Saturday, July 24, 2010

Viral Marketing

Perniagaan semakin berkembang pesat. Setiap hari sentiasa berlaku pertambahan perniagaan lebih-lebih lagi perniagaan secara on-line. Salah satu konsep perniagaan yang telah direbrandkan ialah viral marketing Asalnya cuma dalam perniagaan biasa yang dikembangkan secara mulut ke mulut tetapi diberi nafas baru iaitu dikembangkan secara on line melalui pautan kepada permulaan. Cara ini telah digunakan oleh Hotmail pada awalnya.
Viral marketing boleh berkembang apabila anda memberikan sesuatu secara percuma (free) bagaimanapun apa yang diberi itu mempunyai link kepada anda. Apabila pihak yang diberikan menggunakannya sepintas lalu link anda akan kelihatan dan ada kemungkinan ianya diklik oleh pengguna tersebut. Seterusnya apabila pengguna pertama memberikan kepada kedua berlakulah seperti yang pertama tadi. bayangkan sekiranya sepuluh, seratus dan seterusnya. Semuanya akan berkembang secara pesat. Bolehlah dikatakan kembali kepada asal dan apabila ini berlaku perniagaan tersebut akan terus berkembang.
Konsep ini telah diutarakan oleh Dr Ralph F Wilson pada awal 2000. Enam bulan kemudian beliau telah dikejutkan dengan panggilan telefon yang memanggilnya King of Viral Marketing. Pendapat beliau boleh diikuti pada laman web E-Mail Marketing and Online Marketing . Dalam laman webnya dipaparkan kelebihan viral marketing beserta dengan cara-cara yang beliau gunakan. Sesiapa yang berminat bolehlah melayari laman webnya dan mengambil artikelnya secara percuma.
Laman web di Malaysia yang membuat catatan tentang Viral Marketing salahsatunya yang dihostkan oleh Aboain. Beliau mengatakan bahawa konsep Viral Marketing adalah salah satu teknik yang murah dan berkesan. Teknik ini menyebabkan kita mendapat visitor yang ramai tetapi tidak dikenali kerana berlakunya sebaran maklumat secara tersusun. Bermula dari visitor yang ramai kemungkinan ianya akan menjadi pelanggan anda.