Monday, April 9, 2012

Mulakan ! (Perkara yang Ramai) orang gagal Lakukan

Mulakan !

(Perkara yang Ramai)

orang gagal Lakukan

"sekiranya kita tidak berfikir secara usahawan, tidak menjalani hidup sebagai usahawan, tidur baring tidak sebagai usahawan dan berkawan tidak pula dengan kalangan usahawan - jiwa keusahawanan tidak tumbuh dalam jiwa kita."

Apabila anda lihat di sekeliling , adakah orang yang berjaya itu bijak pandai, mempunyai kelayakan akademik yang tinggi ataupun pengetahuan yang luas? Sebenarnya tidak.

Ramai yang menjadi jutawan adalah orang yang gagal dalam pelajaran. Ada juga mereka yang kurang keupayaan. Tetapi kenapa mereka ini boleh menjadi jutawan dan berjaya menjadi seperti hari ini?

Tidak kira berapa banyak buku ataupun seminar yang anda fahami dan pelajari, ia tidak memberikan sebarang faedah kepada anda selagi tidak memulakan langkah sekarang. Azizi ali mengatakan "mempraktikkan pengetahuan itu adalah kuasa."

Mulakan langkah anda adalah kuasa yang merealisasikan impian. Apabila anda komited dan melakukanya secara berturut-turut tanpa rasa kecewa, pasti anda mendapat hasil daripada usaha itu. Sama ada ia hasil yanganda inginkan ataupun tidak, ia hanya sebahagian proses mendapatkan apa yang diinginkan. Lakukan perubahan, tukar strategi dan perancangan, akhirnya anda mencapai matlamat.

Selepas membaca buku ini, saya berharap anda dapat memahami cara pemikiran anda bekerja dalam mengejar cita-cita. Sebenarnya, anda sedar berapa banyak kesalahan mentaliti yang berlaku dalam diri dalaman anda setiap hari. Ini sebenarnya menjadi punca hampir semua kegagalan dalam matlamat, perancangan ataupun perniagaan anda.

Apabila anda dapat melihat kesalahan minda bekerja, anda sedar anda dan minda bekerja tidak selari dengan haluan sebenarnya. Apabila anda meletakan cita-cita kearah A tetapi minda bergerak sebaliknya ke arah Z, anda pasti tidak meneui haluan A.

Jangan risau, sekiranya anda secara berdisiplin mengikuti apa yang diajarkan, saya percaya dan pasti anda dapat melihat perubahan besar dalam kehidupan keyakinan dan kepercayaan anda bagi mencapai matlamat akhir.

Sunday, April 8, 2012

Kuasa Memberi

Kuasa Memberi
"manusia dapat mengubah kehidupan dengan cara mengubah caranya berfikir."
Adakah anda sudah kaya? Saya ingin berkongsi perkara yang berkesan
apabila kita ingin mendapatkan sesuatu perkara. Sebenarnya, amalan
ini dipraktikkan oleh nabi Muhammad dalam kehidupan beliau seharian
dan menjadi ubat yang berkesan apabila kita ingin mencapai perkara
yang diimpikan.

Memberi adalah kunci kepada banyak perkara yang ada dalam dunia
ini. Apabila anda berhenti sebentar dan lihat di sekeliling, anda
sedar ada banyak peluang yang dapat memberikan kekayaan. Anda
berikan.
Anda mendapatkan wang apabila memberi memberi perkhidmatan
kepada orang lain. Apabila anda memberi, alam semula jadi juga
bertindak balas memberi kepada diri anda.
Sekiranya anda tidak mahu
memberi apa-apa dalam kehidupan, amalm juga bertindak balas tidak
memberikan apa-apa kepada kehidupan anda.

Berikan dengan ikhlas, tanpa perlu diminta dan di tempat yang anda
rasa gembira apabila memberi kepada mereka. Perasaan yang lahir itu
adalah tenaga kekayaan yang murni. Sekiranya anda berasa gembira
apabila memberi, alam kehidupan gembira memberikan kekayaan yang
tidak terbalas kepada kehidupan anda.