Cabaran
Kepimpinan Semasa Perang Hunain
Pendahuluan
Pembukaan Kota Mekah berlaku
dalam satu masa yang terlalu singkat. Selepas satu pukulan mengejut,
membingungkan seluruh bangsa Arab dan menjadikan seluruh qabilah yang
berhampiran dengannya terkejut, mereka tidak berdaya untuk menghalangnya, oleh
yang demikian mereka tiada jalan selain menerima sahaja hakikat yang berlaku,
kecuali beberapa qabilah yang gagah, ganas dan bongkak terutamanya seperti suku
Hawazin dan Thaqif, kemudian turut membuat sikap yng sama ialah qabilah Nasr,
Jasyam, Saad bin Bakar dan beberapa individu dari Banu Hilal. Kesemua mereka
ini dari kelompok Qais Ailan. Qabilah-qabilah ini terasa berat untuk menerima
kemenangan Islam maka mereka bersekutu dengan Malik bin Auf al-Nasri dan membuat keputusan untuk bergerak mara
memerangi kaum muslimin.
Malik bin Auf selaku ketua turus
agung pemimpin pergerakan ini membuat keputusan untuk bergerak memerangi kaum
muslimin, maka antara keputusannya ialah membawa bersama mereka harta-harta,
kaum wanita dan anak-anak mereka. Dengan itu mereka pun bergerak hingga sampai
di Awtas, lembah yang terletak di daerah perkampungan Hawazin berhampiran
Hunain. Lembah Awtas bukanlah lembah Hunain kerana lembah Hunain terletak
berhampiran Zil Majaz. Dari lembah Awtas ke Makkah adalah sepuluh batu lebih ke
arah Arafah.
Peperangan ini berlaku pada 28hb.
Januari tahun 630 Masehi (6 Syawal tahun 8 Hijrah) setelah penaklukan semula
Kota Mekah oleh orang-orang Islam. (kira-kira 1,425 tahun yang lalu). Menghadapi kekuatan ini Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم ,
pada tanggal 6 Syawal bergerak menuju penempatan tentera kuffar bersama 12000
kaum Muslimin.
Antara cabaran yang terpaksa
dihadapi – menyatu dan mengatur satu pasukan perang yang terdiri dari kaum
muslimin dan penduduk Mekah yang baru memeluk Islam . Tentera Islam semasa
penaklukan kota Mekah seramai 10 ribu dan penduduk Mekah seramai 2 ribu.
Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم membahagikan tenteranya kepada
pasukan-pasukan dan unit-unit. Saidina Ali memegang bendera pasukan
Muhajirin, Saidina Hubab bin Munzir memegang bendera Khazraj, Saidina
Usaid bin Khudair memegang bendera Aus, Saidina Khalid Al Walid memimpin
pasukan berkuda bani Sulaim yang Rasulullah letakkan sebagai pasukan paling
depan.
Serangan dilakukan pertama oleh
Saidina Khalid Al Walid dengan pasukan berkudanya. namun pasukan ini di serang
secara tiba-tiba oleh pasukan Hawazin yang sudah bersiap sedia. Pasukan berkuda
Bani Sulaim kucar kacir karena mereka menuruni bukit yang curam. Dalam keadaan
ini Malik bin Auf mengerahkan seluruh tentaranya untuk menyerang tentara Islam Mereka
di serang dari kiri dan kanan, yang dibelakang tidak tahu apa yang terjadi
didepan dan yang di depan sulit untuk memanjat ke atas lagi. Saidina Khalid di
serang bertubi-tubi hingga cedera. Setelah tentara yang di bawah memanjat keatas
dan lari, tentara yang di belakang ikut lari semua. . Tentara Islam melarikan
diri, bahkan sudah ada yang sampai ke Mekkah
Menghantar perisik untuk
mengetahui pergerakan musuh.Semasa mendapat maklumat tentang pergerakan
musuh Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم telah mengutus Abdullah bin Hadad
al-Aslami yang menyusup masuk ke tengah-tengah musuh dan tinggal di sana untuk
memperolehi maklumat lengkap mengenai mereka. Setelah berjaya menyusup dan
mengelilingi perkhemahan mereka beliau kembali kepada Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم dan melaporkan informasi yang
diperolehinya.
Setelah mengetahui keberangkatan
angkatan perang dibawah pimpinan Rasulullah صلى الله
عليه وآله وسلم ,, Malik bin Auf segera menempatkan pasukannya di lembah
Hunain dan menyusun mereka di seluruh lorong persembunyian lembah tersebut bagi
melancarkan serangan mendadak dan serbuan kepada Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم , serta para sahabatnya.
Memotivasi pasukan perang.
Sebagaimana yang diketahui pasukan ini baru melakukan pembukaan Kota Mekah. Belum
sampai 20 hari mereka terpaksa menghadapi kekuatan baru pihak Musyrikin.
Sebagaimana yang dikatakan oleh orang Ansar padahal pedang-pedang kita masih
meneteskan darah mereka”. Pasukan itu disatukan dengan lawan-lawan mereka.
Rasulullah sendiri dibantu oleh sepupunya yang baru memeluk Islam Abu Sufyan
bin al-Harith serta bapa saudaranya al-Abbas.
Mengatur strategi segera
semasa diserang hendap dan bangkit dari kekalahan. Rasulullah dengan
sifatnya yang pintar, boleh berfikir dengan tenang walaupun beliau kelihatan
marah dalam suasana yeng mencemaskan itu. Beliau semakin geram apabila melihat
tentera musuh yang menunggang unta merah sambil memegang bendera hitam mengejar
orang-orang Islam yang sedang bertempiaran.
Rasulullah segera bergerak ke
kanan bukit dan dengan suara lantang beliau bertempik, “Wahai manusia, jangan
lari, mari berkumpul kepadaku, aku adalah Rasulullah, Muhammad anak Abdullah
!!” Walaupun Rasulullah menyeru tenteranya supaya berkumpul tetapi yang lari
tetap lari.
Walaupun demikian, Rasulullah
mempunyai sahabat-sahabat yang berani seperti Ali bin Abi Talib, Abbas bin Abd
Mutalib, Kaum Muhajirin dan Kaum Ansar. Mereka datang berkumpul di sekeliling
Rasulullah. Ada riwayat mengatakan jumlah mereka yang dapat dikumpul semula
adalah seramai 100 orang sahaja, dan ada mengatakan cuma 80 orang sahaja.
Dalam masa yang sama Abbas pula
bertempik memanggil, “Wahai kaum Anshar, dan sekelian yang berbai’at di
Hudaibiah, Rasulullah memanggil kamu sekalian!! Mari kesini!!!”
Dengan ucapan “Labbaik..labbaik
ya Rasulullah”, maka mereka pun berkumpul seemuanya di sekeliling Rasulullah.
Sebaik sahaja berkumpul,
Rasulullah dengan lantang terus bertempik, “…..SERBUUUUU!!!..”
Semua tentera yang berkumpul
terus menyerbu kearah tentera musuh. Musuh yang terkejut dengan strategi
kecemasan tersebut merasa sangat gerun dan mereka terus bertempiaran lari.
Rasulullah terus mengambil
sekepal tanah lalu membaca doa yang bermaksud “Kalahlah kalian!!, Demi Tuhan
Yang menguasai Muhammad”. Tanah itu di lemparkan ke arah musuh yang sedang
bertempiaran lari.
Saiyidina Ali dengan penuh
semangat telah memukul kepala unta merah tentera musuh sehingga unta itu
tersungkur. Manakala salah seorang kaum Ansar berjaya menikam dengan tombak
penunggang unta yang memegang bendera hitam tersebut. Bendera Hitam itu jatuh
dan telah dapat dirampas oleh tentera Islam.
Melihatkan bendera tersebut telah
jatuh ditangan tentera Islam, maka bertambah lemahlah semangat kaum kafir dan
bertambahlah semangat tentera Islam.
Serangan yang dilakukan telah
menyebabkan kekalahan pihak musuh sehingga 70 orang Thaqif terbunuh dan kaum
muslimin mendapat harta dan peralatan senjata tentera musuh termasuk kaum
waniita menjadi tawanan.
Menepis dakyah munafiq dan
golongan yang lemah iman. Serangan hendap yang dilakukan oleh tentera Malik
telah menyebabkan keseluruhan tentera Islam melarikan diri kecuali beberapa
orang yang masih bersama dengan Rasulullah. Ianya adalah satu kekalahan yang
parah, sehinggakan Abu Sufyan yang masih baru memeluk Islam berkata : Kekalahan
mereka tidak akan berhenti kecuali se telah
mereka berundur hingga sampai laut. Sebahagian berkata, “Kaum Muslimin akan
melarikan diri hingga ke pesisir laut.” Seorang munafik lain mengatakan, “Sihir
telah terlawan.” Kilbah bin al-Junaid berteriak dengan katanya : Hari ini sihir
sudah tidak menjadi lagi. Yang lain bertekad untuk menghabisi Islam dalam
keadaan kacau itu dengan membunuh Nabi untuk menghancurkan keimanan kepada
Allah Yang Maha Esa dan kenabian Islam sekaligus.
Nabi sangat
terganggu oleh larinya para tentera yang merupakan penyebab utama segala
kegemparan dan kekacauan itu. Baginda merasa bahawa apabila keadaan itu
dibiarkan, walaupun hanya sebentar, jalannya sejarah mungkin menjadi lain;
pasukan syirik akan menghancurkan tentera tauhid.
Oleh itu, sambil menunggang
keldainya, baginda berseru dengan suara nyaring, “Hai pembela Allah dan
Nabi-Nya! Aku hamba Allah dan Nabi-Nya.” Baginda mengucapkan kalimat ini lalu
memalingkan keldainya ke medan pertempuran yang telah diduduki tentera Malik.
Sekelompok orang siap berkorban, seperti Ali, Abbas, Fadhal bin Abbas, Usamah,
dan Abu Sufyan bin Harits, yang tak sudi membiarkan Nabi sendirian tanpa
perlindungan, juga maju bersama Nabi.
Nabi meminta Abbas, bapa
saudaranya, yang suaranya amat keras, untuk memanggil kembali kaum Muslimin
yang bertempiaran, “Hai Ansar yang menolong Nabi-Nya! Hai kaum yang membai’at
Nabi di bawah pohon syurga! Kemana kamu akan pergi? Nabi berada di sini!”
Kata-kata Abbas sampai ke telinga kaum Muslimin dan merangsang semangat dan
ghairah keagamaan mereka. Mereka semua segera menyambut dengan mengatakan,
“Labbaik! Labbaik!” Lalu kembali dengan gagah berani bersama-sama Nabi.
Seruan Abbas yang berulang-ulang,
yang memberi khabar gembira tentang keselamatan Nabi, membuat orang-orang yang
bertempiaran itu kembali kepada Nabi dengan rasa penyesalan dan mengatur lagi
barisannya. Sesuai dengan perintah Nabi, dan untuk menghapus noda malu kerana
melarikan diri itu, kaum Muslimin melakukan suatu serangan umum. Dan dalam
waktu sangat singkat, mereka berhasil memukul musuh mundur atau melarikan diri.
Untuk memberi semangat kepada kaum Muslimin, Nabi mengatakan, “Saya Nabi Allah
dan tak pernah berdusta, dan Allah telah menjanjikan kemenangan kepada saya.”
Menghilangkan ketakutan akibat
serangan hendap - Ketika kaum Muslimin tiba di lembah Hunain dan menuruni
lembah tersebut di pagi hari dalam kegelapan. Tiba-tiba mereka dikejutkan
dengan serangan mendadak pasukan musyrikin yang keluar menyerang mereka dari
pelbagai arah tempat persembunyian di lembah, sehingga kuda-kuda mereka berlarian
tanpa arah tujuan dan tentera-tentera Muslimin yang terkejut mundur tanpa
diarahkan.
Sementara itu Nabi صلى الله عليه وآله وسلم , bergerak ke arah kanan kemudian
memanggil dengan suara keras: “Kemarilah wahai hamba-hamba ALLAH! Sesungguhnya
aku seorang Nabi , yang tidak berdusta. Aku adalah anak Abdul Mutholib.“
Sirah al-Halabi meriwayatkan hanya sekitar 4 orang sahabat setia bersama
Rasulullah selain al-Abbas iaitu Ali bin
Abi Talib, Abu Sufyan bin al-Harith, Ibnu Mas’ud dan Ibnu Ummu Aiman
Muslim meriwayatkan dari Abbas
RA, katanya: "Aku menyertai bersama Rasulullah صلى الله
عليه وآله وسلم , dalam perang Hunain. Aku bersama Abu Sufyan bin
Al-Harits bin Abdul Mutholib selalu berada di atas Baghal putihnya. Ketika kaum
Muslimin lari menyelamatkan diri. Kemudian Rasulullah صلى الله
عليه وآله وسلم , menunggangi Baghalnya menuju ke arah orang-orang
kafir." Abbas RA berkata: "Sedangkan aku memegang tali hambatan
Baghal Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم , dan menahannya agar tidak terlalu
cepat sementara Abu Sufyan memegang pelananya. Nabi صلى الله
عليه وآله وسلم , lalu bersabda: "Panggillah Ash-habus Samrah (para
sahabat yang pernah melakukan baiat Ridhwan pada tahun Hudaibiyah).“ Kemudian
aku memanggil dengan suaraku yang keras: “Wahai Ash-habus Samrah!“ Abbas
berkata: “Demi ALLAH, begitu mendengar teriakan itu, mereka segera kembali
seperti sapi yang datang memenuhi panggilan anaknya, seraya berkata: “Kami
sambut seruanmu, kami sambut seruanmu!“. Kemudian mereka maju bertempur dengan
seruan: “Wahai orang-orang Anshar!“
Rasulullah saw memperhatikan
pertempuran seraya berkata: “Sekarang pertempuran berkecamuk.“, lalu
beliaupun mengambil batu-bati kerikil dari tanah dan melemparkannya ke arah
wajah orang-orang kafir seraya berkata: “Musnahlah kalian demi Rabb Muhammad!“.
Pertempuran sengitpun tak dapat
terhindarkan. Bahkan sejumlah kaum perempuan ikut terlibat dalam peperangan
ini. Ummu Sulaim binti Milhan terlihat berada disamping suaminya, Abu
Thalhah, sambil membawa belati. Ia bersiaga dan siap menusukkannya ke
tubuh orang musrik yang berusaha mendekatinya. Dalam peperangan ini
pasukan Islam hanya didukung sekitar 200 orang sahabat Anshar karena sebagian
besar telah bubar.
Dalam pada itu ALLAH telah
memasukkan rasa gentar ke dalam hati orang-orang musyrik sehingga mereka
dikalahkan dan lari ketakutan sehingga meninggalkan medan pertempuran. Kaum
Muslimin terus mengejar mereka seraya membunuh dan menangkap sebahagian mereka
sebagai tawanan, sehingga pasukan Muslimin kembali seraya membawa tawanan ke
hadapan Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم ,.
Melantik golongan muda sebagai
wakil baginda di Makkah. Ibnu Ishaq
berkata: Kemudian Rasulullah keluar dari Ji‘ranah melakukan umrah. Setelah
melaksanakan umrah beliau kembali ke Madinah dan mengangkat Itab bin Usaid sebagai
wakilnya di Makkah . Terdapat riwayat yang menyatakan Itab baru berumur 18
tahun ketika itu. Jelaslah di sini Abu Sufyan bin Harb yang menjadi ketua Mekah
tidak dilantik sebagai wakil baginda. Ketika Nabi memutuskan hendak berangkat
dari Makkah menuju wilayah suku Hawazin dan Tsaqif, baginda melantik Mu’az bin
Jabal sebagai guru dan mengajari umat, dan mengamanatkan pemerintahan kota itu
dan imam masjid kepada ‘Atab bin Usaid yang cekap. Setelah tinggal di Makkah
selama lima belas hari, Nabi berangkat menuju daerah suku Hawazin.
Cabaran seterusnya ialah memperlengkapkan
dan menambah persenjataan tentera Islam. Dalam persiapan menghadapi
peperangan ini, Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم ,
diberitakan bahawa Sofwan bin Umaiyah mempunyai sejumlah baju besi dan senjata.
Kemudian Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم , mengutus utusan kepadanya, pada
waktu itu Sofwan bin Umaiyah masih musyrik, untuk meminta baju-baju besi dan
senjata tersebut. Lalu Sofwan bertanya: "Apakah dengan cara sewaan wahai
Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم ,?“ Nabi صلى الله
عليه وآله وسلم , menjawab: “Bahkan sebagai barang pinjaman. Ia terjamin
hingga kami menunaikannya kepada kamu.“ Akhirnya Sofwan meminjamkannya kepada
Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم , seratus baju besi dan sejumlah
senjata.
Menggariskan langkah-langkah
boleh dan tidak boleh dilakukan semasa peperangan. Di dalam peperangan ini
Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم , mengumumkan: "Siapa yang telah
membunuh seorang musuh dengan memberikan bukti yang kuat maka dia berhak
mengambil barang yang terletak di tubuh musuh yang terbunuh itu."
Ibnu Ishaq dan lainnya
meriwayatkan dari Anas RA, dia berkata: "Abu Thalhah telah berhak
mengambil barang yang melekat di tubuh musuh yang terbunuh pada perang Hunain,
dari 20 orang yang dibunuhnya."
Ibnu Ishaq dan Ibnu Sa‘ad
meriwayatkan dengan sanad yang baik bahawa Rasulullah صلى الله
عليه وآله وسلم melihat Ummu Sulaim binti Milham bersama suaminya, Abu
Thalhah, kemudian beliau berkata: "Ummu Sulaim!". Ia menjawab:
"Ya, wahai Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم .
Apakah telah dibunuh mereka yang lari darimu sebagaimana engkau akan membunuh
orang-orang yang telah memerangimu?“. Abu Thalhah bertanya kepada Ummu Sulaim
yang sedang membawa pisau belati: “Pisau ini aku pergunakan untuk menusuk orang
musyrik yang mendekatiku.“
Kemudian Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم melewati seorang wanita yang dibunuh
oleh Khalid bin al Walid. Nabi berkata kepada sebahagian sahabat yang ada di
sisinya: "Beritahukan kepada Khalid bahawa Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم melarang membunuh anak-anak atau
wanita atau hamba sahaya."
Cabaran seterusnya ialah mendidik
umat Islam supaya tidak ego dan taajub dengan bilangan yang ramai. Bilangan
yang ramai tidak menjamin kemenangan bahkan telah menyebabkan kekalahan yang
memalukan. Dengan tentera islam yang terdiri daripada bilangan yang ramai, ada
di antara mereka mengatakan: “Di hari ini kami tidak akan
terkalahkan”
Kata-kata ini telah sedikit sebanyak menarik perhatian Rasulullah bersama-sama dengan permintaan seorang tentera islam agar disediakan sepohon kayu untuk menjadi tempat meletakkan barang-barang perang yang menjadi kebiasaan bagi kaum arab dalam perang yang kaum musyrikin turut memiliki pohon kayu seperti itu pada waktu itu
Kata-kata ini telah sedikit sebanyak menarik perhatian Rasulullah bersama-sama dengan permintaan seorang tentera islam agar disediakan sepohon kayu untuk menjadi tempat meletakkan barang-barang perang yang menjadi kebiasaan bagi kaum arab dalam perang yang kaum musyrikin turut memiliki pohon kayu seperti itu pada waktu itu
ALLAH menurunkan pelajaran penting ini di
dalam Kitab-NYA yang mulia :
"Sesungguhnya ALLAH telah
menolong kamu (hai para Mukminin) di medan peperangan yang banyak, dan
(ingatlah) peperangan Hunain, iaitu di waktu kamu menjadi bongkak kerana
banyaknya jumlahmu, maka jumlah yang banyak itu tidak memberi manfaat kepadaKU
sedikitpun, dan bumi yang luas itu telah terasa sempit olehmu, kemudian kamu
lari ke belakang dengan bercerai berai. Kemudian ALLAH menurunkan ketenangan
kepada Rasul-NYA dan kepada orang-orang beriman, dan ALLAH menurunkan bala
tentara yang kamu tidak melihatnya, dan ALLAH menimpakan bencana kepada
orang-orang kafir, dan demikianlah pembalasan kepada orang-orang yang kafir.
Sesudah itu ALLAH menerima taubat dari orang-orang yang dikehendaki-NYA. ALLAH
Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.“ [Surah At Taubah : 25-27]
Menghentikan penyerangan dan
pengepungan Thaif tetapi mengharapkan keislaman. Selanjutnya bersama para
sahabat Rasulullah mengejar Malik dan kawan-kawannya ke Thaif. Selama 10
hingga 20 hari, Rasulullah mengepung benteng-benteng tersebut. Terjadi
perlawanan sengit hingga jatuhlah beberapa korban.
Akhirnya Rasulullah memutuskan
untuk meninggalkan lokasi. Abdullah bin Amr meriwayatkan bahwa Rasulullah saw
mengumumkan kepada para sahabatnya,“ Kita berangkat, insya Allah”.
Sebagian sahabat bertanya, “ Kita pergi sebelum berhasil
menaklukkannya?”. Nabi saw bersabda,” Jika kalian suka,
perangilah mereka”. Merekapun kemudian memeranginya sampai ada yang
terluka. Sementara Rasulullah saw mengatakan kepada mereka, “
Besok kita berangkat”. Pengumuman ini sangat mengherankan mereka
tetapi Rasulullah saw hanya membalas dengan senyuman. ( HR. Bukhari Muslim).
Di tengah perjalanan, Rasulullah
bersabda, “ Katakanlah! Kami kembali,bertobat,
beribadah dan bertasbih kepada Rabb kami”. Sebagian sahabat yang
tidak puas berkata : “ Wahai Rasulullah, berdoalah untuk kehancuran
Tsaqif!”Namun sebaliknya Rasulullah malah berdoa “ Ya Allah,
tunjukilah Tsaqif dan datangkanlah mereka”.
Pembahagian Ghanimah , Rampasan
yang berjaya diperolehi oleh tentera Islam terdiri dari 6 ribu tawanan, 24 ribu
unta, 40 ribu biri-biri dan 4 ribu awqiyah emas. Rasulullah menyuruh
dihimpunkan kesemuanya dan di tempatkan di al-Ja’ranah dengan melantik Mas’ud
bin Amru al-Ghaffari sebagai penjaganya tanpa membahagikannya hinggalah selesai
gerakan ke atas Taif. Kepada para mualaf penduduk Makkah yang baru masuk Islam
Rasulullah memberikan ghanimah dan sejumlah pemberian bagi mengikat hati mereka
kepada Islam
Terjemahan hadith:
Dari Ibnu Abbas r.a
katanya: Ketika hari peperangan Hunain, Rasul Allah s.a.w. telah melebihkan
atau mengutamakan beberapa orang dalam pembahagian harga rampasan perang, lalu
diberi kepada Aqra` bin Habis seratus ekor unta dan kepada `Uyainah bin
Hisn seperti itu juga (seratus ekor unta). Juga diberi kepada pembesar-pembesar
Quraisy dan mengutamakan pembahagian kepada mereka. Kemudian
ada seorang lelaki berkata: “Demi Allah pengagihan secara ini tidak ada
keadilannya dan agaknya tidak dikehendaki untuk mencari keridhaan Allah”. Saya
berkata, “Demi Allah hal ini akan saya beritahu kepada Rasul Allah s.a.w.”.
Saya pun terus berjumpa dengan Baginda dan memberitahu kepadanya tentang apa
yang dikatakan orang itu. Maka berubahlah wajah Baginda sehingga menjadi
semacam kambing merah, merah padam mukanya lalu bersabda;” Siapakah yang
dikatakan adil, jika Allah dan RasulNya tidak adil. Selanjutnya Baginda
bersabda: “ Allah merahmati Nabi Musa, ia telah disakiti dengan cara yang
lebih dari ini, tetapi ia tetap sabar.” Saya sendiri berkata: “Saya tak akan
menceritakan kepada Rasul Allah selepas ini lagi”. Muttafaq
alaih.
Setelah menghentikan pengepungan
terhadap Thaif, Rasulullah Shalallahu Alaihi wa Sallam kembali ke Ji’ranah dan
menetap disana selama sepuluh hari. Selama itu beliau belum membagi harta
rampasannya dan menangguhkannya, dengan harapan ada utusan Hawazin yang datang
kepada beliau untuk memohon amnesti, agar mereka bisa mendapatkan kembali
barang-barang milik mereka. Karena tidak ada yang datang, beliau mulai membagi
harta rampasan, agar para pemimpin kabilah dan pemuka Makkah tidak banyak
bicara lagi. Orang-orang yang baru masuk islam dan hatinya masih lemah diberi
bagian lebih dahulu dengan jumlah yang relatif lebih besar.
Abu Sufyan bin Harb diberi empat
puluh Uqiyah dan seratus ekor onta. Itu pun dia masih meminta bagian untuk
anaknya, dengan berkata,”Bagaimana dengan anak ku Yazid?”
Maka beliau memberi Yazid sejumlah itu pula. Abu Sufyan bertanya lagi, “Bagaimana dengan anak ku Mu’awiyah?” maka beliau memberikannya sejumlah itu pula. Beliau memberikan seratus ekor onta kepada Hakim bin Hizam. Tetapi dia masih meminta seratus ekor onta lagi, dan permintaanya ini pun dipenuhi. Shafyan bin Umayyah diberi seratus ekor onta, kemudian seratus ekor lagi dan ditambah seratus ekor onta lagi. Begitulah yang disebutkan dalam Asy-Syifa’, Al-Harits bin Kaladah diberi seratus ekor onta, begitu pula beberapa orang lainnya yang termasuk dalam jajaran pemuka Quraisy dan kabilah lainnya. Selain mereka ada yang diberi lima puluh ekor onta, empat ekor onta, hingga ada kabar yang tersebar bahwa Muhammad tidak akan takut miskin meskipun berapa pun yang beliau berikan.
Maka beliau memberi Yazid sejumlah itu pula. Abu Sufyan bertanya lagi, “Bagaimana dengan anak ku Mu’awiyah?” maka beliau memberikannya sejumlah itu pula. Beliau memberikan seratus ekor onta kepada Hakim bin Hizam. Tetapi dia masih meminta seratus ekor onta lagi, dan permintaanya ini pun dipenuhi. Shafyan bin Umayyah diberi seratus ekor onta, kemudian seratus ekor lagi dan ditambah seratus ekor onta lagi. Begitulah yang disebutkan dalam Asy-Syifa’, Al-Harits bin Kaladah diberi seratus ekor onta, begitu pula beberapa orang lainnya yang termasuk dalam jajaran pemuka Quraisy dan kabilah lainnya. Selain mereka ada yang diberi lima puluh ekor onta, empat ekor onta, hingga ada kabar yang tersebar bahwa Muhammad tidak akan takut miskin meskipun berapa pun yang beliau berikan.
Karena itu orang-orang Arab
berbondong-bondong mengerumuni beliau untuk meminta harta, hingga beliau
terdesak hingga sampai ke sebuah pohon dan mantel beliau terlepas. Beliau
bersabda, “Wahai orang-orang, kembalikan mantel ku. Demi yang diriku ada
ditangan Nya , andaikan aku memiliki semua tanaman di Tihamah, tentu aku akan
memberikannya kepada kalian, hingga kalian tidak menyebut aku sebagai orang
yang kikir, penakut, dan pendusta.”
Kemudian beliau berdiri disamping onta milik beliau, memegangi punuknya sambil memegang sebiji gandum. Beliau mengangkat sebiji gandum itu seraya bersabda, “Wahai semua orang, demi Allah, aku tidak lagi menyisakan harta rampasan kalian, termasuk pula sebiji gandum ini kecuali ini kecuali seperlimanya, dan seperlimanya itu pun sudah diserahkan kepada kalian.”
Kemudian beliau berdiri disamping onta milik beliau, memegangi punuknya sambil memegang sebiji gandum. Beliau mengangkat sebiji gandum itu seraya bersabda, “Wahai semua orang, demi Allah, aku tidak lagi menyisakan harta rampasan kalian, termasuk pula sebiji gandum ini kecuali ini kecuali seperlimanya, dan seperlimanya itu pun sudah diserahkan kepada kalian.”
Setelah memberikan bagian kepada
orang-orang yang baru saja masuk islam dan hatinya masih lemah, Nabi SAW
memanggil Zaid bin Tsabit agar mendatangkan sisa harta rampasan dan
mengumpulkan semua orang. Masing-masing orang mendapat bagian empat ekor onta
dan empat puluh domba. Jika ia seorang penunggang kuda, maka dia mendapat
bagian dua belas ekor onta dan seratus dua puluh ekor domba.
Cabaran seterusnya menenangkan
dan melunakkan anggapan golongan Ansar yang tidak diberikan ghanimah.
Berdasarkan pembahagian tersebut tiada yang tinggal kepada golongan Ansar,
menyebabkan mereka tidak berpuas hati. Tetapi ada sebahagian kaum Anshar yang
merasa keberatan atas tindakan ini dan bersangka buruk: "Semoga ALLAH
mengampuni Rasul-NYA, Baginda صلى الله عليه وآله وسلم memberikan
Quraisy dan membiarkan kita padahal pedang-pedang kita masih menitiskan darah
mereka Orang-orang Anshar termasuk
mereka yang tidak bisa menerima kebijakan beliau ini karena mereka semua tidak
menerima bagian dari harta rampasan Hunain. Padahal justru merekalah yang lebih
banyak dilibatkan saat terjadi krisis, bertempur bersama Rasulullah SAW hingga
dapat membalik keadaan pasukan Muslimin, yang tadinya kocar-kacir menjadi
menang secara telak. Tetapi justru mereka tidak mendapatkan apa-apa.
Ibnu Ishaq meriwayatkan dari Abu
Sa’id Al-Khudri, dia berkata, “Setelah
Rasulullah SAW membagi-bagikan bagian kepada orang-orang Quraisy dan
kabilah-kabilah Arab, sementara orang-orang Anshar tidak mendapatkan pembagian
itu sedikitpun, maka menyebar suara kasak-kusuk diantara mereka hingga ada yang
berkata, “Demi Allah, Rasulullah SAW telah bertemu kaumnya sendiri!” Lalu Sa’ad
bin Ubadah masuk ke tempat beliau seraya berkata, “Wahai Rasulullah, di dalam
diri orang-orang Anshar itu ada perasaan yang mengganjal terhadap diri engkau,
karena apa yang engkau lakukan dalam membagi harta rampasan itu.. Engkau
membagi-bagikannya kepada kaum engkau sendiri dan engkau memberikan bagian yang
amat besar kepada berbagai kabilah Arab, sementara orang-orang Anshar tidak
mendapatkan apa pun.”
“Lalu maukah engkau menempatkan
diri mu wahai Sa’ad? Tanya beliau. “Wahai Rasulullah, aku tidak mempunyai
pilihan lain melainkan harus bersama kaumku,”jawab Sa’ad.
“Kalau begitu kumpulkan kaummu di kandang ini,”sabda beliau.
Sa’ad bin Ubadah mengumpulkan semua orang Anshar di kandang yang dimaksudkan. Ada beberapa Muhajirin yang ikut datang, namun mereka tidak diperkenankan masuk dan hanya orang-orang Anshar saja yang boleh masuk. Ada kelompok Muhajirin lainnya yang datang, tetapi mereka ditolak. Setelah semua orang Anshar berkumpul, Sa’ad bin Ubadah mengabarkannya kepada Nabi Shalallahu Alaihi wa Sallam, lalu beliau mendatangi mereka.
“Kalau begitu kumpulkan kaummu di kandang ini,”sabda beliau.
Sa’ad bin Ubadah mengumpulkan semua orang Anshar di kandang yang dimaksudkan. Ada beberapa Muhajirin yang ikut datang, namun mereka tidak diperkenankan masuk dan hanya orang-orang Anshar saja yang boleh masuk. Ada kelompok Muhajirin lainnya yang datang, tetapi mereka ditolak. Setelah semua orang Anshar berkumpul, Sa’ad bin Ubadah mengabarkannya kepada Nabi Shalallahu Alaihi wa Sallam, lalu beliau mendatangi mereka.
Setelah memuji Allah dan
mengagungkan-Nya, beliau bersabda, “Wahai semua orang Anshar, ada suara
kasak-kusuk yang sempat ku dengar dari kalian dan di dalam diri kalian ada
perasaan yang mengganjal terhadap aku. Bukankah aku dulu datang. Sementara
kalian dalam kesesatan lalu Allah memberikan petunjuk kepada kalian? Bukankah
kalian dulu miskin lalu Allah membuat kalian kaya, juga menyatukan hati
kalian?”
Mereka menjawab,”Begitulah Allah dan Rasul-Nya lebih murah hati dan lebih banyak karunianya.”
“Apakah kalian tidak ingin memenuhi seruanku wahai semua orang Anshar?” Tanya beliau.
Mereka berganti bertanya, “Dengan apa kami harus memenuhi seruanmu wahai Rasulullah? Milik Allah dan Rasul-Nyalah anugerah dan karunia.”
Setiap kali Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم bertanya, mereka menjawab: “Benar! ALLAH dan Rasul-NYA lebih pemurah dan utama.“
Mereka menjawab,”Begitulah Allah dan Rasul-Nya lebih murah hati dan lebih banyak karunianya.”
“Apakah kalian tidak ingin memenuhi seruanku wahai semua orang Anshar?” Tanya beliau.
Mereka berganti bertanya, “Dengan apa kami harus memenuhi seruanmu wahai Rasulullah? Milik Allah dan Rasul-Nyalah anugerah dan karunia.”
Setiap kali Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم bertanya, mereka menjawab: “Benar! ALLAH dan Rasul-NYA lebih pemurah dan utama.“
Beliau bersabda,”Demi Allah,
kalau kalian mau, sementara kalian bisa membenarkan dan dibenarkan, maka kalian
bisa berkata, “Engkau datang kepada kami dalam keadaan didustakan, namun justru
kami membenarkan engkau, dalam keadaan lemah dan kamilah yang justru menolong
engkau, dalam keadaan terusir dan justru kamilah yang memberikan tempat, dalam
keadaan tidak punya apa-apa dan justru kamilah yang menampung engkau’.
Pengarang lain menyebut , Nabi melanjutkan: “Demi ALLAH, jika kalian mahu,
tentu kalian dapat mengatakan yang sebenarnya: Anda datang kepada kami sebagai
orang yang didustakan, kemudian kami benarkan. Anda datang sebagai orang yang
dihinakan kemudian kami bela. Anda datang sebagai orang yang diusir kemudian
kami lindungi. Anda datang sebagai orang yang menderita kemudian kami santuni.“
Apakah di dalam hati kalian masih
membesit harta keduniaan, yang dengan keduniaan itu aku hendak mengambil hati
segolongan orang agar masuk islam, sedangkan terhadap keislaman kalian aku
sudah percaya?
Wahai semua orang Anshar, apakah
kalian tidak berkenan di hati jika orang lain pergi membawa domba dan onta,
sedangkan kalian kembali bersama Rasul Allah ke tempat tinggal kalian? Demi
yang jiwa Muhammad ada ditangan-Nya, kalau bukan karena hijrah, tentu aku
termasuk orang-orang Anshar. Jika orang-orang menempuh suatu jalan di celah
gunung, dan orang-orang Anshar, menempuh suatu celah gunung yang lain, tentu
aku memilih celah yang ditempuh orang-orang Anshar. Sesungguhnya kalian
akan menghadapi diskriminasi sepeninggalanku maka bersabarlah hingga kalian
berjumpa denganku di telaga (surga). Ya ALLAH limpahkanlah rahmat-MU kepada
kaum Anshar, kepada anak-anak kaum Anshar, dan kepada cucu kaum Anshar.“
Mendengar ucapan nabi tersebut
kaum Anshar menangis hingga jenggot mereka basah karena air mata. Mereka
kemudian menjawab “ Kami rela mendapatkan Allah dan Rasul-Nya
sebagai pembagian dan jatah kami”. ( HR. Bukhari, Muslim, Ibnu Ishaq
dan Ibnu Sa’ad). Setelah itu beliau kembali lagi ke tempat semula dan mereka
pun bubar.
Menghadapi golongan badwi yang
kasar . Berlaku kepada Rasulullah secara langsung. Ada sejumlah orang Arab
Badwi mengekori Nabi صلى الله عليه وآله وسلم kemudian memintanya agar menambahkan
pemberian kepada mereka hingga mereka memaksa beliau dengan menarik kain burdah
(selendang) yang dipakainya. Nabi صلى الله
عليه وآله وسلم menoleh kepada mereka seraya bersabda: “Berikanlah selendangku
wahai kaum! Demi ALLAH, seandainya aku mempunyai harta sebanyak pohon di
Tuhamah nescaya aku berikan kepada kalian, kemudian kalian tidak akan
mendapatiku bakhil, pendusta, atau pengecut. Wahai manusia, demi ALLAH, aku
tidak punyai hak keatas harta fa‘I (rampasan perang) kalian kecuali seperlima
dan itupun dikembalikan kepada kalian".
Ada pula seorang Arab Badwi yang
mendatangi Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم kemudian menarik kain burdahnya
dengan kasar sehingga menimbulkan bekas gesekan burdah di leher
Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم . Sambil berbuat kasar seperti itu
orang Badwi tersebut menuntut: “Perintahkan orang supaya memberikan sebahagian
kekayaan ALLAH yang ada padamu.“ Tetapi Rasulullah صلى الله
عليه وآله وسلمdengan tenang tersenyum menghadapi tindakan kasar orang
Badwi itu dan memberinya dengan suatu pemberian.
No comments:
Post a Comment