Thursday, July 1, 2010

kleperpitih

Seorang rakan sekerja bertukar bidang pada 1 Julai 2010. Hari terakhirnya pada Rabu 30 Jun sepatutnya menjadi hari yang baik walaupun tidak yang terbaik. Malangnya pengakhirannya meninggalkan kesan yang tidak baik. Saya melihatnya sebagai seorang yang boleh diharapkan. Boleh diberi tanggungjawab tetapi sebaliknya. Dialah antara orang yang masih mengetahui tentang kleperpitih. Dialah yang masih mengenal kleperpitih. Antara ramai-ramai rakan sekerja dialah yang orang yang boleh dilawan bercakap, berbicara serta mendengar antara satu sama lain. Malangnya dialah orang yang dituduh mengambil sesuatu dalam kleperpitih.
Cukup perit mengetahui perbuatannya. Ingatkan apabila dipercayai ia menjadi lebih baik tapi rupanya ia kencing atas periuk yang di dalamnya berisi nasi yang dimakannya. Di situ ia makan tapi di situ juga ia kencing. Ia telah mengkhianati dirinya sendiri.
Saya masih berfikir tentangnya. Kenapa ia melakukannya. Kenapa kleperpitih yang bukan kepunyaannya dibuka dan diambil apa yang ada di dalamnya. Adakah ia betul-betul terdesak atau ada sebab lain? Sekiranya ia betul-betul terdesak seharusnya ia ingat masih ramai lagi yang kekurangan lebih daripadanya. Masih ramai yang memerlukan pitih lebih daripadanya. Ia tiada tanggungan kecuali pembayaran kereta. Atau ia mengambil sesuatu yang menyebabkannya bertindak begitu?
Betulkah ia begitu terdesak? Ada juga ia memberitahu meminjam daripada adik beradik untuk melunaskan pembayaran kereta. Betul ke? Ia juga telah menjual sebuah tempat mengajar dengan harga RM300. Kemudian minta lagi RM50. Semuanya mengelirukan. Ia bertindak tanpa memikirkan akibatnya.
Ia juga menjual apa yang ada dalam kleperpitih yang diselongkarnya kepada orang yang ada hubungan . Pembeli mengenal dirinya lalu memberi kepada orang kedua. Tapi orang kedua adalah orang yang memberi hadiah kepada pemilik kleperpitih. Terbongkarlah rahsia kecerdikannya. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Semoga ia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya. Kerjalah dengan baik di tempat baru jangan ulangi perbuatan lalu. Insaflah , Allah masih sayangkan kita.