Friday, February 17, 2012

Bagaimana Hendak Mendapat Kawan dan Mempengaruhi Seseorang

How To Win Friends and Influence People (Dale Carnegie)
Terjemahan Yusof Hj Wanjor

Prinsip-Prinsip Asas Bila Berdepan dengan seseorang.

Prinsip Pertama : Jangan Mengkritik, Menghukum atau Merungut.
Prinsip Ke dua : Berikan penghargaan yang ikhlas dan murni.
Prinsip Ke tiga : Bangkitkan keinginan yang membara dalam diri orang lain.

Enam Cara untuk membuatkan Seseorang menyukai Anda

Cara Pertama: Berikan perhatian yang ikhlas kepada orang lain
Cara Ke dua : Sentiasa tersenyum
Cara Ke tiga : Ingatkan nama seseorang kerana ianya adalah sesuatu yang sangat indah dan amat penting bunyi dalam mana-mana bahasa.
Cara Ke empat: Jadilah pendengar yang baik serta doronglah seseorang itu bercakap tentang diri mereka.
Cara Ke lima : Bercakaplah tentang sesuatu yang disukai oleh orang lain
Cara Ke enam : Buatlah agar orang lain berasa diri mereka penting dan lakukan itu secara ikhlas

Bagaimana Meyakinkan Seseorang agar Mengikut Kemahuan Anda

Prinsip 1 : Elakkan dari perdebatan
Prinsip 2 : Hargailah pandangan orang lain. Jangan sekali-kali berkata ,"Anda Silap".
Prinsip 3 : Jika anda bersalah akuilah dengan segera dan ikhlas.
Prinsip 4 : Mulailah dengan cara yang mesra.
Prinsip 5 : Ajaklah orang lain agar segera berkata, " Ya, ya " sekarang juga.
Prinsip 6 : Biarkan orang lain lebih banyak bercakap.
Prinsip 7 : Biarkan seseorang itu merasa bahawa idea itu adalah ideanya.
Prinsip 8 : Lihatlah suatu perkara dari sudut pandangan orang lain secara ikhlas.
Prinsip 9 : Tunjukkan kecaknaan anda terhadap idea dan pandangan orang lain.
Prinsip 10 : Pilihlah pendekatan yang lebih mulia.
Prinsip 11 : Huraikan idea anda itu secara lakonan.
Prinsip 12 : Berikan cabaran kepada seseorang.


No comments:

Post a Comment