Tuesday, March 13, 2012

Lima kunci menarik wang kepada anda


"Tiada sebab kenapa orang Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju. Sekiranya saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku."

Menggunakan kekuatan minda bagi mendapatkan kekayaan adalah disiplin diri yang mudah diamalkan dan bekerja secara semula jadi. Dengan mengubah cara minda bekerja, ia mengeluarkan hasil yang berbeza ke atas kehidupan anda.

Di bawah ini, adalah lima perkara yang anda boleh lakukan hari ini. Ia digunakan oleh ramai jutawan bagi memudahkan kedatangan wang kepada mereka.

Kunci 1: tunjukan penghargaan.

Tunjukkan penghargaan pada wang yang mengalir masuk ke dalam kehidupan anda. Menunjukkan penghargaan adalah melahirkan rasa syukur ke atas wang yang ada dalam tangan. Ramai orang selalu mengeluh dengan setiap sen yang mereka peroleh. Anda sebaik-baiknya bersyukur kepada tuhan kerana setiap hari masih menerima wang. Apabila anda membandingkan ramai lagi penduduk dunia yang mundur dan susah, anda pasti menghargai wang yang diperoleh.

Secara tidak sedari, sekiranya anda melahirkan rasa syukur pada wang yang diperoleh, ia menunjukkan anda menumpukan pada perkara yang positf ataupun pada perkara yang diingini iaitu wang terus masuk kepada anda.

Kunci 2: berlakon seperti orang kaya

Lakonkan seolah-olah anda kaya. Mungkin perkara ini agak tidak disukai oleh ramai orang kerana seolah-olah anda berlagak seperti orang kaya. Hakikatnya, penampilan dan sifat adalah berbeza. Cuba bayangkan apa yang anda pakai, perasan dan personaliti anda apabila menjadi jutawan. Dapatkan perasaan itu dan baiki penampilan secara sedikit demi sedikit. Apabila mempunyai bajet yang mencukupi, cuba bercuti ke tempat-tempat peraginan yang lebih baik daripada sebelumnya. Cuba makan di tempat-tempat ataupun restoren yang lebih baik sekali sebulan.

Apabila anda lakukan, cuba rasakan bagaimanakah perasaan yang dialami. Pasti anda rasa semakin bersyukur dan menghargai kehidupan yang dijadikan tuhan sebenarnya kaya.

Kunci 3: hargai wang

Apabila terjumpa wang walaupun 10 sen, ambil, menghargai wang bukan setakat bersyukur tetapi anda juga menyayangi wang yang masuk ke dalam kehidupan. Tidak kira berapa jumlah wang itu, walaupun satu sen, ia tetap melahirkan tenaga wang yang sama. Yang penting, bagaimana perasaan anda pada wang yang diterima. Ini menunjukkan sikap anda pada penerimaan wang yang mengalir dalam diri. Secara tidak sedar, minda separa sedar merakamkan sikap dan perasaan anda pada wang.

Kunci 4: bersikap terbuka

Sentiasa terbuka pada peluang kekayaan. Ramai orang yang miskin dan susah menerima wang mempunyai sikap yang sentiasa menutup diri mereka dengan peluang kekayaan. Anda ataupun rakan-rakan pasti pernah menolak beberapa peluang perniagaan semata-mata sikap mals, takut dan tiadak mempunyai pengetahuan berkenaan perniagaan itu.

Apabila anda kerap menutup pelunag-peluang itu, minda separa sedar membaca sikap anda yang tidak mahukan peluang kekayaan. Hasilnya anda semakin kurang menerima peluang kekayaan dan tidak mampu melihat peluang kekayaan yang berada di sekeliling.

Kunci 5: senyum dan ceria

Lakukan perkara yang anda rasa gembira. Apabila anda lakukan perkara yang anda suka dan rasa gembira, ia melahirkan perasaan yang positif pada diri dan meningkatkan kualiti tenaga diri anda. semakin baik tenaga positif yang anda hasilkan dalam diri, semakin kuat ia menarik perkara-perkara positif yang lain kepada hidup anda.

Kerana itu, anda perlu membuang perasaan benci, kecewa, sedih dan lainya daripada penampilan. Apa yang anda perlu lakukan adalah sentiasa senyum dan ceria kerana ia menarik lebih banyak tenaga positif.

No comments:

Post a Comment