Wednesday, October 19, 2011

Kisah Baru

Beberapa siri yang lepas tajuknya menjadi tulisan Hindi. Rupanya kerana settingnya bahagian Bahasa ditukar kepada Hindi. Patutlah semua tajuk bertukar font. Aduh mana bisa ditulis tajuk kalau semuanya berubah...
11 Oktober 2011 Hari Selasa mertua lelaki Muda bin Taib meninggal dunia. Beliau dikebumikan di perkuburan Kampung Banggol Donas berhampiran dengan lebuhraya baru yang belum siap. Selesai acara tahlil pada Jumaat 14 Oktober ibu mertua pula demam dan ditahan di wad Hospital Besar Terengganu. Wad 8.
Apabila melawatnya kelmarin 18 Oktober berjumpa dengan kawan lama dari sekolah rendah hingga tingkatan tiga . Terakhir berjumpa tahun 1979 . Juga ibu seorang kawan yang batuk berdarah. Hari ini terima sms dari seorang Sahabat baik dari Sekolah Menengah hingga Universiti ... akan berangkat ke tanah suci pada 21 Oktober.... tapi saya .... kleper ini masih kosong sudah dua hari tidak bekerja kerana hujan (17-18).....