Monday, July 19, 2010

Perpaduan Melayu

Kebelakangan ini semua media menumpukan kepada satu isu. Isu yang lapuk tetapi kembali dihangatkan. Isu yang telah basi tapi dipanaskan kembali. Isu yang telah lama dilupakan tetapi dicanang-canang.Isu yang hambar ditambah perisa.
Perpaduan Melayu - bersatulah bangsa Melayu jika tidak kuasa kamu akan lupus. Berpadulah demi ketuanan bangsa Melayu , berdamailah demi keutuhan kuasamu.... dan sebagainya.Semuanya diseru sehinggakan mufti juga ikut sama mengacau nasi basi. Mufti sepatutnya bercakap tentang agama tetapi terlajak dalam bangsa.Biarlah Hang Tuah yang bercakap tentang bangsa mufti cakaplah tentang agama.
Sebelum itu ada baiknya diajukan soalan-soalan basi ini supaya dikhatam semula oleh mufti tersebut. Pihak manakah yang membuang mufti Selangor? Pihak manakah yang menyekat royalti minyak dan gas ke Terengganu dulu dan kini? Pihak manakah yang menyekat royalti minyak ke Kelantan sekarang. Pihak manakah yang menangkap tahanan ISA terutama anak Tok Guru Nik Aziz sendiri? Pihak manakah yang menghalalkan judi, arak dan segala bentuk maksiat? Pihak manakah yang mencanangkan bahawa PAS adalah Parti Ajaran Sesat. Pihak manakah yang telah membunuh orang-orang di Memali? Pihak manakah yang merobohkan masjid dan surau . Pihak manakah yang melarang Kelantan melaksanakan hukum hudud? Pihak manakah yang mengatakan kalau dipotong tangan pencuri nescaya ramailah orang Islam yang kudung tangannya? dan seterusnya soalan-soalan yang telah termuat dalam bank soalan.
Apakah mufti tersebut telah lupa atau buat-buat lupa ? Kes burung murai...Atau mufti tersebut tiada apa-apa nak buat sekadar membaca diari lama... peninggalan Hang Tuah? Lalu diajaklah Melayu bersatu untuk apa? Nak jadi mufti hingga ma...Kata Tun Mahathir dulu Melayu mudah lupa. Lupa ke rupa... Kalau l dan r bertukar jadi apa ye? Atau Hang Tuah jadi Hang Buah...Hentam ajelah. Blog ni untuk bahasa tengganu jadi blog politik pulak. Mulaa ah.