Wednesday, September 15, 2010

Kampung Padang Air Kuala Terengganu

Mahmud bin Haji Yusof. Haji Yusof turun dari kapal yang pecah(Wangkang?) dari Petani (bersama Datu?). Mahmud pergi ke Perlis dan berkahwin dapat 2 orang anak. isterinya mati (taun). Balik ke Terengganu kemudian ke Perlis berkahwin dapat anak dan isterinya mati , balik semula ke Terengganu. Berkahwin lagi dan dapat lagi anak antaranya Jusoh yang bongsu.
Sebuah kubur Tok Sheikh Kadir Bukit Bayas terletak di Padang Air. Mengikut seorang penduduk tempatan ketika hampir ke penghujung usia beliau datang ke sini dan berjumpa dengan seorang anak muridnya Haji Man dan meminta sedikit tanah untuk dijadikan kubur, diberikan dan apabila ia mati dikebumikan di sini dan tempat itu terkenal dengan namanya iaitu wakaf Sheikh Kadir. Mempunyai sebuah telaga dan sebuah wakaf di samping kuburnya. Dulunya menjadi tempat orang menyampaikan nazar. Sebuah kubur lagi terletak di kawasan perkuburan Sheikh Ibrahim Kuala Terengganu. Sheikh Abdul Kadir datang ke Terengganu seramai 4 orang. Sebelumnya di Kelantan kemudian ke Terengganu dan membuka tempat pengajian di Pulau Duyung serta Bukit Bayas. Dikatakan menjadi mufti Terengganu yang pertama. Namanya ialah Sheikh Abdul Qadir bin Abd Rahim al-Fathani. Terdapat 2 versi kewafatannya iaitu pada tahun 1853M dan 1864M. Tempat kewafatannya juga dua iaitu di Kg Paya Bunga dan Bukit Bayas. Manakala tempatnya dikebumikan tidak dinyatakan oleh pengkaji riwayat hidupnya. Keturunannya di Padang Air adalah seorang cucu perempuan yang dikahwini oleh cucu Mahmud bin Haji Yusof.
Wan Abdullah (Tok Sheikh Duyung) namanya Wan Abdullah bin Muhammad Amin bin Yaaqub al-Fathani lahir pada 1216H/1802M dan wafat pada hari Khamis 4 petang pada 1306H/1889M. Beliau dikatakan mempunyai 21 orang anak. Bagaimanapun kisah perkahwinannya tidak dinyatakan oleh penulis riwayat hidupnya. Walaupun ada 2 orang yang bergelar Tok Sheikh Duyung tetapi masyarakat Kampung Padang Air hanya mengenali nama Wan Abdullah. Beliau adalah seorang yang berani dan terlibat dengan pembukaan denai dan bukit. Nama kampung Bukit Wan adalah sempena namanya. Anaknya dari isteri di sini adalah seorang perempuan tetapi namanya tidak jelas. Dulu-dulu orang tua-tua selalu berpesan kalau masuk hutan cerang beritahu bahawa kita adalah anak cucu Wan Abdullah maka jin tidak berani usik. Wan Abdullah mana satu tak jelas. Kampung Pondok lalang juga dikaitkan dengannya kerana membina sebuah pondok yang beratapkan lalang. Sebab itu kampung tersebut dikenali sebagai kampung pondok lalang.
Abdullah bin Ibrahim (Butir/Putih?) bin (Karim bin Datu ?) mempunyai 2 orang anak di Terengganu iaitu Mamat dan Minah (Halimah?. Abdullah seorang yang mahir bersilat kerana kemahirannya beliau telah dikahwinkan dengan anak tok gurunya semasa di Perak. Beliau mempunyai beberapa peralatan yang seperti tombak dan keris. Mamat berkahwin dengan Setawa (Siti Hawa?) dan mendapat tiga orang anak iaitu Yaaqub, Hawa dan Chik. Yaaqub berkahwin tiga tetapi hanya mempunyai dua orang anak iaitu Yusof dan Omar (Padang Rengas Perak)dari 2 orang isterinya. Beliau membawa diri ke Siam dan mati di Kuala Reba pada tahun 1946. Hawa berkahwin dengan Ngah dan mendapat 6 orang anak iaitu Muda, Embong, Jusoh, Ali, Abdul Rahman dan Putih. Manakala Chik mempunyai seorang anak bernama Mat Tahir. Minah berkahwin dengan Abdullah bin Husin (Kubang Buyung) dan memperolehi tiga orang anak iaitu Mat Amin , Jusoh dan Musa. Hanya Mat Amin dan Jusoh mempunyai zuriat.

Monday, September 13, 2010

Kampung Padang Air (2)

Sunday, September 5, 2010

Kampung Padang Air

Lokasi
Sebuah kampung yang unik kerana sebahagian besar sempadannya parit atau sungai. Sebelah baratnya ialah Parit Tok Jiring . Parit ini memisahkan Kampung Padang Air dengan Kampung Tok Jiring dan Kampung Tuan Mandak. Parit ini bersambung dengan Sungai Nerus iaitu cawangan Sungai Terengganu. Sungai Nerus atau Inderus menurut sebutan lama. Dihubungkan dengan Tok Jiring oleh beberapa buah jambatan yang utamanya jambatan jalanraya Kuala Terengganu ke Kota Bharu.
Sebelah Selatan sempadannya ialah Sungai Nerus di mana kampung yang berseberangan ialah Kampung Petai Bubus, Kampung Tanjung Sabtu. Sungai ini membentuk selukan menganjur ke sebelah barat laut. Sebelah baratnya sempadannya sebuah sungai mati yang dipanggil sungai Buta. Kampung berdekatan ialah Pemalu Gandeng dan Bukit Berangan. Kampung Padang Air dipisahkan dengan kampung Bukit Berangan oleh beberapa buah bukit seperti bukit Che Lah, bukit Aji Mat Saudagar. Sebelah utaranya adalah kawasan lembah yang dikenali sebagai baruh Tok Jiring.
Kampung Padang Air direntangi oleh jalanraya Kuala Terengganu Kota Bharu yang menganjur dari timur ke barat. Penempatan awal adalah adalah di tebing sungai Nerus yang di monopoli oleh keturunan dari istana seperti Long dan Nan.
Nama-Nama Tempat
Banyak nama telah ditinggalkan oleh generasi dahulu dalam memperkenalkan tempat yang mereka diami atau tempat kegiatan antaranya Padang Sungai, Alur Pak Leh, Alur Menerih,, Kubur Tanjung, Perlis, Gong Mak Wan,Duhu, Lubuk Aji, Lubuk Toman, Pengkalan Pasir, Bukit Machang, Padang Tok Serak, Sungai Buta, Jirat, Barang, Wakaf Sheikh Kadir, Bukit Nanas, Alur Sawa, Tanjung Rambai, Bukit Durian, Bukit Aji, Bukit Kapas, Bukit Kecil, Peradong, Padang Darat, Baruh dekat, alur dan lain-lain.
Keturunan Awal
Keturunan awal yang mendiami Kampung Padang Air antaranya keturunan Petani (Datu) seperti Abdullah bin Ibrahim dan Mahmud. Abdullah berasal dari Petai Bubus meninggalkan dua orang anak di sini kemudian berpindah ke Perak (Padang Rengas) berkahwin dengan anak Panglima Ismail serta meninggal di sana. Mahmud meninggalkan beberapa orang anak di sini dan berhijrah ke Perlis. Terdapat beberapa versi tentang kegagahan dan keberanian mereka berdua.
Keturunan Wan Abdullah (Tok Sheikh Duyung?). Beliau dikatakan berkahwin tiga di Hiliran, di sini dan di Bukit Wan. Di sini beliau mendapat seorang anak perempuan. Beliau sentiasa berulang alik antara Hiliran, Padang Air dan Bukit Wan. Beliau dikatakan meninggal dunia di Pulau Duyung.
Keturunan Sheikh Abdul Kadir (Bukit Bayas?). Kuburnya berada dekat dengan jalanraya Kuala Terengganu Kota Bharu. Tempat tersebut dikenali sebagai Wakaf Sheikh Kadir.
Keturunan Husin orang Kubang Buyung. Beliau dikatakan merajuk dari kampungnya dan berkahwin di sini. Beliau mempunyai ramai anak dan menyumbang sebahagian besar penduduk kampung ini.
Ketua Kampung
Antara ketua kampung ialah Ngah Perak, Jusoh bin Mahmud, Daud bin Haji Embong, Abdullah bin Jusoh dan terbaru Abu Bakar atau Alias bin Mohamad .
Kemudahan Yang Ada.
Sebuah masjid, tiga buah surau, sebuah balairaya, beberapa buah kedai runcit, kedai makan sepanjang jalan Kuala Terengganu Kota Bharu, sebuah sekolah rendah iaitu Sekolah Kebangsaan Padang Air, Klinik Bidan, Shell Tepoh , Kilang Bata dan terbaru cawangan Pasaraya Sakan.
Kawasan Baruh berdekatan yang telah ditambun sedang dimajukan dengan lot perniagaan dan kawasan perumahan. Ianya akan membentuk penempatan baru dikenali sedagai Taman Desa Soleha selain yang telah diduduki seperti Taman Bukit Durian, Taman KoGuru.