Sunday, March 18, 2012

Lakukan perkara yang Anda inginkan!

"Anda lakukan apa yang anda ingin lakukan, kekayaan akan datang kemudiannya."
Kebanyakan anda pasti bertanya apakah yang ingin dikerjakan supaya boleh menjadi jutawan? Ramai yang mempunyai persepsi yang salah apabila datang soalan itu.
Kebanyakan anda sentiasa memikirkan perniagaan yang besar apabila ingin memulakan perniagaan. Anda tidak salah apabila berfikiran besar tetapi apa yang salah adalah kebanyakkan anda memikirkan bidang-bidang yang besar seperti pembinaan, kontraktor sivil, pengeluaran produk yang gah dan sebagainaya. Ini adalah akibat persepsi yang salah dan penumpuan dalam bidang yang selalu dilihat cepat memberi keuntungan kapada peniaga.
Apabila anda berfikiran seperti itu, ia menyebabkan sekarang ini ada beribu-ribu kontraktor kelas F di Malaysia dan kontrator sivil lain yang bersain merebut projek-projek yang agak terhad. Jadi, ramai daripadanya terpaksa menutup syarikat kerana tidak mendapat sebarang pekerjaan bagi syarikat mereka.
Sekiranya anda mempunyai minda yang betul pada keusahawanan, sebenarnya di sekeliling anda ada pelbagai perniagaan yang dapat dimulakan dengan modal kewangan yang kecil. Tahukah anda ada ramai jutawan yang memulakan perniagaan mereka daripada hobi, pengetahuan dan kemahiran yang mereka tidak sangka boleh menjana kekayaan kepada mereka. Hakikatnya, lihat dalam semua bidang, anda dapat menjadi jutawan. Anda hanya perlu menjadi yang terbaik dalam bidang itu kerana dengan itu, anda dapat menarik kekayaan datang kepada anda.
Jiran saya Encik said hanya pemandu lori 15 tahun dahulu. Beliau kini mempunyai berpuluh-puluh buah lori serta sedang memulakan perniagaan mengimport enjin jentera-jentera berat daripada perancis walaupun tidak tahu bertutur bahasa perancir.
Encik ali hassan bermula hanya daripada kerja sampingan iaitu jurujual sambilan dan pembekal jersi serta baju sukan kepada rakan-rakan kampus. Beliau kini mempunyai empayar perniagaan Al-Ikhsan dengan memiliki 32 cawangan di seluruh Malaysia dengan model RM 50 sahaja.
Encik mohd amin hanya penjual nasi lemak dengan keuntungan Rm10 sehari. Beliau kini dikenali sebagai datuk mohd amin Pipet, pengarah urusan falcon sdn.bhd. yang mempunyai perniagaan bidang pertanian , penternakan dan pembinaan.
Ada beribu-ribu lagi contoh bagaimana jutawan memulakan perniagaan mereka daripada pengetahuan yang mereka tahu pada masa itu. Hanya mereka yang mempunyai minda yang betul, matlmat yang jelas, rancangan serta strategi yang tepat serta keyakinan dan kegigihan, boleh berjaya.
Sebenarnya, bagi menjadi kaya anda tidak perlu memikirkan berkenaan perkara yang tidak pernah dilakukan anda. Boleh memulakan dengan apa yang sedang dilakukan sekarang ini. Anda mungkin mempunyai pandangan yang negetif bagi mencapai status jutawan dengan apa yang diusahakan sekarang ini.
Nasihat saya , lakukan sedikit analisis berkenaan pekerjaan ataupun pernigaan anda hari ini. Anda dapat melihat ahli keluarga yang mempunyai kemahiran yang boleh dikongsi bagi memulakan perniagaan. Cuba anda susun perancangan bagi mencapai tahap yang anda diingini secara berperingkat.