagi hari dalam kegelapan. Tiba-tiba mereka dikejutkan dengan serangan mendadak pasukan musyrikin yang keluar menyerang mereka dari pelbagai arah tempat persembunyian di lembah, sehingga kuda-kuda mereka berlarian tanpa arah tujuan dan tentera-tentera Muslimin yang terkejut mundur tanpa diarahkan.
Sementara itu Nabi صلى الله عليه وآله وسلم , bergerak ke arah kanan kemudian memanggil dengan suara keras: “Kemarilah wahai hamba-hamba ALLAH! Sesungguhnya aku seorang Nabi , yang tidak berdusta. Aku adalah anak Abdul Mutholib.“ Sirah al-Halabi meriwayatkan hanya sekitar 4 orang sahabat setia bersama Rasulullah selain  al-Abbas iaitu Ali bin Abi Talib, Abu Sufyan bin al-Harith, Ibnu Mas’ud dan Ibnu Ummu Aiman
Muslim meriwayatkan dari Abbas RA, katanya: "Aku menyertai bersama Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم , dalam perang Hunain. Aku bersama Abu Sufyan bin Al-Harits bin Abdul Mutholib selalu berada di atas Baghal putihnya. Ketika kaum Muslimin lari menyelamatkan diri. Kemudian Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم , menunggangi Baghalnya menuju ke arah orang-orang kafir." Abbas RA berkata: "Sedangkan aku memegang tali hambatan Baghal Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم , dan menahannya agar tidak terlalu cepat sementara Abu Sufyan memegang pelananya. Nabi صلى الله عليه وآله وسلم , lalu bersabda: "Panggillah Ash-habus Samrah (para sahabat yang pernah melakukan baiat Ridhwan pada tahun Hudaibiyah).“ Kemudian aku memanggil dengan suaraku yang keras: “Wahai Ash-habus Samrah!“ Abbas berkata: “Demi ALLAH, begitu mendengar teriakan itu, mereka segera kembali seperti sapi yang datang memenuhi panggilan anaknya, seraya berkata: “Kami sambut seruanmu, kami sambut seruanmu!“. Kemudian mereka maju bertempur dengan seruan: “Wahai orang-orang Anshar!“
Rasulullah saw memperhatikan pertempuran seraya berkata: “Sekarang pertempuran berkecamuk.“, lalu beliaupun mengambil batu-bati kerikil dari tanah dan melemparkannya ke arah wajah orang-orang kafir seraya berkata: “Musnahlah kalian demi Rabb Muhammad!“.
Pertempuran sengitpun tak dapat terhindarkan. Bahkan sejumlah kaum perempuan ikut terlibat dalam peperangan ini. Ummu Sulaim binti Milhan terlihat berada disamping suaminya, Abu Thalhah,  sambil membawa belati. Ia bersiaga dan siap menusukkannya ke tubuh orang musrik yang berusaha mendekatinya.  Dalam peperangan ini pasukan Islam hanya didukung sekitar 200 orang sahabat Anshar karena sebagian besar telah bubar.
Dalam pada itu ALLAH telah memasukkan rasa gentar ke dalam hati orang-orang musyrik sehingga mereka dikalahkan dan lari ketakutan sehingga meninggalkan medan pertempuran. Kaum Muslimin terus mengejar mereka seraya membunuh dan menangkap sebahagian mereka sebagai tawanan, sehingga pasukan Muslimin kembali seraya membawa tawanan ke hadapan Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم ,.
Melantik golongan muda sebagai wakil baginda di Makkah.  Ibnu Ishaq berkata: Kemudian Rasulullah keluar dari Ji‘ranah melakukan umrah. Setelah melaksanakan umrah beliau kembali ke Madinah dan mengangkat Itab bin Usaid sebagai wakilnya di Makkah . Terdapat riwayat yang menyatakan Itab baru berumur 18 tahun ketika itu. Jelaslah di sini Abu Sufyan bin Harb yang menjadi ketua Mekah tidak dilantik sebagai wakil baginda. Ketika Nabi memutuskan hendak berangkat dari Makkah menuju wilayah suku Hawazin dan Tsaqif, baginda melantik Mu’az bin Jabal sebagai guru dan mengajari umat, dan mengamanatkan pemerintahan kota itu dan imam masjid kepada ‘Atab bin Usaid yang cekap. Setelah tinggal di Makkah selama lima belas hari, Nabi berangkat menuju daerah suku Hawazin.
Cabaran seterusnya ialah memperlengkapkan dan menambah persenjataan tentera Islam. Dalam persiapan menghadapi peperangan ini, Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم , diberitakan bahawa Sofwan bin Umaiyah mempunyai sejumlah baju besi dan senjata. Kemudian Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم , mengutus utusan kepadanya, pada waktu itu Sofwan bin Umaiyah masih musyrik, untuk meminta baju-baju besi dan senjata tersebut. Lalu Sofwan bertanya: "Apakah dengan cara sewaan wahai Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم ,?“ Nabi صلى الله عليه وآله وسلم , menjawab: “Bahkan sebagai barang pinjaman. Ia terjamin hingga kami menunaikannya kepada kamu.“ Akhirnya Sofwan meminjamkannya kepada Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم , seratus baju besi dan sejumlah senjata.
Menggariskan langkah-langkah boleh dan tidak boleh dilakukan semasa peperangan. Di dalam peperangan ini Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم , mengumumkan: "Siapa yang telah membunuh seorang musuh dengan memberikan bukti yang kuat maka dia berhak mengambil barang yang terletak di tubuh musuh yang terbunuh itu."
Ibnu Ishaq dan lainnya meriwayatkan dari Anas RA, dia berkata: "Abu Thalhah telah berhak mengambil barang yang melekat di tubuh musuh yang terbunuh pada perang Hunain, dari 20 orang yang dibunuhnya."
Ibnu Ishaq dan Ibnu Sa‘ad meriwayatkan dengan sanad yang baik bahawa Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم melihat Ummu Sulaim binti Milham bersama suaminya, Abu Thalhah, kemudian beliau berkata: "Ummu Sulaim!". Ia menjawab: "Ya, wahai Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم . Apakah telah dibunuh mereka yang lari darimu sebagaimana engkau akan membunuh orang-orang yang telah memerangimu?“. Abu Thalhah bertanya kepada Ummu Sulaim yang sedang membawa pisau belati: “Pisau ini aku pergunakan untuk menusuk orang musyrik yang mendekatiku.“
Kemudian Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم melewati seorang wanita yang dibunuh oleh Khalid bin al Walid. Nabi berkata kepada sebahagian sahabat yang ada di sisinya: "Beritahukan kepada Khalid bahawa Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم melarang membunuh anak-anak atau wanita atau hamba sahaya."
Cabaran seterusnya ialah mendidik umat Islam supaya tidak ego dan taajub dengan bilangan yang ramai. Bilangan yang ramai tidak menjamin kemenangan bahkan telah menyebabkan kekalahan yang memalukan. Dengan tentera islam yang terdiri daripada bilangan yang ramai, ada di antara mereka mengatakan: “Di hari ini kami tidak akan terkalahkan”
Kata-kata ini telah sedikit sebanyak menarik perhatian Rasulullah bersama-sama dengan permintaan seorang tentera islam agar disediakan sepohon kayu untuk menjadi tempat meletakkan barang-barang perang yang menjadi kebiasaan bagi kaum arab dalam perang yang kaum musyrikin turut memiliki pohon kayu seperti itu pada waktu itu
 ALLAH menurunkan pelajaran penting ini di dalam Kitab-NYA yang mulia :
"Sesungguhnya ALLAH telah menolong kamu (hai para Mukminin) di medan peperangan yang banyak, dan (ingatlah) peperangan Hunain, iaitu di waktu kamu menjadi bongkak kerana banyaknya jumlahmu, maka jumlah yang banyak itu tidak memberi manfaat kepadaKU sedikitpun, dan bumi yang luas itu telah terasa sempit olehmu, kemudian kamu lari ke belakang dengan bercerai berai. Kemudian ALLAH menurunkan ketenangan kepada Rasul-NYA dan kepada orang-orang beriman, dan ALLAH menurunkan bala tentara yang kamu tidak melihatnya, dan ALLAH menimpakan bencana kepada orang-orang kafir, dan demikianlah pembalasan kepada orang-orang yang kafir. Sesudah itu ALLAH menerima taubat dari orang-orang yang dikehendaki-NYA. ALLAH Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.“ [Surah At Taubah : 25-27]
Menghentikan penyerangan dan pengepungan Thaif tetapi mengharapkan keislaman. Selanjutnya bersama para sahabat Rasulullah mengejar Malik dan kawan-kawannya ke Thaif.  Selama 10 hingga 20 hari, Rasulullah mengepung benteng-benteng tersebut. Terjadi perlawanan sengit hingga jatuhlah beberapa korban.
Akhirnya Rasulullah memutuskan untuk meninggalkan lokasi. Abdullah bin Amr meriwayatkan bahwa Rasulullah saw mengumumkan kepada para sahabatnya,“ Kita berangkat, insya Allah”. Sebagian sahabat bertanya, “ Kita pergi sebelum berhasil menaklukkannya?”. Nabi saw bersabda,” Jika kalian suka, perangilah mereka”. Merekapun kemudian memeranginya sampai ada yang terluka. Sementara Rasulullah saw mengatakan kepada mereka, “  Besok kita berangkat”. Pengumuman ini sangat mengherankan  mereka tetapi Rasulullah saw hanya membalas dengan senyuman. ( HR. Bukhari Muslim).
Di tengah perjalanan, Rasulullah bersabda, “ Katakanlah!  Kami kembali,bertobat, beribadah dan bertasbih kepada Rabb kami”. Sebagian sahabat yang tidak puas berkata : “ Wahai Rasulullah, berdoalah untuk kehancuran Tsaqif!”Namun sebaliknya Rasulullah malah berdoa “ Ya Allah, tunjukilah Tsaqif dan datangkanlah mereka”.
Pembahagian Ghanimah , Rampasan yang berjaya diperolehi oleh tentera Islam terdiri dari 6 ribu tawanan, 24 ribu unta, 40 ribu biri-biri dan 4 ribu awqiyah emas. Rasulullah menyuruh dihimpunkan kesemuanya dan di tempatkan di al-Ja’ranah dengan melantik Mas’ud bin Amru al-Ghaffari sebagai penjaganya tanpa membahagikannya hinggalah selesai gerakan ke atas Taif. Kepada para mualaf penduduk Makkah yang baru masuk Islam Rasulullah memberikan ghanimah dan sejumlah pemberian bagi mengikat hati mereka kepada Islam
Description: dari ibnu abas
Terjemahan hadith:
Dari Ibnu Abbas r.a katanya: Ketika hari peperangan Hunain, Rasul Allah s.a.w. telah melebihkan atau mengutamakan beberapa orang dalam pembahagian harga rampasan perang, lalu diberi kepada  Aqra` bin Habis seratus ekor unta dan kepada `Uyainah bin Hisn seperti itu juga (seratus ekor unta). Juga diberi kepada pembesar-pembesar Quraisy dan mengutamakan   pembahagian kepada  mereka. Kemudian ada seorang lelaki berkata: “Demi Allah pengagihan secara ini tidak ada keadilannya dan agaknya tidak dikehendaki untuk mencari keridhaan Allah”. Saya berkata, “Demi Allah hal ini akan saya beritahu kepada Rasul Allah s.a.w.”. Saya pun terus berjumpa dengan Baginda dan memberitahu kepadanya tentang apa yang dikatakan orang itu. Maka berubahlah wajah Baginda sehingga menjadi semacam kambing merah,  merah padam mukanya lalu bersabda;” Siapakah yang dikatakan adil, jika Allah dan RasulNya tidak adil. Selanjutnya Baginda bersabda: “ Allah merahmati Nabi Musa, ia telah disakiti dengan cara yang  lebih dari ini, tetapi ia tetap sabar.” Saya sendiri berkata: “Saya tak akan menceritakan   kepada Rasul Allah  selepas ini lagi”. Muttafaq alaih.
Setelah menghentikan pengepungan terhadap Thaif, Rasulullah Shalallahu Alaihi wa Sallam kembali ke Ji’ranah dan menetap disana selama sepuluh hari. Selama itu beliau belum membagi harta rampasannya dan menangguhkannya, dengan harapan ada utusan Hawazin yang datang kepada beliau untuk memohon amnesti, agar mereka bisa mendapatkan kembali barang-barang milik mereka. Karena tidak ada yang datang, beliau mulai membagi harta rampasan, agar para pemimpin kabilah dan pemuka Makkah tidak banyak bicara lagi. Orang-orang yang baru masuk islam dan hatinya masih lemah diberi bagian lebih dahulu dengan jumlah yang relatif lebih besar.

Abu Sufyan bin Harb diberi empat puluh Uqiyah dan seratus ekor onta. Itu pun dia masih meminta bagian untuk anaknya, dengan berkata,”Bagaimana dengan anak ku Yazid?”
Maka beliau memberi Yazid sejumlah itu pula. Abu Sufyan bertanya lagi, “Bagaimana dengan anak ku Mu’awiyah?” maka beliau memberikannya sejumlah itu pula. Beliau memberikan seratus ekor onta kepada Hakim bin Hizam. Tetapi dia masih meminta seratus ekor onta lagi, dan permintaanya ini pun dipenuhi. Shafyan bin Umayyah diberi seratus ekor onta, kemudian seratus ekor lagi dan ditambah seratus ekor onta lagi. Begitulah yang disebutkan dalam Asy-Syifa’, Al-Harits bin Kaladah diberi seratus ekor onta, begitu pula beberapa orang lainnya yang termasuk dalam jajaran pemuka Quraisy dan kabilah lainnya. Selain mereka ada yang diberi lima puluh ekor onta, empat ekor onta, hingga ada kabar yang tersebar bahwa Muhammad tidak akan takut miskin meskipun berapa pun yang beliau berikan.
Karena itu orang-orang Arab berbondong-bondong mengerumuni beliau untuk meminta harta, hingga beliau terdesak hingga sampai ke sebuah pohon dan mantel beliau terlepas. Beliau bersabda, “Wahai orang-orang, kembalikan mantel ku. Demi yang diriku ada ditangan Nya , andaikan aku memiliki semua tanaman di Tihamah, tentu aku akan memberikannya kepada kalian, hingga kalian tidak menyebut aku sebagai orang yang kikir, penakut, dan pendusta.”
Kemudian beliau berdiri disamping onta milik beliau, memegangi punuknya sambil memegang sebiji gandum. Beliau mengangkat sebiji gandum itu seraya bersabda, “Wahai semua orang, demi Allah, aku tidak lagi menyisakan harta rampasan kalian, termasuk pula sebiji gandum ini kecuali ini kecuali seperlimanya, dan seperlimanya itu pun sudah diserahkan kepada kalian.”

Setelah memberikan bagian kepada orang-orang yang baru saja masuk islam dan hatinya masih lemah, Nabi SAW memanggil Zaid bin Tsabit agar mendatangkan sisa harta rampasan dan mengumpulkan semua orang. Masing-masing orang mendapat bagian empat ekor onta dan empat puluh domba. Jika ia seorang penunggang kuda, maka dia mendapat bagian dua belas ekor onta dan seratus dua puluh ekor domba.
Cabaran seterusnya menenangkan dan melunakkan anggapan golongan Ansar yang tidak diberikan ghanimah. Berdasarkan pembahagian tersebut tiada yang tinggal kepada golongan Ansar, menyebabkan mereka tidak berpuas hati. Tetapi ada sebahagian kaum Anshar yang merasa keberatan atas tindakan ini dan bersangka buruk: "Semoga ALLAH mengampuni Rasul-NYA, Baginda صلى الله عليه وآله وسلم memberikan Quraisy dan membiarkan kita padahal pedang-pedang kita masih menitiskan darah mereka  Orang-orang Anshar termasuk mereka yang tidak bisa menerima kebijakan beliau ini karena mereka semua tidak menerima bagian dari harta rampasan Hunain. Padahal justru merekalah yang lebih banyak dilibatkan saat terjadi krisis, bertempur bersama Rasulullah SAW hingga dapat membalik keadaan pasukan Muslimin, yang tadinya kocar-kacir menjadi menang secara telak. Tetapi justru mereka tidak mendapatkan apa-apa.

Ibnu Ishaq meriwayatkan dari Abu Sa’id  Al-Khudri, dia berkata, “Setelah Rasulullah SAW membagi-bagikan bagian kepada orang-orang Quraisy dan kabilah-kabilah Arab, sementara orang-orang Anshar tidak mendapatkan pembagian itu sedikitpun, maka menyebar suara kasak-kusuk diantara mereka hingga ada yang berkata, “Demi Allah, Rasulullah SAW telah bertemu kaumnya sendiri!” Lalu Sa’ad bin Ubadah masuk ke tempat beliau seraya berkata, “Wahai Rasulullah, di dalam diri orang-orang Anshar itu ada perasaan yang mengganjal terhadap diri engkau, karena apa yang engkau lakukan dalam membagi harta rampasan itu.. Engkau membagi-bagikannya kepada kaum engkau sendiri dan engkau memberikan bagian yang amat besar kepada berbagai kabilah Arab, sementara orang-orang Anshar tidak mendapatkan apa pun.”

“Lalu maukah engkau menempatkan diri mu wahai Sa’ad? Tanya beliau. “Wahai Rasulullah, aku tidak mempunyai pilihan lain melainkan harus bersama kaumku,”jawab Sa’ad.
“Kalau begitu kumpulkan kaummu di kandang ini,”sabda beliau.
Sa’ad bin Ubadah mengumpulkan semua orang Anshar di kandang yang dimaksudkan. Ada beberapa Muhajirin yang ikut datang, namun mereka tidak diperkenankan masuk dan hanya orang-orang Anshar saja yang boleh masuk. Ada kelompok Muhajirin lainnya yang datang, tetapi mereka ditolak. Setelah semua orang Anshar berkumpul, Sa’ad bin Ubadah mengabarkannya kepada Nabi Shalallahu Alaihi wa Sallam, lalu beliau mendatangi mereka.
Setelah memuji Allah dan mengagungkan-Nya, beliau bersabda, “Wahai semua orang Anshar, ada suara kasak-kusuk yang sempat ku dengar dari kalian dan di dalam diri kalian ada perasaan yang mengganjal terhadap aku. Bukankah aku dulu datang. Sementara kalian dalam kesesatan lalu Allah memberikan petunjuk kepada kalian? Bukankah kalian dulu miskin lalu Allah membuat kalian kaya, juga menyatukan hati kalian?”
Mereka menjawab,”Begitulah Allah dan Rasul-Nya lebih murah hati dan lebih banyak karunianya.”
“Apakah kalian tidak ingin memenuhi seruanku wahai semua orang Anshar?” Tanya beliau.
Mereka berganti bertanya, “Dengan apa kami harus memenuhi seruanmu wahai Rasulullah? Milik Allah dan Rasul-Nyalah anugerah dan karunia.”
Setiap kali Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم bertanya, mereka menjawab: “Benar! ALLAH dan Rasul-NYA lebih pemurah dan utama.“
Beliau bersabda,”Demi Allah, kalau kalian mau, sementara kalian bisa membenarkan dan dibenarkan, maka kalian bisa berkata, “Engkau datang kepada kami dalam keadaan didustakan, namun justru kami membenarkan engkau, dalam keadaan lemah dan kamilah yang justru menolong engkau, dalam keadaan terusir dan justru kamilah yang memberikan tempat, dalam keadaan tidak punya apa-apa dan justru kamilah yang menampung engkau’. Pengarang lain menyebut , Nabi melanjutkan: “Demi ALLAH, jika kalian mahu, tentu kalian dapat mengatakan yang sebenarnya: Anda datang kepada kami sebagai orang yang didustakan, kemudian kami benarkan. Anda datang sebagai orang yang dihinakan kemudian kami bela. Anda datang sebagai orang yang diusir kemudian kami lindungi. Anda datang sebagai orang yang menderita kemudian kami santuni.“
Apakah di dalam hati kalian masih membesit harta keduniaan, yang dengan keduniaan itu aku hendak mengambil hati segolongan orang agar masuk islam, sedangkan terhadap keislaman kalian aku sudah percaya?
Wahai semua orang Anshar, apakah kalian tidak berkenan di hati jika orang lain pergi membawa domba dan onta, sedangkan kalian kembali bersama Rasul Allah ke tempat tinggal kalian? Demi yang jiwa Muhammad ada ditangan-Nya, kalau bukan karena hijrah, tentu aku termasuk orang-orang Anshar. Jika orang-orang menempuh suatu jalan di celah gunung, dan orang-orang Anshar, menempuh suatu celah gunung yang lain, tentu aku memilih celah yang ditempuh orang-orang Anshar. Sesungguhnya kalian akan menghadapi diskriminasi sepeninggalanku maka bersabarlah hingga kalian berjumpa denganku di telaga (surga). Ya ALLAH limpahkanlah rahmat-MU kepada kaum Anshar, kepada anak-anak kaum Anshar, dan kepada cucu kaum Anshar.“
Mendengar ucapan nabi tersebut kaum Anshar menangis hingga jenggot mereka basah karena air mata. Mereka kemudian menjawab “ Kami  rela mendapatkan Allah dan Rasul-Nya sebagai pembagian dan jatah kami”. ( HR. Bukhari, Muslim, Ibnu Ishaq dan Ibnu Sa’ad). Setelah itu beliau kembali lagi ke tempat semula dan mereka pun bubar.
Menghadapi golongan badwi yang kasar . Berlaku kepada Rasulullah secara langsung. Ada sejumlah orang Arab Badwi mengekori Nabi صلى الله عليه وآله وسلم kemudian memintanya agar menambahkan pemberian kepada mereka hingga mereka memaksa beliau dengan menarik kain burdah (selendang) yang dipakainya. Nabi صلى الله عليه وآله وسلم menoleh kepada mereka seraya bersabda: “Berikanlah selendangku wahai kaum! Demi ALLAH, seandainya aku mempunyai harta sebanyak pohon di Tuhamah nescaya aku berikan kepada kalian, kemudian kalian tidak akan mendapatiku bakhil, pendusta, atau pengecut. Wahai manusia, demi ALLAH, aku tidak punyai hak keatas harta fa‘I (rampasan perang) kalian kecuali seperlima dan itupun dikembalikan kepada kalian".
Ada pula seorang Arab Badwi yang mendatangi Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم kemudian menarik kain burdahnya dengan kasar sehingga menimbulkan bekas gesekan burdah di leher Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم . Sambil berbuat kasar seperti itu orang Badwi tersebut menuntut: “Perintahkan orang supaya memberikan sebahagian kekayaan ALLAH yang ada padamu.“ Tetapi Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلمdengan tenang tersenyum menghadapi tindakan kasar orang Badwi itu dan memberinya dengan suatu pemberian.