Sunday, May 8, 2011

Peristiwa Hijrah

Bercakap tentang hijrah maka cerita atau kisah peranan sebuah keluarga akan terserlah. Bagaimana seorang itu bersama dengan nabi berhijrah dan mengiringi Nabi dari Mekah, semasa dalam perjalanan, di dalam gua seterusnya sehingga sampai ke Madinah.
Kemudian anak perempuannya yang sedang sarat mengandung membawa bekalan makanan ke gua tempat persembunyian. Berulang alik setiap hari dalam keadaan yang panas terik menghantar makanan kepada bapanya dan Nabi. Mengikat makanan yang dibawa sehingga mendapat gelaran dua ikatan.
Seterusnya anak lelakinya yang kafir menemani bapanya di malam hari di gua tersebut dan balik ke Mekah pada malamnya.
Tidak ketinggalan seorang hambanya yang membawa kambing ke gua tersebut supaya tuannya dan Nabi dapat minum susu kambing segar.

Begitu besar sekali peranan keluarga ini. Mereka mendahului umat dari segi pertama masuk Islam. Menjadi teman Nabi ketika di gua. Menjadi pengikat bekalan Nabi dan seterusnya. Alangkah hebatnya keluarga ini. Mereka wajar dinobatkan sebagai keluarga mithali.

Meneliti kisah tersebut beberapa pertanyaan timbul. Antaranya bukankah Rasulullah saw telah berpesan supaya tiada siapa yang keluar pada malam baginda diperintahkan untuk berhijrah? Tidakkah perintah itu adalah satu kewajipan. Mereka mesti mematuhinya. Kenapa ada yang keluar sehingga Rasulullah terpaksa menjadikannya sahabat di perjalanan. Atau ianya tidak termasuk keengkaran kepada Rasulullah? Kalau orang itu maka tidak menjadi dosa atau maksiat. Kalau orang lain ianya dikira berdosa.

Perjalanan Rasulullah sendiri dalam keadaan sulit dan rahsia. Bagaimana si pembawa bekalan makanan dapat mengetahui lokasinya secara tepat? Sedangkan pengesan jejak dan kafir Quraish tidak menjumpainya. Hebat sekali perempuan ini walaupun dalam keadaan mengandung tetapi berjaya sampai ke tempat persembunyian bapanya. Menghantar bekalan makanan kepada bapanya. Keadaan dalam perjalanan yang payah tidak menjadi kesulitan kepadanya . Ia dapat sampai ke gua tersebut dengan selamat dan bersendirian. Hebat dan benar-benar hebat. Di katakan lokasi gua tersebut bagi orang biasa pun agak sulit untuk didaki tetapi bagi seorang perempuan yang mengandung ianya begitu mudah dan senang.

Kemudiannya peranan anaknya yang masih kafir menemani bapanya di malam hari.Setiap malam bersusah payah ke gua tersebut untuk menemani bapanya dan menyampaikan maklumat tentang pergerakan orang Quraish kepada bapanya. Sehinggalah bapanya terselamat dari kejaran Quraish Mekah apabila keluar dari gua tersebut menuju ke Madinah. Begitu juga peranan Amir bin Fuwairah yang membawa kambing....

Kalau sekiranya begitulah kisahnya, maka kenapa bapanya begitu takut apabila orang Quraish berada berdekatan dengan gua tersebut sehingga terpaksa ditenangkan oleh Rasulullah dengan ungkapan Allah maana. Kalau begitu kenapa Rasulullah terpaksa mencari sebuah gua yang agak jauh lokasinya dari perjalanan ke Madinah?.... dan seterusnya. Wallahu a'lam.