Friday, February 17, 2012

Bagaimana cara mengubah sikap dan tingkah laku orang bawahan

Dale Carnegie - How To Win Friends and Influence People

Bagaimana cara menghadapi orang bawahan

Prinsip 1 : Mulakan dengan pujian dan penghargaan yang ikhlas
Prinsip 2 : Berikan perhatian secara tidak langsung terhadap kesalahan seseorang
Prinsip 3 : Tonjolkan kesalahan anda sendiri dahulu sebelum mengkritik orang lain.
Prinsip 4 : Mengajukan pertanyaan dan bukannya memberikan perintah secara terus.
Prinsip 5 : Menyelamatkan maruah diri orang lain.
Prinsip 6 : Berikan pujian terhadap perkembangan kemajuan dan setiap kemajuan.
Ikhlas dalam setiap penghargaan yang diberikan dan jangan kedekut dalam memberikan pujian.
Prinsip 7 : Berikan seseorang itu reputasi yang baik tentang kebolehannya.
Prinsip 8 : Berikan galakan. Jadikan sesuatu kesilapan itu kelihatan mudah diperbaiki.
Prinsip 9 : Jadikan seseorang itu gembira apabila melakukan sesuatu yang anda inginkan.

Bagaimana Hendak Mendapat Kawan dan Mempengaruhi Seseorang

How To Win Friends and Influence People (Dale Carnegie)
Terjemahan Yusof Hj Wanjor

Prinsip-Prinsip Asas Bila Berdepan dengan seseorang.

Prinsip Pertama : Jangan Mengkritik, Menghukum atau Merungut.
Prinsip Ke dua : Berikan penghargaan yang ikhlas dan murni.
Prinsip Ke tiga : Bangkitkan keinginan yang membara dalam diri orang lain.

Enam Cara untuk membuatkan Seseorang menyukai Anda

Cara Pertama: Berikan perhatian yang ikhlas kepada orang lain
Cara Ke dua : Sentiasa tersenyum
Cara Ke tiga : Ingatkan nama seseorang kerana ianya adalah sesuatu yang sangat indah dan amat penting bunyi dalam mana-mana bahasa.
Cara Ke empat: Jadilah pendengar yang baik serta doronglah seseorang itu bercakap tentang diri mereka.
Cara Ke lima : Bercakaplah tentang sesuatu yang disukai oleh orang lain
Cara Ke enam : Buatlah agar orang lain berasa diri mereka penting dan lakukan itu secara ikhlas

Bagaimana Meyakinkan Seseorang agar Mengikut Kemahuan Anda

Prinsip 1 : Elakkan dari perdebatan
Prinsip 2 : Hargailah pandangan orang lain. Jangan sekali-kali berkata ,"Anda Silap".
Prinsip 3 : Jika anda bersalah akuilah dengan segera dan ikhlas.
Prinsip 4 : Mulailah dengan cara yang mesra.
Prinsip 5 : Ajaklah orang lain agar segera berkata, " Ya, ya " sekarang juga.
Prinsip 6 : Biarkan orang lain lebih banyak bercakap.
Prinsip 7 : Biarkan seseorang itu merasa bahawa idea itu adalah ideanya.
Prinsip 8 : Lihatlah suatu perkara dari sudut pandangan orang lain secara ikhlas.
Prinsip 9 : Tunjukkan kecaknaan anda terhadap idea dan pandangan orang lain.
Prinsip 10 : Pilihlah pendekatan yang lebih mulia.
Prinsip 11 : Huraikan idea anda itu secara lakonan.
Prinsip 12 : Berikan cabaran kepada seseorang.