Friday, April 22, 2011

Khadijah binti Khuwailid : Benarkah 40 tahun umurnya

Apabila bercerita kisah Nabi Muhammad saw secara tidak langsung nama Khadijah akan disebut. Beliau seorang wanita yang banyak berjasa kepada perjuangan Islam. Seorang wanita yang bangsawan lagi dermawan. Bagaimana beliau menyerahkan dagangannya kepada Rasulullah saw untuk diniagakan ke Syam. Bagaimana kemudiannya beliau tertarik kepada Rasulullah dan meminangnya. Bagaimana beliau berkahwin dengan Rasulullah saw. Kemudiannya melahirkan anak-anak Rasulullah yang selalu disenandungkan ..anak Nabi kita ada tujuh orang, tiga lelaki empat perempuan. Qasim , Abdullah, Zainab, Ruqayyah, Ummu Kalthum dan Fatimah. Cuma Ibrahim yang berlainan ibu. Bagaimana kemudiannya beliau wafat dalam keadaan miskin dan tahun kewafatannya disebut sebagai Tahun Kesedihan (Aamul Huzn).
Dikisahkan ketika berkahwin dengan Rasulullah beliau berumur 40 tahun dan sebelumnya telah berkahwin sebanyak 2 kali. Beliau telah dua kali menjanda tetapi berkahwin dengan Rasulullah walaupun ramai lagi orang lain yang berkenan dengannya. Beliau dikatakan begitu cantik sehingga menawan ramai pembesar Mekah tetapi hanya kepada Rasulullah sahaja ia tertarik.
Apabila berkahwin beliau dikurniakan enam orang anak iaitu Qasim, Abdullah, Zainab, Ruqayyah, Ummu Kalthum dan Fatimah. Sekiranya dikatakan anak-anak itu dilahirkan seorang setahun maka umur Khadijah adalah sekitar 46 tahun. Umur yang agak lanjut untuk melahirkan anak walaupun bukan suatu yang mustahil kerana wanita Quraish mengikut Shafie masih didatangi haid sehingga 65 tahun. Bagaimana sekiranya dua tahun seorang? Berapakah beza umur antara Zainab, Ruqayyah dan Ummu Kalthum? Tentulah umurnya sekitar 52 tahun..beliau diriwayatkan wafat pada 10 Ramadhan tahun 621Masihi manakala Rasul menjalani mi’raj pada 27 Rajab tahun yang sama iaitu selepas kematian Abu Talib.
Berapakah umur Fatimah ketika kewafatan ibunya sehingga beliau digelar Ummu Abiha..Satu riwayat menyatakan beliau dilahirkan pada hari Jumaat 20 Jamadil Thani tahun ke lima bi’thah atau 615M. Fatimah berusia 5 tahun ketika Khadijah wafat. Rasulullah pula berusia 50 tahun ketika Khadijah wafat jadinya usia Khadijah ketika melahirkan Fatimah lebihkurang 60 tahun. Mengikut M.H. Shakir, Fatimah lahir di Makkah pada 20 Jamadil Thani 18 tahun sebelum hijrah.
Ada riwayat menyatakan saat kelahiran Fatimah digambarkan oleh Khadijah sendiri apabila beliau meminta pertolongan daripada tetangganya tetapi ditolak sehingga beliau didatangi empat orang yang tinggi dengan lingkaran cahaya sekitar mereka...... kenapa hanya kelahiran Fatimah yang digambarkan, bagaimana dengan kelahiran-kelahiran yang terdahulu...
Jangkamasa beliau hidup bersama dengan Rasulullah lebihkurang 25 tahun. Riwayat menyatakan Rasulullah berusia 50 tahun ketika kewafatannya. Setelah menjalani proses pengasingan selama 3 tahun , penderitaan yang berterusan beliau wafat setelah mengasuh Fatimah selama 5 tahun. Sebab itu Fatimah kemudian bertindak menggantikan ibunya terhadap bapanya sehingga Rasulullah sendiri memanggilnya sebagai Ummu Abiha.
Kenapa hanya Fatimah yang perihatin terhadap bapanya, bagaimana dengan Zainab, Ummu Kalthum atau Ruqayyah. Kenapa mereka yang telah memasuki alam remaja ini tidak mempedulikan bapa mereka? Adakah Nabi itu bukan bapa mereka? Hanya tangan kecil Fatimah sahaja digambarkan sering menyapu kepala bapanya ketika dianiaya oleh kafir Quraisy. Membuang kotoran, pasir dan sebagainya tetapi remaja-remaja itu tidak mempedulikan bapa mereka.
Kesaksian al-Quran – Rasulullah tidak pernah melanggar segala perintah Allah sebelum atau sesudah diangkat menjadi Rasul. Al-Quran secara jelas melarang perkahwinan antara wanita muslimah dengan orang kafir. Antaranya ayat 2:221 , 60:10, 2:89 ,2:98 , 6 :28.
Kesaksian Sejarah
Rasulullah hanya menyukai Fatimah dan anak-anaknya. Baginda tidak pernah menyebut tentang Zainab, Ruqayyah dan Ummu Kalthum sedangkan baginda adalah seorang yang adil dan maksum. Hanya Fatimah yang masih kecil memberi pertolongan kepada baginda.
Dalam beberapa keadaan Rasul hanya menyebut Fatimah seperti sekiranya Fatimah anakku mencuri..... Wahai Fatimah binti Muhammad semasa yaumul Inzar. Fatimah adalah daripadaku sesiapa yang menyakitinya bererti menyakitiku. Fatimah adalah bagian dari jantung hatiku.