Friday, June 17, 2011

Kleper

Jumaat lepas (10 Jun 2011) ada kawan yang pelawa untuk bekerja. Saya ikut je sebab memang tak kerja. Dia cakap bangunan TH 5 tingkat je kerjanya cuci bangunan. Sampai tengok bangunan TH tak tinggi mana. Sarapan dulu sebab gi awal . 7:30 pagi dah ada kat sana. Tunggu-tunggu tengok adalah orang datang kemudian sky lift.

Bila tengok skylift hati mula berdebar. Alamak naik skylift ke....lepas tu bermulalah episod yang mendebarkan hati. Pemandu skylift datang dan beritahu ini suis naik ini lawannnya turun, ini suis keluar lawan masuk ini suis bakul....

Tup-tup dah berada di tingkat atas alamak bawahnya sayup je sejuk rasanya dada.... dup dap dup dap .....

begitulah kerana nak memenuhkan kleper kalau tidak kosong kleper saya...