Friday, May 20, 2011

मस्जिद Dirar

Didirikan oleh Kaum Banu Ghanam bin Auf atas hasutan Abu Amir ar-Rahi seorang Pendeta Yahudi. Seramai 12 orang terlibat dengan pembinaannya iaitu Khizm bin Khalid dari Banu Ubaid bin Zaid. Tha'labah bin Hatib dari Banu Umayyah bin Zaid, Mu'altib bin Qusyair dari Banu Dubai'ah bin Zaid, Abu Habibah bin al-Azar juga dari Banu Dubai'ah bin Zaid, Abbad bin Hunaif dari Banu Amer bin Auf, Aariyah bin Amir, Mujammi' bin Jariyah, Zaid bin Jariyah, Nabtal bin al-Harith dari Banu Dubai'ah, Bakhzaj juga dari banu Dubai'ah, Bijab bin Uthman dari banu Dubai'ah dan Wadi'ah bin Thabit dari Banu Umayyah bin Zaid.

Nabi saw menyuruh menghancur dan membakar masjid Dirar berdasarkan ayat 107 hingga 110 Surah at-Taubah. Sahabat yang terlibat dengan misi ini ialah Malik bin Dkhsyum dan Maan bin Adi ataujuga Asim bin Adi. termasuk juga Wahsy. Mereka membakar antara waktu maghrib dan Isya.