Friday, March 23, 2012

Modal Menjadi Halangan?


"Budaya kita menggalakkan kita mempelajari suatu profesion supaya kita dapat bekerja untuk wang, tetapi ia gagal mengajar kita cara menjadi kan wang bekerja untuk kita."

Ramai yang menggunakan alasan ini apabila ditanya kenapa tidak memulakan langkah. Alasan ini juga adalah penghalang hampir sebilangan besar mereka yang mempunyai cita-cita hendak berjaya.

Jadi, saya ingin memberitahu anda berkenaan kisah-kisah benar mereka yang berjaya di Malaysia tetapi bermula daripada kosong ataupun modal yang kecil. Sebenarnya, ramai jutawan mengatakan model berbentuk wang adalah 10 peratus daripada semua modal yang diperlukan oleh usahawan yang bijak bagi memulakan perniagaan.

Modal yang penting adalah pengalaman. Ramai daripada kita boleh memulakan perniagaan hanya berbekalkan pengalaman daripada pekerjaan ataupun daripada pelajaran yang pernah dipelajari. Modal berbentuk pengetahuan juga penting kerana tanpa pengetahuan, bagaimana anda dapat memulakan perniagaan? daripada pengetahuan , anda boleh menggunakannya bagi memulakan langkah sebagai jutawan.

Ilmu Berkenaan Wang

Perkara penting yang ada dalam minda para jutawan adalah pengetahuan berkenaan kewangan. Menjadi kebolehan yang biasa bagi orang yang kaya dan terus kaya kerana mereka memahami ilmu ataupun pengetahuan berkenaan wang dengan baik. Mereka melihat setiap angka dan dapat menilai angka itu dalam wang ringgit.

Kenapa begitu? bagi orang miskin selalunya bekerja bagi mencari ataupun mendapatkan wang. Bekerja bagi orang kaya, mereka membiarkan wang bekerja bagi diri mereka. Ramai jutawan barat mahupun di Malaysia menggunakan wang yang mereka laburkan wang ke dalam saham, pelaburan hartanah, pendapatan kepada mereka dan pelabuar-pelabur yang lain.

Sekiranya anda mempunyai kemahiran ini, anda boleh meletakkan matlamat yang lebih jelas dalam membentuk kekayaan.

Di Malaysia , kita mempunyai pelbagai seminar berkenaan pelaburan dan juga buku-buku bercorak Malaysia yang memberi pengetahuan asas dalam pelaburan. Azizi ali adalah penulis yang saya minati mempunyai koleksi buku berkenaan pelaburan yang baik bagi anda pelajari.

Malangnya, budaya masyarakat kita kedekut membelanjakan wang bagi membangunkan diri sendiri. Perkara yang menyedihkan apabila kita menilai angka yang kaum melayu belanjakan hampir RM 1 bilion dalam perjudian dan arak . tetapi itu tidak memberikan pembangunan ataupun kebaikan pada diri mereka.

Sekiranya anda perokok, secara purata anda membelanjakan hampir RM 150.00 sebulan bagi tujuan itu. Harga senaskhah buku secara puratanya adalah antara Rm 30.00 dan RM 50.00 bagi buku keluaran Malaysia. Anda boleh menambah pengetahuan berkenaan pelaburan ataupun kewangan apabila mula memfokuskan perkara itu dalam kehidupan.