Monday, March 5, 2012

12 sebab kenapa anda tidak kaya


"Terdapat rahsia berkenaan psikologi wang. Kebanyakkan orang tidak tahu perkara itu. Kerana itu ramai orang tidak pernah mendapat kejayaan dalam kewangan. Kekurangn wang bukanlah masalahnya, tetapi ia symptom pada apa yang berlaku dalam diri anda."

Anthony robbins dalam salah satu programnya memberikan 12 sebab yang beliau perhatikan menjadi faktor kenaa ramai orang gagal menjadi kaya.

  1. Ramai yang tidak menentukan dan menjelaskan secara spesifik ataupun mendalam maksud kekayaan dalam kehidupan
  1. ramai yang mempunyai matlamat kewangan yang berubah-ubah. Apabila anda mempunyai matlamat, tetapkan matlamat itu sehingga anda dapat mencapainya.
  1. tidak mempunyai matlamat yang mampu dicapai dan realisti. Jangan membina matlamat yang anda tidak percaya mampu mencapainya.
  1. tidak memulakanya. Tentu anda hairan, ini adalah masalah yang menjadi penyakit orang yang gagal. Yang penting, mulakan, kemuadian teliti dan sesuaikan mengikut perancangan.
  1. ramai yang tidak nampak keperluan mencapainya, tidak komited mendapat kekayaan dan tidak sanggup berkorban bagi mendapatkannya.
  1. tidak mempunyai rancangan dan strategi yang betul bagi mencapainya.
  1. apabila mereka mempunyai perancangan, terdapat pula ramai yang tidak mengikut perancangan yang dirancang itu.
  1. memberikan tanggungjawab kepada pihak lain. Terdapat juga yang memberikan beberapa usaha kepada pihak lain bagi menjalankan perancangan mereka.
  1. mudah mengaku kalah apabila bertemu halangan. Begi berjaya, jangan mudah mengaku kalah ataupun menyerah.
  1. tidak mempunyai kawalan kewangan yang betul dalam kehidupan mereka.
  1. mudah dipengaruhi oleh idea-idea yang diberikan oleh rakan-rakan.
  1. tidak mempunyai mentor ataupun sokongan daripada orang yang berkebolehan dalam bidang yang diceburi.