Friday, July 22, 2011

Pengisian dalam kleper

Kenapa akhir-akhir ini semua tajuk berubah menjadi tulisan yang tidak dikenali. Adakah berlaku sesuatu pada fontnya atau lain-lain? Perhatikan pada tajuk yg sebelum ini Masjid Dirar menjadi tidak dikenali...
Hanya copy paste yang tidak mengubah tajuk di atas. Bercerita fasal kleper minggu ini hanya 3 hari bekerja untuk mendapatkan isian. Kemudian berehat kerana ketiadaan barang. Satu tempat tak ada frame tingkap - framenya tak siap-siap walaupun telah ditempah sebulan yang lepas kemudian berpindah ke tempat lain malangnya selepas bekerja seminggu atapnya pula tak sampai lagi. Tempahan sudah dibuat tapi barangnya belum sampai. Nak buat macam mana sudah nasib badan. Ada kerja tak ada barang....
Ingatkan nak buat bekal puasa nampaknya terpaksalah berpuasa apabila tiba bulan puasa nanti. Puasa tak lama dah ada 10 hari je lagi. Kleper dah mula kempis macam mana nak buat. Persiapan puasa tentu akan mengempiskan lagi isiannya.
Minggu ni 16 hingga 21 Julai hanya boleh kerja 3 hari je. Selebihnya pergi dan terus balik, pergi dan terus balik , pergi tunggu sekejap dan balik tak ada apa. Minggu depan bagaimana? Belum pasti setakat mana boleh kerja tidak. Agaknya kleper terus kempis untuk minggu ini dan minggu-minggu seterusnya. Bulan Ogos stat dah puasa apakah terpaksa berpuasa juga?
Pengisian kleper penting tapi kalau asyik pergi dan balik aje macam mana nak isi kleper? Atau macam ni tulis je tapi kosong tak ada ape-ape.....

No comments:

Post a Comment