Sempadan pilihan raya pada tahun 2003
menyaksikan pertambahan sebanyak 26 kerusi Parlimen menjadikan kerusi Dewan
Rakyat dari 193 kerusi tahun 1999 kepada
219 kerusi tahun 2004 dan 2008 tambahan 3 kerusi di Sarawak menjadikan 222
kerusi. Johor mendapat 6 kerusi , Sabah dan Selangor tambahan 5 kerusi, Pahang
3, Pulau Pinang 2 , Perak, Negeri Sembilan serta Melaka satu. Wilayah
Persekutuan mendapat 2 sementara Sarawak pada PRU 12 2008 mendapat 3 manakala Perlis,
Kedah , Kelantan dan Terengganu tiada pertambahan. Setiap 10 tahun sempadan pilihan raya akan disemak dan
selepas PRU 13 SPR dijangka akan melakukan proses sempadan pilihan raya.
Kedudukan Kerusi Parlimen Negeri-Negeri dari
tahun 1999 hingga 2008
|
||||
Bil
|
Negeri
|
1999/PRU10
|
2004/PRU11
|
2008/PRU12
|
01
|
Perlis
|
3
|
3
|
3
|
02
|
Kedah
|
15
|
15
|
15
|
03
|
Kelantan
|
14
|
14
|
14
|
04
|
Terengganu
|
8
|
8
|
8
|
05
|
Pulau
Pinang
|
11
|
13(2)
|
13
|
06
|
Perak
|
23
|
24(1)
|
24
|
07
|
Pahang
|
11
|
14(3)
|
14
|
08
|
Selangor
|
17
|
22(5)
|
22
|
09
|
Wilayah
Persekutuan
|
11
|
13(2)
|
13
|
10
|
Negeri
Sembilan
|
7
|
8(1)
|
8
|
11
|
Melaka
|
5
|
6(1)
|
6
|
12
|
Johor
|
20
|
26(6)
|
26
|
13
|
Sabah
|
20
|
25(5)
|
25
|
14
|
Sarawak
|
28
|
28
|
31(3)
|
Jumlah
|
193
|
219
|
222
|
PRU 13 yang baru berlalu menyaksikan
PR mendapat undi sebanyak 5,623,984 (49.96%) di peringkat Parlimen dan 4,879,699 di peringkat DUN. Manakala BN mendapat 5,237,699
(46.53%) di peringkat Parlimen dan 4,513,997 di peringkat DUN.
BN yang bertanding pada 221 (Pasir
Mas Kelantan BN tidak bertanding) kerusi Parlimen memenangi 133 kerusi manakala
PR mendapat 89 kerusi (PKR 30, PAS 21 dan DAP 38 ). Di peringkat DUN BN
memperolehi 275 kerusi manakala PR mendapat 229 ( DAP 95, PAS 85, PKR 49) dan STAR
1.
Analisa
Mengikut Kapasiti pengundi
Secara keseluruhannya julat pengundi
boleh dibahagikan kepada 13 bahagian iaitu kurang 20 ribu, 20 ribu, 30 ribu, 40
ribu, 50 ribu, 60 ribu, 70 ribu, 80 ribu, 90 ribu, 100 ribu, 120 ribu, 130 ribu
dan 140 ribu. Jumlah pengundi yang kurang daripada 20 ribu ada 7 buah iaitu P125 Putrajaya (15,798), P200
Batang Sadong (19,876), P203 Lubuk Antu (19,346), P206 Tanjong Manis (19,267),
P207 Igan (17,815), P210 Kanowit (19,490) dan P222 Lawas (18,883). Jumlah
keseluruhan pengundi bagi 7 kawasan Parlimen ialah 130,475. Semua kerusi ini
dimenangi oleh BN dengan mendapat undi yang paling tinggi 13,277 di P200 dan
paling rendah 8,046 di P210. P222 BN 9,928, P207 BN 11,896 , P206 BN 12,535 ,
P203 BN 8,278 dan P125 BN 9,943 . Semua kerusi (6) selain P125 Putrajaya adalah
terletak di Sarawak.
Pengundi 20 ribu diwakili oleh 23
kawasan Parlimen iaitu P55 Lenggong (28,018), P61 Padang Rengas (28,572), P78
Cameron Highlands (28,043) , P166 Labuan (24,457), P176 Kimanis (26,645), P178
Sipitang (29,187), P181 Tenom(25,344), P182 Pensiangan (26,237), P183 Beluran
(24,739), P187 Kinabatangan (24,747), P192 Mas Gading (25,821) , P201 Batang
Lupar (27,416), P202 Sri Aman (29,877) , P204 Betong (26,378), P205 Saratok
(27,630) , P209 Julau (22,566) , P213 Mukah (26,551) , P214 Selangau (25,502),
P215 Kapit (26,283), P216 Hulu Rajang (21,772), P218 Sibuti (28,417), P220
Baram (29,498) dan P221 Limbang (24,335). Jumlah keseluruhan pengundi ialah 608,035.
2 Parlimen di Perak , satu di Pahang dan
WP, 6 Sabah dan 13 Sarawak. Semua 23 kawasan ini dimenangi oleh calon BN.
Pengundi 30 ribu diwakili 21 kawasan
Parlimen iaitu P04 Langkawi (37,536), P54 Gerik (32,814), P67 Kuala Kangsar
(33,607), P69 Parit (33,600), P79 Lipis (32,404), P86 Maran (38,530), P92 Sabak
Bernam (37,390), P142 Labis (37,714), P155 Tenggara (39,694), P157 Pengerang
(37,999), P173 Putatan (37,451), P175 Papar (38,774), P177 Beaufort (30,113),
P179 Ranau (39,102), P184 Libaran (39,781), P185 Batu Sapi (30,206), P186
Sandakan (37,065), P193 Santubong (37,094),
P197 Kota Samarahan (37,443), P199 Serian (33,764) dan P208 Sarikei (36,611).
Jumlah keseluruhan pengundi ialah 759,232.Kedah 1, Perak 3, Pahang 2, Selangor
1, Johor 3, Sabah 7 dan Sarawak 5. BN
memenangi 19 kerusi manakala DAP 2 kerusi iaitu P186 Sandakan, Sabah dan P208
Sarikei, Sarawak.
Pengundi 40 ribu 38 kawasan Parlimen.
P01 Padang Besar (42,058), P03 Arau (43,969), P07 Padang Terap (41,960), P13
Sik (46,786), P30 Jeli (43,224), P32 Gua Musang (40,176), P53 Balik Pulau
(49,641), P56 Larut (46,695), P68 Beruas (49,314), P72 Tapah (45,592), P75
Bagan Datoh (40,031), P84 Paya Besar (48,159), P87 Kuala Kurau (43,067), P93
Sungai Besar (42,923), P95 Tanjung Karang (42,410), P126 Jelebu (44,937), P129
Kuala Pilah (47,671), P134 Masjid Tanah (46,062), P140 Segamat (47,009), P141
Sekijang (43,066), P143 Pagoh (46,793), P146 Muar (48,208), P148 Ayer Hitam
(42,913), P149 Sri Gading (44,816), P151 Simpang Renggam (40,143), P153
Sembrong (41,588), P154 Mersing (44,497), P156 Kota Tinggi (41,894), P164
Pontian (49,633), P167 Kudat (47,303), P168 Kota Marudu (42,269), P170 Tuaran
(48,351), P174 Penampang (44,410), P180 Keningau (43,691), P189 Semporna
(41,607), P191 Kalabakan (46,721), P194 Petra Jaya (49,839) dan P198 Mambong
(42,415). Perlis 2, Kedah 2, Kelantan 2, Pulau Pinang 1,Perak 4, Pahang 2,
Selangor 2, Negeri Sembilan 2, Melaka 1, Johor 11, Sabah 7 dan Sarawak 2. BN
menang 36 kerusi, DAP menang di P68 Beruas Perak dan PKR di P174 Penampang,
Sabah.
Pengundi 50 ribu di 31 kawasan
Parlimen. BN memenangi 19, DAP 7, PKR 3 dan PAS 2. Kawasan 50 ribu pengundi P02
Kangar (51,322), P05 Jerlun (52,383), P23 Rantau Panjang (52,903), P27 Tanah
Merah (58,237), P29 Machang (59,226), P41 Kepala Batas (51,635), P42 Tasek
Gelugor (54,042), P46 Batu Kawan (57,500), P47 Nibong Tebal (59,345), P49
Tanjong (51,487), P57 Parit Buntar ((51,524), P58 Bagan Serai ((54,915), P62
Sungai Siput (51,709), P73 Pasir Salak (51,626), P80 Raub (54,320), P81
Jerantut (58,474), P83 Kuantan (56,418), P90 Bera (51,089), P91 Rompin
(53,596), P119 Titiwangsa (55,388), P120 Bukit Bintang (55,887), P133 Tampin
(57,268), P147 Parit Sulong (56,896), P165 Tanjung Piai (51,875), P169 Kota
Belud (51,549), P171 Sepanggar (53,368), P172 Kota Kinabalu (50,569), P188
Silam (51,590), P190 Tawau (51,473), P195 Bandar Kuching (53,429) dan P211
Lanang (57,223). 1 Perlis, 2 Kedah, 3
Kelantan, 5 Pulau Pinang, 4 Perak, 5 Pahang, 2 WP, 1 Negeri Sembilan, 1 Johor,
6 Sabah dan 2 Sarawak. DAP menang di P46
Batu Kawan, P49 Tanjong, P80 Raub, P120 Bukit Bintang, P172 Kota Kinabalu, P195
Bandar Kuching dan P211 Lanang, PKR P47 Nibong Tebal, P62 Sungai Siput dan P83
Kuantan, PAS menang di P23 Rantau Panjang dan P57 Parit Buntar.
Pengundi 60 ribu terdapat 27 kawasan.
BN menang 14, DAP 6, PAS 4 dan PKR 3. Kawasan tersebut ialah P06 Kubang Pasu
(65,550), P09 Alor Star (69,009), P18 Kulim- Bandar Baharu (60,910), P20
Pengkalan Chepa (64,409), P24 Kubang Kerian (65,390), P26 Ketereh (62,217), P31
Kuala Krai (63,101), P34 Setiu (67,407), P38 Hulu Terengganu (63,667), P43
Bagan (68,503), P70 Kampar (63,776), P76 Teluk Intan (60,620), P77 Tanjung
Malim (64,641), P82 Indera Mahkota (64,314), P88 Temerloh (66,218), P89 Bentong
(62,400), P96 Kuala Selangor (62,409), P114 Kepong (68,157), P116 Wangsa Maju
(67,858), P118 Setiawangsa (62,390), P127 Jempol (65,213), P135 Alor Gajah
(63,725), P139 Jasin (64,586), P144 Ledang (69,316), P145 Bakri (67,202), P212
Sibu (64,732) dan P217 Bintulu (60,033). 3 Kedah, 4 Kelantan, 2 Terengganu, 1
Pulau Pinang, 3 Perak, 3 Pahang, 1 Selangor, 3 WP, 1 Negeri Sembilan, 2 Melaka,
2 Johor dan 2 Sarawak. DAP menang di P43 Bagan, P70 Kampar,P76 Teluk Intan,
P114 Kepong, P145 Bakri dan P212 Sibu. PAS menang di P20 Pengkalan Chepa, P24
Kubang Kerian, P31 Kuala Krai dan P88 Temerloh. PKR menang di P09 Alor Star,
P82 Indera Mahkota dan P116 Wangsa Maju.
Pengundi 70 ribu ada 24 kawasan iaitu
P11 Pendang (70,135), P12 Jerai (74,410), P17 Padang Serai (74,095), P22 Pasir
Mas (71,965), P28 Pasir Puteh (76,259), P33 Besut (72,703), P35 Kuala Nerus
(76,351), P39 Dungun (78,298), P44 Permatang Pauh (71,699), P45 Bukit Mertajam
(78,996), P48 Bukit Bendera (71,085), P50 Jelutong (71,247), P52 Bayan Baru
(79,155) , P59 Bukit Gantang (71,401), P60 Taiping (78,327), P65 Ipoh Barat
(77,920), P105 Petaling Jaya Selatan (79,699), P117 Segambut (75,744), P121
Lembah Pantai (72,533), P123 Cheras (72,663), P131 Rembau (79,661), P132 Telok
Kemang (70,524), P136 Tangga Batu (73,282) dan P219 Miri (71,287). 3 Kedah, 2
Kelantan, 3 Terengganu, 5 Pulau Pinang, 3 Perak,1 Selangor, 3 WP, 2 Negeri
Sembilan, 1 Melaka dan 1 Sarawak. BN menang 5, DAP 7, PKR 7 dan PAS 5. BN
menang di P11 Pendang, P12 Jerai, P33 Besut, P131 Rembau dan P136 Tangga Batu,
DAP menang di P45 Bukit Mertajam, P48 Bukit Bendera, P50 Jelutong, P60 Taiping,
P65 Ipoh Barat, P117 Segambut dan P123 Cheras, PKR menang di P17 Padang Serai,
P44 Permatang Pauh, P52 Bayan Baru, P105 Petaling Jaya Selatan, P121 Lembah
Pantai, P132 Telok Kemang dan P219 Miri.
PAS menang di P22 Pasir Mas, P28 Pasir Puteh, P35 Kuala Nerus, P39 Dungun dan
P59 Bukit Gantang.
Pengundi 80 ribu ada 23 kawasan iaitu
P08 Pokok Sena (80,174), P14 Merbok (85,908), P21 Kota Bharu (81,268), P25
Bachok (81,566), P51 Bukit Gelugor (81,897), P63 Tambun (89,582), P64 Ipoh
Timur (82,025), P66 Batu Gajah (87,747), P74 Lumut (88,437), P85 Pekan
(80,389), P94 Hulu Selangor (85,853), P99 Ampang (83,270), P100 Pandan
(83,936), P106 Petaling Jaya Utara (85,536), P112 Kuala Langat (88,630), P113
Sepang (84,471), P115 Batu (85,536), P122 Seputeh (86,114), P130 Rasah
(88,403), P150 Batu Pahat (88,272), P152 Kluang (86,732), P163 Kulai
(84,991)dan P196 Stampin (84,820). 2 Kedah, 2 Kelantan, 1 Pulau Pinang, 4
Perak, 1 Pahang, 6 Selangor, 2 WP, 1 Negeri Sembilan, 3 Johor dan 1 Sarawak. BN
menang 4 di P14 Merbok, P63 Tambun, P85 Pekan dan P94 Hulu Selangor. DAP menang
9 di P51 Bukit Gelugor, P64 Ipoh Timur, P66 Batu Gajah, P106 Petaling Jaya
Utara, P122 Seputeh, P130 Rasah, P152 Kluang, P163 Kulai dan P196 Stampin. PKR
menang 6 di P74 Lumut, P99 Ampang, P100 Pandan, P112 Kuala Langat, P115 Batu
dan P150 Batu Pahat. PAS menang 4 di P08
Pokok Sena, P21 Kota Bharu, P25 Bachok dan P113 Sepang.
Pengundi 90 ribu ada 14 kawasan iaitu
P10 Kuala Kedah (95,328), P15 Sungai Petani (93,176), P16 Baling (93,168), P19
Tumpat (98,632), P36 Kuala Terengganu (94,561), P37 Marang (90,926), P40
Kemaman (92,087), P71 Gopeng (97,243), P110 Klang (97,252), P124 Bandar Tun
Razak (91,136), P137 Bukit Katil (99,581), P138 Kota Melaka (92,511), P158
Tebrau (90,482) dan P160 Johor Bahru (96,321). 3 Kedah, 1 Kelantan, 3
Terengganu, 1 Perak, 1 Selangor, 1 WP, 2 Melaka dan 2 Johor. BN menang 4 di P16
Baling, P40 Kemaman, P158 Tebrau dan P160 Johor Bahru. PKR menang 5 di P10 Kuala
Kedah, P15 Sungai Petani, P71 Gopeng, P124 Bandar Tun Razak dan P137 Bukit
Katil. DAP menang 2 di P110 Klang dan P138 Kota Melaka. PAS menang 3 di P19
Tumpat, P36 Kuala Terengganu dan P37 Marang.
Pengundi 100 ribu ada 9 kawasan. P97
Selayang (106,055), P103 Puchong (107,135), P104 Kelana Jaya (101,337), P108
Shah Alam (100,076), P111 Kota Raja (105,995),P128 Seremban (102,305), P159
Pasir Gudang (101,041), P161 Pulai (100,490) dan P162 Gelang Patah (106,726). 5
Selangor, 1 Negeri Sembilan dan 3 Johor. BN menang 2 di P159 Pasir Gudang dan
P161 Pulai. DAP menang 3 di P103 Puchong, P128 Seremban dan P162 Gelang Patah.
PKR menang 2 di P97 Selayang dan P104 Kelana Jaya. PAS menang 2 di P108 Shah
Alam dan P111 Kota Raja.
Pengundi 120 ribu ada 3 kawasan iaitu
P98 Gombak (123,483) dimenangi oleh PKR, P101 Hulu Langat (127,537) dimenangi
oleh PAS dan P107 Subang (128,677) yang dimenangi oleh PKR. Pengundi 130 ribu
P102 Serdang (133,265) yang dimenangi oleh DAP dan pengundi terbesar 140 ribu
iaitu P109 Kapar (144,369) yang dimenangi oleh PKR. 5 kawasan ini terletak di
negeri Selangor.
Analisa
Peringkat Negeri
Perlis mempunyai 3 Parlimen dengan
kapasiti 2 kawasan 40 ribu dan satu kawasan 50 ribu. BN menang semua 3 kerusi
di Perlis. Kedah ada 15 kerusi tanpa tambahan pada 2003 dengan kapasiti paling
tinggi 90 ribu 3 kawasan (BN di P16 Baling,
PKR di P10 Kuala Kedah dan P15 Sungai Petani), 80 ribu 2 kawasan (BN di P14 Merbok dan PAS di P08 Pokok Sena), 70 ribu 3 kawasan (BN di
P11 dan P12, PKR di P17), 60 ribu 3 kawasan (BN di P6 dan P18, PKR di P09), 50
ribu satu kawasan(BN P05), 40 ribu 2 kawasan (BN P07 dan P13) dan 30 ribu satu
kawasan (BN P04). Kelantan ada 14 kawasan Parlimen dengan kapasiti paling
tinggi 90 ribu satu kawasan, 80 ribu 2 kawasan, 70 ribu 2 kawasan, 60 ribu 4
kawasan, 50 ribu 3 kawasan dan 40 ribu 2 kawasan. Terengganu ada 8 kawasan
paling tinggi 90 ribu 3 kawasan, 70 ribu 3 kawasan dan 60 ribu 2 kawasan.
Pulau Pinang ada 13 kawasan paling
tinggi 80 ribu 1 kawasan, 70 ribu 5 kawasan, 60 ribu 1 kawasan, 50 ribu 5
kawasan dan 40 ribu 1 kawasan. Perak ada 24 kawasan paling tinggi 90 ribu 1
kawasan, 80 ribu 4 kawasan, 70 ribu 3 kawasan, 60 ribu 3 kawasan, 50 ribu 4
kawasan, 40 ribu 4 kawasan, 30 ribu 3 kawasan dan 20 ribu 2 kawasan. Pahang ada
14 kawasan dengan paling tinggi 80 ribu satu kawasan, 60 ribu 3 kawasan, 50
ribu 5 kawasan, 40 ribu 2 kawasan, 30 ribu 2 kawasan dan 20 ribu satu kawasan.
Selangor ada 22 kawasan dengan paling
tinggi 140 ribu satu kawasan, 130 ribu satu kawasan, 120 ribu 3 kawasan, 100
ribu 5 kawasan, 90 ribu satu kawasan, 80 ribu 6 kawasan, 70 ribu satu kawasan,
60 ribu satu kawasan, 40 ribu 2 kawasan dan 30 ribu satu kawasan. Wilayah
Persekutuan 13 kawasan paling tinggi 90 ribu satu kawasan, 80 ribu 2 kawasan,
70 ribu 3 kawasan, 60 ribu 3 kawasan, 50 ribu 2 kawasan, 20 ribu satu kawasan
dan terkecil 15 ribu satu kawasan.
Negeri Sembilan ada 8 kawasan paling
tinggi 100 ribu satu kawasan, 80 ribu satu kawasan, 70 ribu 2 kawasan, 60 ribu
satu kawasan, 50 ribu satu kawasan dan 40 ribu 2 kawasan. Melaka 6 kawasan
paling tinggi 90 ribu 2 kawasan, 70 ribu satu kawasan, 60 ribu 2 kawasan dan 40
ribu satu kawasan. Johor ada 26 kawasan dengan paling tinggi 100 ribu 3
kawasan, 90 ribu 2 kawasan, 80 ribu 3 kawasan, 60 ribu 2 kawasan, 50 ribu 2
kawasan, 40 ribu 11 kawasan dan 30 ribu 3 kawasan.
Sabah ada 25 kawasan paling tinggi 50
ribu 5 kawasan, 40 ribu 7 kawasan, 30 ribu 7 kawasan dan 20 ribu 6 kawasan. Sarawak ada 31 kawasan
paling tinggi 80 ribu satu kawasan, 70 ribu satu kawasan, 60 ribu 2 kawasan, 50
ribu 2 kawasan, 40 ribu 2 kawasan, 30 ribu 4 kawasan , 20 ribu 13 kawasan dan
kurang 20 ribu 6 kawasan.
Mengikut Ong Kian Ming anggota
Parlimen Serdang, cadangan Suruhanjaya Reid menghad perbezaan jumlah pengundi
antara kawasan kepada 15 % dan kurang daripada purata mengundi setiap kawasan
dalam negara. Jurang maksimum untuk
kawasan pedalaman yang dibenarkan ialah dua kepada satu – saiz pengundi kawasan
terbesar hanya boleh dua kali lebih besar daripada kawasan terkecil. Fakta di
Malaysia Parlimen Kapar (P109) ada 144,369 undi sembilan kali lebih banyak
daripada Parlimen terkecil iaitu Putrajaya (P125) yang hanya mempunyai 15,798
undi. UK pada 2011 telah meluluskan satu undang-undang untuk mengehadkan
perbezaan kepada 5 peratus, Australia kepada 10 peratus manakala Kanada berada
di 25 peratus. Proses pensempadanan semula di Australia terpaksa mematuhi had
3.5 peratus perbezaan pengundi antara kawasan.
Persoalan yang timbul kenapa begitu
tinggi julat pengundi (13). Tidakkah boleh sesebuah kawasan parlimen dikurangkan
kepada saiz 40 ribu hingga 60 ribu ? Kenapa ada sebuah kawasan parlimen yang
bersaiz 15,798 sahaja? Wajarkah ia menjadi sebuah kawasan Parlimen sedangkan
saiz DUN lebih besar darinya? Sekiranya sesebuah kawasan parlimen bersaiz 90
ribu kenapa tidak boleh dipecahkan kepada dua atau tiga kawasan ? Kenapa
Sarawak boleh memiliki sehingga 13 kawasan yang saiz pengundi 20 ribu dan 6
kawasan kurang 20 ribu ? Kenapa Selangor memiliki 17 kawasan saiz pengundi yang
besar (80 ribu hingga 140 ribu)? Samakah taraf wakil Putrajaya (15,798) dengan
wakil Kapar (144,369) ? Samakah taraf wakil P102 Serdang (133,265), P98 Gombak
(123,483) , P101 Hulu Langat (127,537)
dan P107 Subang (128,677) dengan
wakil P200 Batang Sadong (19,876), P203 Lubuk Antu (19,346), P206 Tanjong Manis
(19,267), P207 Igan (17,815), P210 Kanowit (19,490) dan P222 Lawas (18,883)?
Kenapa hanya P85 Pekan dengan saiz pengundi 80,389 di Pahang sedangkan kawasan lain 60 ribu ke bawah ?
No comments:
Post a Comment