Sunday, April 8, 2012

Kuasa Memberi

Kuasa Memberi
"manusia dapat mengubah kehidupan dengan cara mengubah caranya berfikir."
Adakah anda sudah kaya? Saya ingin berkongsi perkara yang berkesan
apabila kita ingin mendapatkan sesuatu perkara. Sebenarnya, amalan
ini dipraktikkan oleh nabi Muhammad dalam kehidupan beliau seharian
dan menjadi ubat yang berkesan apabila kita ingin mencapai perkara
yang diimpikan.

Memberi adalah kunci kepada banyak perkara yang ada dalam dunia
ini. Apabila anda berhenti sebentar dan lihat di sekeliling, anda
sedar ada banyak peluang yang dapat memberikan kekayaan. Anda
berikan.
Anda mendapatkan wang apabila memberi memberi perkhidmatan
kepada orang lain. Apabila anda memberi, alam semula jadi juga
bertindak balas memberi kepada diri anda.
Sekiranya anda tidak mahu
memberi apa-apa dalam kehidupan, amalm juga bertindak balas tidak
memberikan apa-apa kepada kehidupan anda.

Berikan dengan ikhlas, tanpa perlu diminta dan di tempat yang anda
rasa gembira apabila memberi kepada mereka. Perasaan yang lahir itu
adalah tenaga kekayaan yang murni. Sekiranya anda berasa gembira
apabila memberi, alam kehidupan gembira memberikan kekayaan yang
tidak terbalas kepada kehidupan anda.